Wednesday, December 17, 2014

Kelas Sirah ASIQS


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum…

Tahun 2014 merupakan satu tahun yang menggembirekan di ASIQS bagi saya. Antara sebab terbesar kegembiraan ini ialah kemasukannya seorang guru baru bernama Rafiq Raseli a.k.a. Abang Rafiq sebagai guru Sejarah di ASIQS. Tapi.. tu hanyalah antara sebab-sebab. Tapi bagi saya, sebab terbesar ialah diberi tugas mengajar subjek Sirah Nabawiyah. Merupakan satu penghargaan buat saya diberi tugas mengajar subjek Sirah kepada pelajar-pelajar ASIQS pada tahun ini.

Terlampau banyak perkara baru dan ilmu bermanfaat yang diperolehi sepanjang setahun mengajar pelajar-pelajar ASIQS tahun ini. Seketika saya terfikir, mengapalah masa zaman persekolahan dulu saya tidak begitu meminati subjek Sirah ini? Ternyata jawapannya sudah ditemui, semuanya disebabkan pelajaran Sirah di sekolah-sekolah dulu banyak penyembunyian fakta berlaku. Hanya peristiwa-peristiwa penting sahaja yang diceritakan kepada kami.

Bagi saya, Sirah Nabawiyah ini terlampau indah dan seronok jika diceritakan keseluruhannya tanpa berlaku penyembunyian fakta atau kejadian-kejadian tertentu. Semua yang berlaku pada Zaman kehidupan Rasulullah S.A.W. itu bagi saya merupakan suatu Rahmat yang tidak perlu disembunyikan walaupun sekecil-kecil peristiwa.

Insya Allah andai diberi keizinan dan kesempatan akan saya kongsikan perkara-perkara baru yang ditemui sepanjang saya belajar Sirah Nabawiyah untuk diajarkan kepada adik-adik ASIQS. Insya Allah entri-entri berkaitan Sirah akan saya buatkan coding tajuk tertentu bagi membezakan.

Tapi sebagai teaser… akanlah saya kongsi satu perkara di sini :

Bersama Cikgu Abang Rafiaq (Tengah) Ketika sambutan Hari Guru tahun 2014


Siapakah Sahabat Rasulullah S.A.W. yang disebut secara Nama di dalam Al-Quran?

Sepanjang saya mempelajari Sirah Nabawiyah, terdapat satu persoalan yang timbul dan jawapan bagi persoalan ini masih tidak dapat dijumpai sehingga hari ini. Semasa sedang menceritakan mengenai Zaid Bin Harithah R.A. sebagai anak angkat Rasulullah S.A.W., saya pun mendapat tahu bahawa Zaid Bin Harithah R.A. mempunyai satu kelebihan berbanding sahabat-sahabat lain iaitu, beliau disebut secara 'nama' di dalam Al-Quran. Namanya boleh dijumpai di dalam Surah Al-Ahzab ayat 37 :



                                                                                                                    (Surah Al-Ahzab 33 : 37)

Setelah itu, saya dapati juga selain Zaid Bin Harithah R.A., terdapat juga beberapa Sahabat-sahabat lain yang disebut di dalam Al-Quran tetapi bukan secara 'Nama' tetapi secara gelaran atau panggilan. Misalnya :

Abu Bakar As-Siddiq R.A.



(Surah At-Taubah 9 : 40)

Ayat ini menceritakan mengenai pengalaman Rasulullah S.A.W. di dalam Gua Thur bersama-sama dengan Abu Bakar As-Siddiq R.A. ketika peristiwa Hijrah. Teman sahabat yang bersama dengan Rasulullah S.A.W. di dalam gua Thur yang dimaksudkan dalam ayat ini merupakan Abu Bakar As-Siddiq R.A..


Abdullah Bin Ummi Maktum R.A.



Ertinya “Dia ( Muhammad ) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yanag menghendaki tentulah ia memperhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti.” 

(Surah ‘Abasa 80 : 1–16)

Walaupun ada berlaku ketidaksamaan pendapat Ulama' mengenai ayat ini samada ianya berkenaan dengan insiden Rasulullah S.A.W. bersama Abdullah Bin Ummi Maktum R.A., saya suka menggunakan contoh ini kerana ianya merupakan antara kisah-kisah yang masyhur.

Jadi apakah persoalannya di sini? 

1. Mengapakah nama Zaid Bin Harithah disebut secara 'Nama' sedangkan beberapa sahabat lain tidak secara 'Nama' tetapi secara penerangan atau nama lain?

2. Adakah seorang sahaja nama Sahabat yakni Zaid Bin Harithah disebut? Adakah ada nama Sahabat lain? 

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, saya terpaksa bertanya dengan beberapa orang pakar-pakar Al-Quran yang sudi membantu saya. Dan ternyata jawapan bagi soalan no.1 agak sukar untuk dijawab kerana hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui mengapa nama Zaid diangkat. Apa yang saya ketahui hanyalah Zaid merupakan salah seorang daripada anak angkat Rasulullah S.A.W. sehinggakan pada suatu ketika, Baginda menggelarkan nama Zaid sebagai Zaid bin Muhammad S.A.W.. Ini menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah S.A.W. kepadanya. Apa yang selebih daripada itu tidaklah saya ketahui.

