Friday, December 26, 2014

Kembara Zoo ASIQS 2014



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Minggu lepas, pada 18 Disember 2014, selain saya meraikan hari ulangtahun kalendar gregorian saya yang ke-29, pihak ASIQS mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Ini merupakan lawatan julung-julung kali pihak ASIQS ke Zoo Negara Malaysia, Kuala Lumpur. 

Ustaz Shareef dan askar-askar Foundationnya
Lawatan ini disertai oleh 43 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring. Kami bertolak dari ASIQS pada jam 9.30 pagi dan tiba di Zoo jam 10 pagi. Ini merupakan lawatan peribadi saya yang ke-2 atau ke-3 dan kali terakhir saya melawat Zoo Negara ialah ketika saya berusia 11 atau 12 tahun rasanya. Ketika itu ada lawatan sekolah rendah saya. Alhamdulillah, sepanjang yang saya ingat, ternyata Zoo Negara telah banyak berubah berbanding kali terakhir saya pergi iaitu sekitar 17 tahun lepas.

Alhamdulillah setelah beramah mesra dengan akak penjual tiket tu, kami pun dapat harga yang istimewa kerana kami adalah rombongan konsesi daripada sekolah. Perjalanan di dalam Zoo berjalan seperti biasa di mana kami akan pergi dari satu haiwan ke haiwan yang lain dan membaca maklumat-maklumat berkenaan mereka di situ. Di samping itu, bergambar dan juga bergurau senda. ^_^

Antara haiwan yang mendapat tarikan para pengunjung iaitu Temburung
Destinasi pertama kami semasuknya kami ke dalam Zoo Negara ialah menuju Amphitheatre nya untuk menyaksikan Animal Show Zoo Negara. Ianya merupakan satu persembahan haiwan2 bertujuan menghiburkan pengunjung dengan aksi-aksi menarik haiwan-haiwan terlatih yang ada di Zoo Negara ini. Selepas menyaksikan haiwan2 ini beraksi, saya bertanya kepada Ustaz Shareef mengenai bagaimana haiwan2 ini boleh membuat aksi2 hebat menurut perintah pelatih2 mereka? adakah kerana mereka berakal? atau tidak? Ustaz Shareef menjelaskan bahawa ini bukanlah akal pemikiran haiwan, tetapi kesan daripada dilatih setiap hari, maka ianya menjadi satu kebiasaan. hmmm saya mcam susah nak faham. HAHA teruskan!

Adik Amirun dan Adik Eidil mempamerkan kehebatan mereka
Ketika waktu tengahari, semasa berhenti makan yakni selepas melawat encik Beruang, Ustaz Shareef ada menyediakan satu sesi yang sungguh bermanfaat buat kami semua. Dan secara terus terang, apa yang disampaikan oleh pelajar-pelajar ASIQS hari itu masih meninggalkan kesan dalam diri saya dan saya masih ingat sumber-sumber rujukan yang digunakan dalam pembentangan itu. Insya Allah satu masa nanti akan saya kepilkan sekali video rakaman persembahan itu di sini.

Sesi dimulakan dengan Adik Eidil menyampaikan kata-kata pembukaan dan tujuan serta matlamat lawatan ke Zoo hari itu dalam Bahasa Arab dan Adik Aishah menerjemahkannya buat semua penonton. Eidil memberitahu bahawa Lawatan ini adalah bertujuan memanfaatkan dan mengagumi ciptaan Allah S.W.T. yang hebat selain itu harus ditadabburkannya.

