Friday, December 19, 2014

Lingaa


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Malam

Minggu lepas, saya diajak oleh Abang Rafiq menonton sebuah filem Tamil yang baru keluar pada hari itu (12 Disember 2014) bertajuk Lingaa. Filem ini ialah lakonan B. Rajnikanth yang sangat masyhur di India dan digilai ramai tidak hanya di India, juga peminat2 filem Tamil di Malaysia. Menurut Abang Rafiq, filem ini dikeluarkan pada hari Jumaat bersempena hari lahir B. Rajnikanth itu sendiri. (Ini menjawab persoalan saya, kenapa filem ni keluar hari Jumaat? Selalunya filem baru keluar ari Khamis! HEHE)

Saya harus akui, saya bukannya peminat filem Tamil asalnya. Tetapi pada beberapa hari sebelum hari kejadian, ketika bermalam di rumah Abang Sepul, beliau memasang filem Tamil bertajuk Karththi dan selama 3 jam filem itu, ternyata saya mula dapat berjinak menghiburkan hati saya dengan filem Tamil. 

Kenapa saya suka filem Tamil ni?

Tidak seperti filem Hindustan, filem Tamil kebanyakannya bukan berkisar mengenai percintaan yang seolah-olah kisah dongeng dari langit. Filem-filem Tamil yang pernah saya tonton boleh dikatakan semuanya berkisah mengenai kemasyarakatan. Bagaimana seorang yang kaya membantu orang yang miskin atau bagaimana orang miskin berusaha membahagiakan kehidupannya atau kehidupan masyarakat sekampungnya dan sebagainya. Bagi saya, sebagai seorang yang bukan kaki cinta, saya sangat menyukai filem-filem sebegini. Bagi saya, cinta-cinta dongeng ini sangatlah karut dan mempersendakan otak dan pemikiran kita sendiri.

Bila dikaji filem-filem yang pernah saya suka, boleh dikatakan semuanya tidak mengandungi adegan-adegan percintaan yang mengarut-mengarut. Contoh filem-filem kegemaran saya :

  1. Les Choristes (Perancis)
  2. Lord Of The Rings (Omputih)
  3. The Hobbit (Omputih)
  4. The Shawshank Redemption (Omputih)
  5. Cast Away (Omputih)
  6. The Terminal (Omputih)

Jadi ternyata filem-filem di atas bagi mereka yang pernah menontonnya, mereka pasti setuju bahawa filem-filem ini bukan filem percintaan dongeng-dongengan. XD

Okey berbalik kepada filem Lingaa, ianya merupakan sebuah filem yang berunsur kemasyarakatan juga di mana ianya menampilkan hero iaitu Linggeswaran (Lingaa) yang dilakonkan oleh B. Rajnikanth cuba untuk memperbaiki kualiti penerimaan air di sebuah perkampungan yang dikuasai oleh puak Koloni British yang jahat lagi durjana. Kejahatan puak Koloni Bristish ini dapat dilihat melalui filem ini. Pelbagai usaha jahat yang dilakukan oleh puak Koloni British dalam membantutkan usaha murni si Linggeswaran dalam membantu rakyat di perkampungan tersebut. Semua usaha jahat ini adalah bersebab ingin membolot keuntungan dan atas kepentingan peribadi si pegawai Koloni British yang terbabit.

Dipendekkan cerita, dicampur dengan tidak mahu mengSPOILkan para penonton, akibat kemuliaan niat dan atas menjaga kebajikan rakyat kampung, Lingaa telah difitnah oleh puak-puak tali barut Koloni British ini. Akibatnya beliau dibenci dan dihalau dari perkampungan itu. Namun, itu ternyata tidak membantutkan niat-niat murni Lingaa membantu orang-orang susah yang miskin di mana saja beliau pergi setelah diusir dari perkampungan ini. Atas takdir, penduduk kampung yang diracuni tadi tertipu juga akhirnya dan menjadi bertambah tertindas dan terdesak walau untuk mencari sesuap nasi.

Penduduk-penduduk kampung pergi merantau ke kampung-kampung kejiranan mencari makanan dan mereka amat terkejut apabila tiba di satu rumah ini, mereka dihidangkan makanan yang cukup enak. Makanan itu seolah-olah mengimbau kembali zaman dahulu kala dan seperti mereka kenal akan siapakah yang menyediakan makanan itu. Jadi, siapakah yang memberi mereka makanan itu? jeng jeng jeng. HEHE tengoklah sendiri filem tu. SERONOK!