Bagi soalan 2, saya berjumpa dengan seorang Ustaz yang saya hormati yakni Ustaz Iqbal Zain dan saya diberi peluang berborak dan berbincang dengan beliau mengenai hal ini. Sebenarnya, secara jujur, saya sudah terdetik jawapan mengenai persoalan ini dan hanya perlukan kepastian. Saya mulakan dengan soalan 

Bersama Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari


"Ustaz, apakah yang dimaksudkan dengan Sahabat Rasulullah S.A.W.? apakah ciri-ciri untuk mendapat gelaran Sahabat itu?"

Ustaz Iqbal pun memberi jawapan :

"Seseorang itu akan mendapat gelaran Sahabat Rasulullah S.A.W.  jika mereka mempunyai ciri-ciri ini" :

  1. Hidup ketika zaman hidupnya Rasulullah S.A.W.
  2. Pernah melihat Rasulullah S.A.W. secara jasad walaupun hanya sekilas atau beberapa saat.
  3. Berjuang bersama-sama menegakkan syiar agama yang dibawa Rasulullah S.A.W.


Mendengar jawapan Ustaz Iqbal, saya terdetik satu senyuman dalam hati, kerana jawapan yang saya ingin beri itu adalah memenuhi kesemua 3-3 ciri-ciri ini. Maka siapakah tokoh misteri yang ada di dalam hati saya ini? 

Apabila dilihat kepada Uwais Bin Qarni,  beliau tidak disebut sebagai Sahabat, tetapi Tabi'in. Ini kerana, beliau tidak dapat ciri-ciri ke-2 di atas iaitu bertemu atau melihat Rasulullah S.A.W.. Dikisahkan, beliau pernah tiba di rumah Rasulullah S.A.W. di Madinah, tetapi ketika itu Rasulullah S.A.W. tiada di rumah Baginda.

Jadi siapakah tokoh misteri yang saya maksudkan ini? Ada namanya di dalam ayat di bawah :



(Surah ‘Ali Imran 3 : 45)

Ya, dalam ayat di atas ada disebut nama Nabi Isa A.S.. Jika kita lihat sejarah, Nabi Isa A.S. masih hidup hingga ke hari ini, oleh sebab itu, Baginda pernah hidup ketika zaman Rasulullah S.A.W.

Bagi ciri-ciri ke-2, Nabi Isa A.S. pernah bertemu dengan Rasululllah S.A.W. di dalam kisah Israk Mikraj, sebelum Baginda diMikrajkan ke Langit di mana Rasulullah S.A.W. menjadi imam buat semua Para Anbiya'. Dan ketika ini, diriwayatkan bahawa semua Nabi-nabi hadir dalam bentuk roh kerana sudah wafat kecuali Nabi Isa A.S.. Dan setelah itu, sekali lagi Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Nabi Isa A.S. di Langit ke-2 dalam peristiwa Mikraj.

Dan yang ke-3, sebagaimana kita tahu, Nabi Isa A.S. akan turun semula ke bumi nanti dan memperjuangkan agama Islam yang pernah dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W. suatu ketika dahulu.

Oleh itu, terjawablah sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang disebut secara Nama di dalam Al-Quran. Suka diingatkan bahawa catatan ini hanyalah pengalaman dan ilmu yang saya perolehi semasa dalam kajian saya menimba ilmu berkenaan Sirah Nabawiyah. Andai ada yang tidak bersetuju, bolehlah sekiranya saya pohon maaf. Sesungguhnya memang tujuan saya menulis ini hanyalah tidak lain tidak bukan menunjukkan keindahan dan kehebatan Qalam Allah dan juga Sirah Nabawiyah Baginda Rasulullah S.A.W. WAllahua'lam.

Sekian, Terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Ok. Menarik sungguh! :)

1. Saya mula tertarik dengan nama Zaid bila saya baca artikel cikgu ni. Sebab nama yg paling saya tertarik antara sahabat nabi / nabi sendiri adalah Ilyas dan ummi hani je. Hehhe. Sebab special. Tak sangka plak zaid se special ini. Baru tau. Tq.

2. Saya masih tak paham bila cikgu ckp terjawablah soalan nama2 yg disebut dlm quran. Sebab kenape org lain disebut gelaran tp zaid je sebut nama sbnr. Kalau ikutkan 3 3 ciri tu, abu bakar as siddiq pun ada 3 ciri owh.

Owh 1 lagi pendapat sy. Mungkin laaa.. zaid sampai dipanggil Bin muhammad oleh rasulullah dan turun 1 ayat perintah Allah mngatakan haram anak angkat berbin kan nabi. Maybe sebab tu namanya di sebut dalam quran sbgi peringatan? Mungkin. ALLAH HUALAM. tq cikgu tulis panjang2 saya pun komen panjang2. Hahah

Anonymous said...

live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