Adik Shafiqah dan Adik Aishah dan skill penterjemahan mereka
Sesi diteruskan dengan Adik Najmi muncul entah dari mana lalu membacakan sepotong ayat Al-Quran dan ianya dijelaskan sedikit demi sedikit oleh Adik Amirun. And part inilah yang saya mula rasa tersentuh mendengarnya. Penjelasan Amirun yang dipenuhi gaya dan lancar beserta contoh… begitu menyentuh hati saya. Sebak rasanya melihat adik-adik ini mampu menyampaikan maklumat-maklumat sebegini. Bila saya cuba ingat zaman saya ketika berumur mereka ini, apa yang boleh saya syarahkan hanyalah Dash Yankuro, Pokemon, ThunderCat dan yang sewaktu dengannya. HAHAHA. Berikut ialah ayat Al-Quran yang dibacakan Najmi :


Penjelasan Amirun mengenai kefahaman beliau berkenaan ayat Al-Quran ini sungguhlah menarik. Beserta dengan contoh-contoh dan gaya pembentang yang confident, ternyata beliau berjaya membuka hati dan minda saya. Apa yang buat saya kagum ialah, baru hari itu saya mengetahui bahawa Allah S.W.T. sudah menceritakan perihal haiwan2 yang wujud di atas muka bumi ini. Jenis-jenis haiwan yang diciptakanNya pula bermacam-macam. Dalam ayat yang dibentangkan, Allah S.W.T. menceritakan mengenai jenis-jenis haiwan melalui cara mereka berjalan. SubhanAllah, walaupun ayatnya ringkas, tetapi apa yang mungkin cuba disampaikan oleh Allah S.W.T. jauh lebih mendalam dan detail. Tugas kita untuk mengkaji dan lebih menelaah ciptaan-ciptaan ini untuk diambil manfaat dan iktibar. WAllahua'lam.

Saya yang menurut perintah mencatit dan
merekod semua maklumat baru
Lawatan kami ada sedikit kekurangannya. Kami tidak melihat Panda yang baru mula dipamerkan di Zoo Negara Kuala Lumpur ini. Ini kerana, setelah tiba di Zoo barulah kami tahu bahawa tiket untuk melihat Panda adalah tiket yang berasingan. Tiketnya dahlah berasingan, agak mahal pula. Hanya untuk melihat panda, pengunjung dikehendaki membayar extra RM20. Satu Zoo penuh RM28 manakala untuk panda sahaja ialah RM20? Wahh setelah berbincang dengan para pelajar, mereka sebulat suara mengatakan tidak berbaloi maka kami pun mengabaikan lawatan melihat Panda.

Selesai semua agenda hari itu, tepat jam 2.30pm kami mula berkumpula di pintu masuk Zoo Negara menanti ketibaan bas untuk membawa kami pulang ke ASIQS, Shah Alam. Setibanya bas dan apabila semua naik, semua terus tertidor dengan nyenyak kerana kepenatan berjalan agak jauh mengelilingi Zoo Negara.

Kami tiba di ASIQS jam 3.30pm dan setelah menunaikan Solat Fardhu Zohor berjemaah, pelajar-pelajar pun mula pulang ke rumah masing-masing.

Monday, December 22, 2014

The Last Goodbye


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Selamat petang buat semua rakan-rakan. Semalam dan kelmarin saya menonton sudah Filem The Hobbit : The Battle of The Five Armies. Bagi saya secara peribadi rasanya filem ni tak adalah hebat mana pun, tetapi okeylah. Banyak yang boleh diagak dah berdasarkan cara filem ini dibuat lebih kurang sama macam filem Lord Of The Rings : The Return of The King. Cumanya, di Ending Hobbit kali ini ada elemen kesedihan yang melampau XD. Itu ajelah bezanya. Kalau masa LOTR dulu, satu-satunya elemen sedih ialah masa Boromir mati. Tu pun tak sedih sangatlah sebab Boromir ni macam jahat-jahat sikit ye dok? ;-p so xnak spoil.. tengoklah sendiri. HEHE…

Bila tonton filem Hobbit kali ni, apa yang saya seronok ialah bagaimana mesej-mesej filem ini disampaikan. Selain tidak banyak menyentuh bab percintaan, ada beberapa isu lain yang buat saya seronok dengan mesej-mesej dari filem ni.