Bawah ni sedutan yang paling menyentuh perasaan saya sepanjang filem Lingaa ini. Selamat menonton! XD


(P/S : Sebenarnya antara sebab lain saya suka Karththi dan Lingaa ni ialah sebab music-music mereka diCompose oleh A R Rahman. HEHEHEHEHEHE)

Wednesday, December 17, 2014

Kelas Sirah ASIQS


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum…

Tahun 2014 merupakan satu tahun yang menggembirekan di ASIQS bagi saya. Antara sebab terbesar kegembiraan ini ialah kemasukannya seorang guru baru bernama Rafiq Raseli a.k.a. Abang Rafiq sebagai guru Sejarah di ASIQS. Tapi.. tu hanyalah antara sebab-sebab. Tapi bagi saya, sebab terbesar ialah diberi tugas mengajar subjek Sirah Nabawiyah. Merupakan satu penghargaan buat saya diberi tugas mengajar subjek Sirah kepada pelajar-pelajar ASIQS pada tahun ini.

Terlampau banyak perkara baru dan ilmu bermanfaat yang diperolehi sepanjang setahun mengajar pelajar-pelajar ASIQS tahun ini. Seketika saya terfikir, mengapalah masa zaman persekolahan dulu saya tidak begitu meminati subjek Sirah ini? Ternyata jawapannya sudah ditemui, semuanya disebabkan pelajaran Sirah di sekolah-sekolah dulu banyak penyembunyian fakta berlaku. Hanya peristiwa-peristiwa penting sahaja yang diceritakan kepada kami.

Bagi saya, Sirah Nabawiyah ini terlampau indah dan seronok jika diceritakan keseluruhannya tanpa berlaku penyembunyian fakta atau kejadian-kejadian tertentu. Semua yang berlaku pada Zaman kehidupan Rasulullah S.A.W. itu bagi saya merupakan suatu Rahmat yang tidak perlu disembunyikan walaupun sekecil-kecil peristiwa.

Insya Allah andai diberi keizinan dan kesempatan akan saya kongsikan perkara-perkara baru yang ditemui sepanjang saya belajar Sirah Nabawiyah untuk diajarkan kepada adik-adik ASIQS. Insya Allah entri-entri berkaitan Sirah akan saya buatkan coding tajuk tertentu bagi membezakan.

Tapi sebagai teaser… akanlah saya kongsi satu perkara di sini :

Bersama Cikgu Abang Rafiaq (Tengah) Ketika sambutan Hari Guru tahun 2014


Siapakah Sahabat Rasulullah S.A.W. yang disebut secara Nama di dalam Al-Quran?

Sepanjang saya mempelajari Sirah Nabawiyah, terdapat satu persoalan yang timbul dan jawapan bagi persoalan ini masih tidak dapat dijumpai sehingga hari ini. Semasa sedang menceritakan mengenai Zaid Bin Harithah R.A. sebagai anak angkat Rasulullah S.A.W., saya pun mendapat tahu bahawa Zaid Bin Harithah R.A. mempunyai satu kelebihan berbanding sahabat-sahabat lain iaitu, beliau disebut secara 'nama' di dalam Al-Quran. Namanya boleh dijumpai di dalam Surah Al-Ahzab ayat 37 :



                                                                                                                    (Surah Al-Ahzab 33 : 37)

Setelah itu, saya dapati juga selain Zaid Bin Harithah R.A., terdapat juga beberapa Sahabat-sahabat lain yang disebut di dalam Al-Quran tetapi bukan secara 'Nama' tetapi secara gelaran atau panggilan. Misalnya :

Abu Bakar As-Siddiq R.A.



(Surah At-Taubah 9 : 40)

Ayat ini menceritakan mengenai pengalaman Rasulullah S.A.W. di dalam Gua Thur bersama-sama dengan Abu Bakar As-Siddiq R.A. ketika peristiwa Hijrah. Teman sahabat yang bersama dengan Rasulullah S.A.W. di dalam gua Thur yang dimaksudkan dalam ayat ini merupakan Abu Bakar As-Siddiq R.A..


Abdullah Bin Ummi Maktum R.A.



Ertinya “Dia ( Muhammad ) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yanag menghendaki tentulah ia memperhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti.” 

(Surah ‘Abasa 80 : 1–16)

Walaupun ada berlaku ketidaksamaan pendapat Ulama' mengenai ayat ini samada ianya berkenaan dengan insiden Rasulullah S.A.W. bersama Abdullah Bin Ummi Maktum R.A., saya suka menggunakan contoh ini kerana ianya merupakan antara kisah-kisah yang masyhur.

Jadi apakah persoalannya di sini? 

1. Mengapakah nama Zaid Bin Harithah disebut secara 'Nama' sedangkan beberapa sahabat lain tidak secara 'Nama' tetapi secara penerangan atau nama lain?

