Friday, December 26, 2014

Kembara Zoo ASIQS 2014



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Minggu lepas, pada 18 Disember 2014, selain saya meraikan hari ulangtahun kalendar gregorian saya yang ke-29, pihak ASIQS mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Ini merupakan lawatan julung-julung kali pihak ASIQS ke Zoo Negara Malaysia, Kuala Lumpur. 

Ustaz Shareef dan askar-askar Foundationnya
Lawatan ini disertai oleh 43 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring. Kami bertolak dari ASIQS pada jam 9.30 pagi dan tiba di Zoo jam 10 pagi. Ini merupakan lawatan peribadi saya yang ke-2 atau ke-3 dan kali terakhir saya melawat Zoo Negara ialah ketika saya berusia 11 atau 12 tahun rasanya. Ketika itu ada lawatan sekolah rendah saya. Alhamdulillah, sepanjang yang saya ingat, ternyata Zoo Negara telah banyak berubah berbanding kali terakhir saya pergi iaitu sekitar 17 tahun lepas.

Alhamdulillah setelah beramah mesra dengan akak penjual tiket tu, kami pun dapat harga yang istimewa kerana kami adalah rombongan konsesi daripada sekolah. Perjalanan di dalam Zoo berjalan seperti biasa di mana kami akan pergi dari satu haiwan ke haiwan yang lain dan membaca maklumat-maklumat berkenaan mereka di situ. Di samping itu, bergambar dan juga bergurau senda. ^_^

Antara haiwan yang mendapat tarikan para pengunjung iaitu Temburung
Destinasi pertama kami semasuknya kami ke dalam Zoo Negara ialah menuju Amphitheatre nya untuk menyaksikan Animal Show Zoo Negara. Ianya merupakan satu persembahan haiwan2 bertujuan menghiburkan pengunjung dengan aksi-aksi menarik haiwan-haiwan terlatih yang ada di Zoo Negara ini. Selepas menyaksikan haiwan2 ini beraksi, saya bertanya kepada Ustaz Shareef mengenai bagaimana haiwan2 ini boleh membuat aksi2 hebat menurut perintah pelatih2 mereka? adakah kerana mereka berakal? atau tidak? Ustaz Shareef menjelaskan bahawa ini bukanlah akal pemikiran haiwan, tetapi kesan daripada dilatih setiap hari, maka ianya menjadi satu kebiasaan. hmmm saya mcam susah nak faham. HAHA teruskan!

Adik Amirun dan Adik Eidil mempamerkan kehebatan mereka
Ketika waktu tengahari, semasa berhenti makan yakni selepas melawat encik Beruang, Ustaz Shareef ada menyediakan satu sesi yang sungguh bermanfaat buat kami semua. Dan secara terus terang, apa yang disampaikan oleh pelajar-pelajar ASIQS hari itu masih meninggalkan kesan dalam diri saya dan saya masih ingat sumber-sumber rujukan yang digunakan dalam pembentangan itu. Insya Allah satu masa nanti akan saya kepilkan sekali video rakaman persembahan itu di sini.

Sesi dimulakan dengan Adik Eidil menyampaikan kata-kata pembukaan dan tujuan serta matlamat lawatan ke Zoo hari itu dalam Bahasa Arab dan Adik Aishah menerjemahkannya buat semua penonton. Eidil memberitahu bahawa Lawatan ini adalah bertujuan memanfaatkan dan mengagumi ciptaan Allah S.W.T. yang hebat selain itu harus ditadabburkannya.

Adik Shafiqah dan Adik Aishah dan skill penterjemahan mereka
Sesi diteruskan dengan Adik Najmi muncul entah dari mana lalu membacakan sepotong ayat Al-Quran dan ianya dijelaskan sedikit demi sedikit oleh Adik Amirun. And part inilah yang saya mula rasa tersentuh mendengarnya. Penjelasan Amirun yang dipenuhi gaya dan lancar beserta contoh… begitu menyentuh hati saya. Sebak rasanya melihat adik-adik ini mampu menyampaikan maklumat-maklumat sebegini. Bila saya cuba ingat zaman saya ketika berumur mereka ini, apa yang boleh saya syarahkan hanyalah Dash Yankuro, Pokemon, ThunderCat dan yang sewaktu dengannya. HAHAHA. Berikut ialah ayat Al-Quran yang dibacakan Najmi :


Penjelasan Amirun mengenai kefahaman beliau berkenaan ayat Al-Quran ini sungguhlah menarik. Beserta dengan contoh-contoh dan gaya pembentang yang confident, ternyata beliau berjaya membuka hati dan minda saya. Apa yang buat saya kagum ialah, baru hari itu saya mengetahui bahawa Allah S.W.T. sudah menceritakan perihal haiwan2 yang wujud di atas muka bumi ini. Jenis-jenis haiwan yang diciptakanNya pula bermacam-macam. Dalam ayat yang dibentangkan, Allah S.W.T. menceritakan mengenai jenis-jenis haiwan melalui cara mereka berjalan. SubhanAllah, walaupun ayatnya ringkas, tetapi apa yang mungkin cuba disampaikan oleh Allah S.W.T. jauh lebih mendalam dan detail. Tugas kita untuk mengkaji dan lebih menelaah ciptaan-ciptaan ini untuk diambil manfaat dan iktibar. WAllahua'lam.

Saya yang menurut perintah mencatit dan
merekod semua maklumat baru
Lawatan kami ada sedikit kekurangannya. Kami tidak melihat Panda yang baru mula dipamerkan di Zoo Negara Kuala Lumpur ini. Ini kerana, setelah tiba di Zoo barulah kami tahu bahawa tiket untuk melihat Panda adalah tiket yang berasingan. Tiketnya dahlah berasingan, agak mahal pula. Hanya untuk melihat panda, pengunjung dikehendaki membayar extra RM20. Satu Zoo penuh RM28 manakala untuk panda sahaja ialah RM20? Wahh setelah berbincang dengan para pelajar, mereka sebulat suara mengatakan tidak berbaloi maka kami pun mengabaikan lawatan melihat Panda.

Selesai semua agenda hari itu, tepat jam 2.30pm kami mula berkumpula di pintu masuk Zoo Negara menanti ketibaan bas untuk membawa kami pulang ke ASIQS, Shah Alam. Setibanya bas dan apabila semua naik, semua terus tertidor dengan nyenyak kerana kepenatan berjalan agak jauh mengelilingi Zoo Negara.

Kami tiba di ASIQS jam 3.30pm dan setelah menunaikan Solat Fardhu Zohor berjemaah, pelajar-pelajar pun mula pulang ke rumah masing-masing.

2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频