Friendship

Sehebat Fellowship of The Ring dalam Lord Of The Rings
Antara mesej yang paling menyentuh perasaan ialah bagaimana filem ini menunjukkan semangat persahabatan yang hebat di antara puak Hobbit dan Dwarves yang merupakan majoriti dalam pasukan hero tu. Banyak adegan yang mengetengahkan kehebatan persahabatan dalam filem ini. Tak boleh cerita.. kang spoil.. abang Rafiq merajuk. XD

Leadership

Sebahagian Pemimpin-pemimpin yang ada dalam Filem kali ini

Selain itu, ia juga menunjukkan bagaimana ciri-ciri kepimpinan yang akan membawa kehancuran. Ada yang menunjukkan kehancuran pemimpin yang tamakkan harta dan gila kuasa…. ada yang tunjuk jenis-jenis kepimpinan yang mementingkan diri dan pengecut, ada raja yang kuat dan berkuasa tetapi pentingkan keuntungan sendiri, dan lain-lain. Dan yang berjaya di pengakhiran ialah, pemimpin yang berjiwa rakyat yang sudi berkorban demi rakyat-rakyatnya tanpa mementingkan diri sendiri. :-)

Apa yang paling best ialah, lagu tema Filem Hobbit ke-3 ni iaitu The Last Goodbye nyanyian Billy Boyd. Sangat menghidupkan suasana Friendship yang terjalin selama 3 episod Trilogy Hobbit ini. Sedang terngiang-ngiang aja bermain di dalam fikiran saya sekarang ni lagu itu. Diharap akan ada lagi filem-filem Tolkien yang dibuat di masa hadapan bagi terus menghidupkan alam Middle Earth ini. XD

Masih tak paham macam mana Smaug ni boleh bercakap? haha and sangat kecewa kenapa beliau tak elak anak panah yang membunuhnya dalam Filem ni? Musykil and Misteri! HAHAHA 

Friday, December 19, 2014

Lingaa


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Malam

Minggu lepas, saya diajak oleh Abang Rafiq menonton sebuah filem Tamil yang baru keluar pada hari itu (12 Disember 2014) bertajuk Lingaa. Filem ini ialah lakonan B. Rajnikanth yang sangat masyhur di India dan digilai ramai tidak hanya di India, juga peminat2 filem Tamil di Malaysia. Menurut Abang Rafiq, filem ini dikeluarkan pada hari Jumaat bersempena hari lahir B. Rajnikanth itu sendiri. (Ini menjawab persoalan saya, kenapa filem ni keluar hari Jumaat? Selalunya filem baru keluar ari Khamis! HEHE)

Saya harus akui, saya bukannya peminat filem Tamil asalnya. Tetapi pada beberapa hari sebelum hari kejadian, ketika bermalam di rumah Abang Sepul, beliau memasang filem Tamil bertajuk Karththi dan selama 3 jam filem itu, ternyata saya mula dapat berjinak menghiburkan hati saya dengan filem Tamil. 

Kenapa saya suka filem Tamil ni?

Tidak seperti filem Hindustan, filem Tamil kebanyakannya bukan berkisar mengenai percintaan yang seolah-olah kisah dongeng dari langit. Filem-filem Tamil yang pernah saya tonton boleh dikatakan semuanya berkisah mengenai kemasyarakatan. Bagaimana seorang yang kaya membantu orang yang miskin atau bagaimana orang miskin berusaha membahagiakan kehidupannya atau kehidupan masyarakat sekampungnya dan sebagainya. Bagi saya, sebagai seorang yang bukan kaki cinta, saya sangat menyukai filem-filem sebegini. Bagi saya, cinta-cinta dongeng ini sangatlah karut dan mempersendakan otak dan pemikiran kita sendiri.

Bila dikaji filem-filem yang pernah saya suka, boleh dikatakan semuanya tidak mengandungi adegan-adegan percintaan yang mengarut-mengarut. Contoh filem-filem kegemaran saya :

  1. Les Choristes (Perancis)
  2. Lord Of The Rings (Omputih)
  3. The Hobbit (Omputih)
  4. The Shawshank Redemption (Omputih)
  5. Cast Away (Omputih)
  6. The Terminal (Omputih)

Jadi ternyata filem-filem di atas bagi mereka yang pernah menontonnya, mereka pasti setuju bahawa filem-filem ini bukan filem percintaan dongeng-dongengan. XD