2. Adakah seorang sahaja nama Sahabat yakni Zaid Bin Harithah disebut? Adakah ada nama Sahabat lain? 

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, saya terpaksa bertanya dengan beberapa orang pakar-pakar Al-Quran yang sudi membantu saya. Dan ternyata jawapan bagi soalan no.1 agak sukar untuk dijawab kerana hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui mengapa nama Zaid diangkat. Apa yang saya ketahui hanyalah Zaid merupakan salah seorang daripada anak angkat Rasulullah S.A.W. sehinggakan pada suatu ketika, Baginda menggelarkan nama Zaid sebagai Zaid bin Muhammad S.A.W.. Ini menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah S.A.W. kepadanya. Apa yang selebih daripada itu tidaklah saya ketahui.

Bagi soalan 2, saya berjumpa dengan seorang Ustaz yang saya hormati yakni Ustaz Iqbal Zain dan saya diberi peluang berborak dan berbincang dengan beliau mengenai hal ini. Sebenarnya, secara jujur, saya sudah terdetik jawapan mengenai persoalan ini dan hanya perlukan kepastian. Saya mulakan dengan soalan 

Bersama Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari


"Ustaz, apakah yang dimaksudkan dengan Sahabat Rasulullah S.A.W.? apakah ciri-ciri untuk mendapat gelaran Sahabat itu?"

Ustaz Iqbal pun memberi jawapan :

"Seseorang itu akan mendapat gelaran Sahabat Rasulullah S.A.W.  jika mereka mempunyai ciri-ciri ini" :

  1. Hidup ketika zaman hidupnya Rasulullah S.A.W.
  2. Pernah melihat Rasulullah S.A.W. secara jasad walaupun hanya sekilas atau beberapa saat.
  3. Berjuang bersama-sama menegakkan syiar agama yang dibawa Rasulullah S.A.W.


Mendengar jawapan Ustaz Iqbal, saya terdetik satu senyuman dalam hati, kerana jawapan yang saya ingin beri itu adalah memenuhi kesemua 3-3 ciri-ciri ini. Maka siapakah tokoh misteri yang ada di dalam hati saya ini? 

Apabila dilihat kepada Uwais Bin Qarni,  beliau tidak disebut sebagai Sahabat, tetapi Tabi'in. Ini kerana, beliau tidak dapat ciri-ciri ke-2 di atas iaitu bertemu atau melihat Rasulullah S.A.W.. Dikisahkan, beliau pernah tiba di rumah Rasulullah S.A.W. di Madinah, tetapi ketika itu Rasulullah S.A.W. tiada di rumah Baginda.

Jadi siapakah tokoh misteri yang saya maksudkan ini? Ada namanya di dalam ayat di bawah :



(Surah ‘Ali Imran 3 : 45)

Ya, dalam ayat di atas ada disebut nama Nabi Isa A.S.. Jika kita lihat sejarah, Nabi Isa A.S. masih hidup hingga ke hari ini, oleh sebab itu, Baginda pernah hidup ketika zaman Rasulullah S.A.W.

Bagi ciri-ciri ke-2, Nabi Isa A.S. pernah bertemu dengan Rasululllah S.A.W. di dalam kisah Israk Mikraj, sebelum Baginda diMikrajkan ke Langit di mana Rasulullah S.A.W. menjadi imam buat semua Para Anbiya'. Dan ketika ini, diriwayatkan bahawa semua Nabi-nabi hadir dalam bentuk roh kerana sudah wafat kecuali Nabi Isa A.S.. Dan setelah itu, sekali lagi Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Nabi Isa A.S. di Langit ke-2 dalam peristiwa Mikraj.

Dan yang ke-3, sebagaimana kita tahu, Nabi Isa A.S. akan turun semula ke bumi nanti dan memperjuangkan agama Islam yang pernah dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W. suatu ketika dahulu.

Oleh itu, terjawablah sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang disebut secara Nama di dalam Al-Quran. Suka diingatkan bahawa catatan ini hanyalah pengalaman dan ilmu yang saya perolehi semasa dalam kajian saya menimba ilmu berkenaan Sirah Nabawiyah. Andai ada yang tidak bersetuju, bolehlah sekiranya saya pohon maaf. Sesungguhnya memang tujuan saya menulis ini hanyalah tidak lain tidak bukan menunjukkan keindahan dan kehebatan Qalam Allah dan juga Sirah Nabawiyah Baginda Rasulullah S.A.W. WAllahua'lam.

Sekian, Terima kasih.

