Monday, November 28, 2011

Inno Inno di Perak di Perak



Sedutan video penglibatan kami di Program KASEH 2011

Assalamualaikum. Pertama sekali, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Islam (Maal Hijrah 1433H) kepada semua umat Islam yang ada di luar sana. Saya tidak sempat menulis post ini pada tahun baru yang lepas memandangkan saya dan beberapa wakil Team Innovology berada di luar kawasan liputan meneruskan usaha kami melebarkan rangkaian program kami. Kali ini Team Innovology berada di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak, Perak bagi menerima pelawaan Pemangku Pengurus Pemasaran FELCRA Training & Consultancy (FTC) untuk turuts serta dalam Program KASEH (Kem Anak Solleh) kendalian pihak FTC pada 25-27 November 2011 yang lepas.

Ustaz Ro. Sangat sempoi dan KooL!

Pada awalnya saya tidak turut serta dalam rombongan kecil ke Perak ini kerana terpaksa mengikuti sebuah 'KURSUS' pada hari sabtu itu (26 Nov). Namun begitu, Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk setiap hambaNya. Saya tergerak hati untuk membatalkan kehadiran saya ke 'KURSUS' tersebut dan turut serta ke Perak. Namun begitu, tidak ada sekejap pon saya menyesal dengan trip ke Perak itu. (Yang sedih satu benda je, sesat jalan memula datang tu, terlajak sampai ke Sri Iskandar dah! -___-)

Pura-pura Mesra dengan peserta

okeh, ape yang ade kat Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak ini?? Kawasan seluas 22 ekar ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menggembirakan dan mengujakan!! ade Paintball sendiri, Archery Range, Padang Bolasepak dan Ragbi, Kandang kambing dan reban ayam ternakan, dusun pokok-pokok manggis, rambutan dan DURIAN!!!! dan macam-macam lagi! Bilik penginapan kami, bilik Dahlia 2 (D2) juga tidak mengecewakan. Berhawa dingin dan berTV! Apa yang pasti, ianya jauh lebih hebat daripada apa yang kami sangkakan pada mulanya! hehehe.

Jadi apakah tujuan Team Innovology ke Pusat Latihan FELCRA ini sebenarnya?? Sebenarnya tujuan asal kedatangan kami ialah untuk mengobserve tempat latihan ini untuk Program Innovology masa depan yang insyaAllah masih dalam perancangan sekarang ini. tetapi tujuan asal 'mengObserve' tetiba aje last minit berubah menjadi 'mengendali program'. Malam pertama kami sampai itu, Encik Rohaizat Ahmad (Pemangku Pengurus Pemasaran FTC) meminta kami mengendali Slot ke-4&5 Program KASEH iaitu KASEH Allah dan KASEH Rasul. Nasib baik jugaklah slot kami itu adalah pada hari kedua, jadi hari pertama ni kami boleh siap sedia preparekan idea idea untuk Presentation.

Makmal FELCRA Training Centre

Siang hari pertama itu, kami hanya berlegar-legar di sekeliling kawasan Pusat Latihan itu. Memang sebuah suasana hutan di sana. Lokasi utama kami petang itu ialah makmal FELCRA. Di sini, pemprosesan sisa bahan buangan dan makanan diguna semula untuk menghasilkan MOL (Micro Organisme Liquid). Apakah MOL ini? mengikut pemahaman saya, ianya ialah sejenis cecair yang mengandungi bakteria pengurai di dalamnya. Ia digunakan dengan meluas di sini dalam penghasilan baja kompos dan lain-lain yang dibuat secara semulajadi. Tanpa campuran bahan kimia! Banyak jenis-jenis MOL yang ada di sana. Ada MOL daripada Rebung, dari Air Kencing Kambing, Sampah, sisa-sisa makanan, kulit tebu, kulit durian dan lain-lain. Menakjubkan!

Namanya membuatkan manusia tidak akan cuba untuk menikmati Jus yang satu ini. HEHE

Dari makmal ini, kami menuju tempat ternakan kambing. Ada 7 ekor kambing kesemuanya. Semua bertujuan untuk digunakan dalam kajian penghasilan MOL ini. Di sini majoritinya menggunakan konsep W2W (Waste To Wealth) di mana mereka memanfaatkan penggunaan sisa-sisa buangan dalam bahan-bahan seharian. Okey apa yang super menakjubkan ialah.. pertama kali saya melihat seekor kambing jantan yang berJANGGUT macam manusia!! Hush! walaupun smua orang gelakkan saya sebab cam terkejut tengok pertama kali, pedulik hapa! asalkan saya jujur! hehehehe... memang kagum lah!

Dari tempat Kambing, kami mula memburu Durian. Masuk ke dusun durian tanpa topi helmet yang keras merupakan benda menakutkan yang agak kooL untuk dibuat oleh orang-orang bandar macam kami bertiga. Memang menjadi lumrah Buah-Buahan, di mana buah Durian tidak dipetik dari atas pokok, tetapi kita tunggu dia jatuh ke tanah! hehehe.. So, kami pon kutip2 jelaa mana yang dah jatuh tu. Kecuali Aiman, main tiou, amik daripada encik Ali (Penjaga kambing dan dusun Durian).

Inilah Mr. Ali

Seronok dapat bawak balik Durian yang diburu sendiri

sesi buru durian, kami pulang ke dewan makan untuk menikmati hidangan lazat buah Raja ini! ternyata sungguh sedap dan menyayat hati! Selain usaha kental dan payah yang diperlukan untuk membuka dan mengopek Durian-durian ini, semuanya berjalan lancar! And Note To Self : ianya dipanggil 'Kucing Tidur' bukannya 'Tikus Menyorok' HAHAHAHAHAHAHA.

MAKAN DURIAN!! HYARGH!!

Walaupun kehadiran kami hanyalah sekejap. Namun Alhamdulillah dan berharap 2 slot Program KASEH kendalian kami berjaya meninggalkan kesan kepada para peserta. Slot-slot diuruskan oleh abang Ashraf dengan 'PENUH PENGHAYATAN' dicampur dengan suara latar Abang Aiman ketika video Sedutan Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W. Acara kemuncak ialah acara Surat Untuk Rasulullah. Ternyata ini adalah slot yang paling menyayat hati kerana kelihatan ramai peserta (bukan peserta pun ramai) menitiskan air mata teresak-esak sedih terkenangkan Rasulullah S.A.W. Semoga kita semua dilindungi dan mendapat syafaat Baginda kelak. InsyaAllah.



1 comment:

Anonymous said...

Wah, mempromosi Felcra eh ? Thanks BTW! <3 Your Blog. Cantik ^____^