Okey berbalik kepada filem Lingaa, ianya merupakan sebuah filem yang berunsur kemasyarakatan juga di mana ianya menampilkan hero iaitu Linggeswaran (Lingaa) yang dilakonkan oleh B. Rajnikanth cuba untuk memperbaiki kualiti penerimaan air di sebuah perkampungan yang dikuasai oleh puak Koloni British yang jahat lagi durjana. Kejahatan puak Koloni Bristish ini dapat dilihat melalui filem ini. Pelbagai usaha jahat yang dilakukan oleh puak Koloni British dalam membantutkan usaha murni si Linggeswaran dalam membantu rakyat di perkampungan tersebut. Semua usaha jahat ini adalah bersebab ingin membolot keuntungan dan atas kepentingan peribadi si pegawai Koloni British yang terbabit.

Dipendekkan cerita, dicampur dengan tidak mahu mengSPOILkan para penonton, akibat kemuliaan niat dan atas menjaga kebajikan rakyat kampung, Lingaa telah difitnah oleh puak-puak tali barut Koloni British ini. Akibatnya beliau dibenci dan dihalau dari perkampungan itu. Namun, itu ternyata tidak membantutkan niat-niat murni Lingaa membantu orang-orang susah yang miskin di mana saja beliau pergi setelah diusir dari perkampungan ini. Atas takdir, penduduk kampung yang diracuni tadi tertipu juga akhirnya dan menjadi bertambah tertindas dan terdesak walau untuk mencari sesuap nasi.

Penduduk-penduduk kampung pergi merantau ke kampung-kampung kejiranan mencari makanan dan mereka amat terkejut apabila tiba di satu rumah ini, mereka dihidangkan makanan yang cukup enak. Makanan itu seolah-olah mengimbau kembali zaman dahulu kala dan seperti mereka kenal akan siapakah yang menyediakan makanan itu. Jadi, siapakah yang memberi mereka makanan itu? jeng jeng jeng. HEHE tengoklah sendiri filem tu. SERONOK!

Bawah ni sedutan yang paling menyentuh perasaan saya sepanjang filem Lingaa ini. Selamat menonton! XD


(P/S : Sebenarnya antara sebab lain saya suka Karththi dan Lingaa ni ialah sebab music-music mereka diCompose oleh A R Rahman. HEHEHEHEHEHE)

Wednesday, December 17, 2014

Kelas Sirah ASIQS


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum…

Tahun 2014 merupakan satu tahun yang menggembirekan di ASIQS bagi saya. Antara sebab terbesar kegembiraan ini ialah kemasukannya seorang guru baru bernama Rafiq Raseli a.k.a. Abang Rafiq sebagai guru Sejarah di ASIQS. Tapi.. tu hanyalah antara sebab-sebab. Tapi bagi saya, sebab terbesar ialah diberi tugas mengajar subjek Sirah Nabawiyah. Merupakan satu penghargaan buat saya diberi tugas mengajar subjek Sirah kepada pelajar-pelajar ASIQS pada tahun ini.

Terlampau banyak perkara baru dan ilmu bermanfaat yang diperolehi sepanjang setahun mengajar pelajar-pelajar ASIQS tahun ini. Seketika saya terfikir, mengapalah masa zaman persekolahan dulu saya tidak begitu meminati subjek Sirah ini? Ternyata jawapannya sudah ditemui, semuanya disebabkan pelajaran Sirah di sekolah-sekolah dulu banyak penyembunyian fakta berlaku. Hanya peristiwa-peristiwa penting sahaja yang diceritakan kepada kami.

Bagi saya, Sirah Nabawiyah ini terlampau indah dan seronok jika diceritakan keseluruhannya tanpa berlaku penyembunyian fakta atau kejadian-kejadian tertentu. Semua yang berlaku pada Zaman kehidupan Rasulullah S.A.W. itu bagi saya merupakan suatu Rahmat yang tidak perlu disembunyikan walaupun sekecil-kecil peristiwa.

