Tuesday, November 22, 2011

SubhanAllah. Hebatnya adik kecil ini.

Tajuk post kali ini. Itulah yang dapat saya lafazkan apabila mengenangkan seorang pelajar cilik program kami Program Innovology Sains Series. (Namanya dirahsiakan tapi boleh tengok sendiri lah kat gambar di bawah ni. HEHE).

Adik ini dipenuhi dengan keajaiban yang seringkali membingungkan para Trainer dan Fasilitator program kami! Beliau merupakan seorang kanak-kanak kecil yang sangat cintakan ilmu pengetahuan. Di samping 'kenakalan' dan 'keAktifan'nya, terdapat satu kelebihan pada peserta kecil ini yang saya tidak nampak dekat kebanyakan orang dewasa hari ini. Itu ialah kelebihan cintakan kepada ilmu pengetahuan. Setiap kali kalau saya duduk bersama dengannya ketika makan atau saja-saja duduk, pasti dia akan mengajukan soalan mengenai Sains/Teknologi/Agama dsb. Yang penting ianya bukanlah pasal kartun, digimon/pokemon/Ben10/Power Rangers/Ultraman/Ultra Jigon seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

Baru-baru ini, ketika kanak-kanak lain sedang bahagia diulit kemanisan percutian sekolah, adik kecil ini telah meng'Wall Post' saya bertanyakan dan berharap agar dibuat sebuah program Innovology Cuti Sekolah untuknya. Saya amat terharu apabila membaca permintaannya itu. Semoga Allah menjadikannya seorang manusia berguna yang mampu memanfaatkan segala ilmu pengetahuan yang dia ada (Sirius banyak gila! kadang2 soalan pelik2 yg susah pon dia dapat jawab dengan betul dan slumber) dengan baik di jalan yang baik. Amin!

Terima Kasih adik kecil sebab betul-betul menyukai program kami. WAllahualam.

3 comments:

ica said...

Alhamdulillah!semangat!baguslah.dulu2 dia xnk mengaku suka inno :p

nak join korang nak join nak join!

Wan Tu Tri said...

seronok gila bila dapat tawan hati budak kecil macam Zidane.

bagus2!

dan saya ttp dgn cgdn saya untuk INNO buat science center. hek :)

aB said...

hehe hashi balik Malaysia bebile nanti~ kami akan prepare program khas yg best2 punya!! HEHEHEHE

Wan : Memang dah jadi impian kami smue kot science center. Doakan kejayaan kami yeaa~ kami tgh menghadapi zaman2 kebusyan ajaib ni! tak caye tgok status abang ash yg terkini! HEHEHE stress habis tu!