Salam Semangat Baru :-)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum. lama dah meninggalkan dunia Blog ni. Bersempena dengan semangat baru ni. Mari kita mulakan dengan ucapan Selamat Harijadi buat saya! HAHAHA sebab esok harijadi saya! XD

Tadi pagi bersesi minum bersama Abang Rafiq dan Abang Saiful.. sedang berborak-borak… tiba-tiba saja terasa nak cari Tarikh Harijadi dalam Kalendar Islam.. so jumpa lah website ni. HEHE silalah lawat kalau siapa nak check tarikh lahir mereka dalam kalendar Islam

Siapa nak cari .. KLIK SINI ---> SINI JUGAK


Contoh :




Semoga bermanfaat. X salah and tak rugi pon ingat birthday dalam kalendar Islam :-D

Tuesday, July 31, 2012

Salam Ramadhan & CD AlMawlid


Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di luar sana. Di sini ingin diiklankan.. kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Album Sulung AlMawlid boleh menghubungi saya di email incik_kazak@yahoo.com (facebook pun email sama) atau twitter @incik_kazak dengan harga RM24.90 (tidak termasuk POS). bagi yang duduk berdekatan Shah Alam boleh mengambil sahaja daripada saya. :-) Bagi yang ingin pos, sila transfer wang bersama wang kiriman pos (anggaran RM7) kepada akaun 

MBB (Maybank) - 1621 0646 9069 
(Mohd Shamsul Bahari Rosli)

(Minggu lepas berjaya jual 60 keping..... ni stock baru sampai! hehehe cepat2 dapatkan yang original! ;-p)

Tuesday, June 12, 2012

Halaqah Sentuhan Qalbu Musim ke-3

Aywaaah bersama Ustaz OSEM!
Assalamualaikum.

Alhamdulillah semalam saya berjaya membantu Ustaz Kyrel dalam rakaman rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu untuk musim ke-3. Malam sebelumnya, saya mendapat panggilan telefon daripada producer rancangan itu dan meminta saya mengiringi Ustaz Kyrel keesokan harinya dengan bunyi piano. Agak menakutkan jugak laa sebenarnye since saya ni tak suke perform atas stage depan orang ramai. Tetapi memandangkan ini permintaan ustaz OSEM.. saya pun memberanikan diri! 

Sesi latihan beberapa jam sebelum rancangan berjalan lancar dengan hidangan air ribena sebagai pemanis mulut! cheywah..

Hari Isnin, setelah bersesat-sesatan mencari studio NTV7 yg berada kat Glenmarie tu... saya pun sampai lah di tempat parking kereta. Debaran mulai terasa... takut dah ni.. selera makan pon ilang! hehe.. Jumpa Ustaz duduk semeja dengan Haji Ahmad Noor Sulaiman. Tenang aje Ustaz ni.. yelaaa dah slalu masuk TV.

Idola masa kecik tengok Jejak Rasul. Ahmad Noor Sulaiman

Jam 12 tengah hari kami dibenarkan praktis seploh minit. Mulalah praktis2 di hadapan audience yang terdiri daripada adik-adik UiTM. Gedebak gedebuk... show pun habis. Alhamdulillah berjaya memainkan piano dengan gembira kecuali di saat-saat ending tu ada tertekan satu key. Adoi. harap tak teruk sangat! hahahaha....

Bertambah gelisah main ni apabila ternampak Habib Ali Zainal Abidin turut berada di tepi Audio Man menonton persembahan kami. Cuak Cuak! Alhamdulillah selesai akhirnya... and terharu setelah abis tu.. bergerak nak salam Habib Ali.. dia cakap "Ahsanti... Ahsanti... (and beberapa pekataan Arab lagi yg saya tak mahir)"
Habib Ali Zainal Abidin

Tamat sesi pembukaan, mendengar kata-kata ilmu dan perkongsian cerita daripada Habib Ali Zainal Abidin memang sangat mengasyikkan. Kata-kata yang disusun kemas, nada lemah lembut yang cukup sopan dan santun, beliau bercerita mengenai Tetamu Sidhratul Muntaha yakni Baginda Rasulullah S.A.W. ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

Jam 3pm untuk episod seterusnya, saya bersama-sama abang-abang Majlis Selawat mengiringi adik-adik Maahad Tahfiz dari Ampang untuk lagu Ya Hanana. Betapa beruntungnya kami! :-) menjaDi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Abang-abang Majlis Selawat bersama2 Adik Tahfiz
Jam 6.00pm, semuanya selesai dan setelah minum petang, saya bersurai lebih awal kerana ingin mengurus adik-adik ASIQS yang akan pulang sebentar lagi daripada main futsal. Apa-apa pun.. syukur Alhamdulillah, hari itu merupakan antara hari terhebat pernah saya alami. Assalamualaikum. :-)