Insya Allah andai diberi keizinan dan kesempatan akan saya kongsikan perkara-perkara baru yang ditemui sepanjang saya belajar Sirah Nabawiyah untuk diajarkan kepada adik-adik ASIQS. Insya Allah entri-entri berkaitan Sirah akan saya buatkan coding tajuk tertentu bagi membezakan.

Tapi sebagai teaser… akanlah saya kongsi satu perkara di sini :

Bersama Cikgu Abang Rafiaq (Tengah) Ketika sambutan Hari Guru tahun 2014


Siapakah Sahabat Rasulullah S.A.W. yang disebut secara Nama di dalam Al-Quran?

Sepanjang saya mempelajari Sirah Nabawiyah, terdapat satu persoalan yang timbul dan jawapan bagi persoalan ini masih tidak dapat dijumpai sehingga hari ini. Semasa sedang menceritakan mengenai Zaid Bin Harithah R.A. sebagai anak angkat Rasulullah S.A.W., saya pun mendapat tahu bahawa Zaid Bin Harithah R.A. mempunyai satu kelebihan berbanding sahabat-sahabat lain iaitu, beliau disebut secara 'nama' di dalam Al-Quran. Namanya boleh dijumpai di dalam Surah Al-Ahzab ayat 37 :



                                                                                                                    (Surah Al-Ahzab 33 : 37)

Setelah itu, saya dapati juga selain Zaid Bin Harithah R.A., terdapat juga beberapa Sahabat-sahabat lain yang disebut di dalam Al-Quran tetapi bukan secara 'Nama' tetapi secara gelaran atau panggilan. Misalnya :

Abu Bakar As-Siddiq R.A.



(Surah At-Taubah 9 : 40)

Ayat ini menceritakan mengenai pengalaman Rasulullah S.A.W. di dalam Gua Thur bersama-sama dengan Abu Bakar As-Siddiq R.A. ketika peristiwa Hijrah. Teman sahabat yang bersama dengan Rasulullah S.A.W. di dalam gua Thur yang dimaksudkan dalam ayat ini merupakan Abu Bakar As-Siddiq R.A..


Abdullah Bin Ummi Maktum R.A.



Ertinya “Dia ( Muhammad ) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yanag menghendaki tentulah ia memperhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti.” 

(Surah ‘Abasa 80 : 1–16)

Walaupun ada berlaku ketidaksamaan pendapat Ulama' mengenai ayat ini samada ianya berkenaan dengan insiden Rasulullah S.A.W. bersama Abdullah Bin Ummi Maktum R.A., saya suka menggunakan contoh ini kerana ianya merupakan antara kisah-kisah yang masyhur.

Jadi apakah persoalannya di sini? 

1. Mengapakah nama Zaid Bin Harithah disebut secara 'Nama' sedangkan beberapa sahabat lain tidak secara 'Nama' tetapi secara penerangan atau nama lain?

2. Adakah seorang sahaja nama Sahabat yakni Zaid Bin Harithah disebut? Adakah ada nama Sahabat lain? 

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, saya terpaksa bertanya dengan beberapa orang pakar-pakar Al-Quran yang sudi membantu saya. Dan ternyata jawapan bagi soalan no.1 agak sukar untuk dijawab kerana hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui mengapa nama Zaid diangkat. Apa yang saya ketahui hanyalah Zaid merupakan salah seorang daripada anak angkat Rasulullah S.A.W. sehinggakan pada suatu ketika, Baginda menggelarkan nama Zaid sebagai Zaid bin Muhammad S.A.W.. Ini menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah S.A.W. kepadanya. Apa yang selebih daripada itu tidaklah saya ketahui.

Bagi soalan 2, saya berjumpa dengan seorang Ustaz yang saya hormati yakni Ustaz Iqbal Zain dan saya diberi peluang berborak dan berbincang dengan beliau mengenai hal ini. Sebenarnya, secara jujur, saya sudah terdetik jawapan mengenai persoalan ini dan hanya perlukan kepastian. Saya mulakan dengan soalan 

Bersama Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari


"Ustaz, apakah yang dimaksudkan dengan Sahabat Rasulullah S.A.W.? apakah ciri-ciri untuk mendapat gelaran Sahabat itu?"

Ustaz Iqbal pun memberi jawapan :

"Seseorang itu akan mendapat gelaran Sahabat Rasulullah S.A.W.  jika mereka mempunyai ciri-ciri ini" :

  1. Hidup ketika zaman hidupnya Rasulullah S.A.W.
  2. Pernah melihat Rasulullah S.A.W. secara jasad walaupun hanya sekilas atau beberapa saat.
  3. Berjuang bersama-sama menegakkan syiar agama yang dibawa Rasulullah S.A.W.


Mendengar jawapan Ustaz Iqbal, saya terdetik satu senyuman dalam hati, kerana jawapan yang saya ingin beri itu adalah memenuhi kesemua 3-3 ciri-ciri ini. Maka siapakah tokoh misteri yang ada di dalam hati saya ini? 

Apabila dilihat kepada Uwais Bin Qarni,  beliau tidak disebut sebagai Sahabat, tetapi Tabi'in. Ini kerana, beliau tidak dapat ciri-ciri ke-2 di atas iaitu bertemu atau melihat Rasulullah S.A.W.. Dikisahkan, beliau pernah tiba di rumah Rasulullah S.A.W. di Madinah, tetapi ketika itu Rasulullah S.A.W. tiada di rumah Baginda.

Jadi siapakah tokoh misteri yang saya maksudkan ini? Ada namanya di dalam ayat di bawah :



(Surah ‘Ali Imran 3 : 45)

Ya, dalam ayat di atas ada disebut nama Nabi Isa A.S.. Jika kita lihat sejarah, Nabi Isa A.S. masih hidup hingga ke hari ini, oleh sebab itu, Baginda pernah hidup ketika zaman Rasulullah S.A.W.

Bagi ciri-ciri ke-2, Nabi Isa A.S. pernah bertemu dengan Rasululllah S.A.W. di dalam kisah Israk Mikraj, sebelum Baginda diMikrajkan ke Langit di mana Rasulullah S.A.W. menjadi imam buat semua Para Anbiya'. Dan ketika ini, diriwayatkan bahawa semua Nabi-nabi hadir dalam bentuk roh kerana sudah wafat kecuali Nabi Isa A.S.. Dan setelah itu, sekali lagi Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Nabi Isa A.S. di Langit ke-2 dalam peristiwa Mikraj.

Dan yang ke-3, sebagaimana kita tahu, Nabi Isa A.S. akan turun semula ke bumi nanti dan memperjuangkan agama Islam yang pernah dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W. suatu ketika dahulu.

Oleh itu, terjawablah sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang disebut secara Nama di dalam Al-Quran. Suka diingatkan bahawa catatan ini hanyalah pengalaman dan ilmu yang saya perolehi semasa dalam kajian saya menimba ilmu berkenaan Sirah Nabawiyah. Andai ada yang tidak bersetuju, bolehlah sekiranya saya pohon maaf. Sesungguhnya memang tujuan saya menulis ini hanyalah tidak lain tidak bukan menunjukkan keindahan dan kehebatan Qalam Allah dan juga Sirah Nabawiyah Baginda Rasulullah S.A.W. WAllahua'lam.

Sekian, Terima kasih.

Salam Semangat Baru :-)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum. lama dah meninggalkan dunia Blog ni. Bersempena dengan semangat baru ni. Mari kita mulakan dengan ucapan Selamat Harijadi buat saya! HAHAHA sebab esok harijadi saya! XD

Tadi pagi bersesi minum bersama Abang Rafiq dan Abang Saiful.. sedang berborak-borak… tiba-tiba saja terasa nak cari Tarikh Harijadi dalam Kalendar Islam.. so jumpa lah website ni. HEHE silalah lawat kalau siapa nak check tarikh lahir mereka dalam kalendar Islam

Siapa nak cari .. KLIK SINI ---> SINI JUGAK


Contoh :




Semoga bermanfaat. X salah and tak rugi pon ingat birthday dalam kalendar Islam :-D