Tuesday, October 18, 2011

Berita Dukacita

Dukacita dimaklumkan, semalam seekor kucing kesayangan saya telah mati dan itu sungguh menyedihkan saya.

Menambah kesedihan ialah laptop saya sedang berada di 'hospital' untuk aktiviti pembaikpulihan. Oleh sebab itu, anda tidak akan disajikan dengan artikel2 yg hebat dalam masa seminggu dua ini.

Saturday, October 15, 2011

Cover Piano : Qasida Burda Mawlay

Alangkah indahnya lagu Qasida nyanyian Muhammad Al Husayn ini. Qasida yang bertajuk Mawlay ini ternyata berjaya menarik minat ramai orang untuk mendengarnya bahkan bagi mereka yang memahami maksud Qasida ini dalam bahasa Arab, pasti akan menitiskan air mata memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Alunan piano saya ini mungkin tidak sesedap original version lagu ini, tetapi sebagai alternatif kepada lagu ini dalam versi Instrumental. Ramai orang cintakan muzik sahaja berbanding nyanyian suara. Sebarang kekurangan dipohon seribu kemaafan. Semoga terhibur. WAllahualam. :-)



Bagi yang ingin mendengar lagu original Qasida ini, sila KLIK SINI.

Friday, October 14, 2011

Pengalaman Berhari Raya di Tanah Suci 2011

Assalamualaikum semua. Di dalam video ini saya kongsi sedikit pengalaman dan gambaran berhari raya di tanah suci yakni Madinah Munawwarah. Video ini diambil sekitar 1 Syawal 1432H di Madinah Munawwarah setelah selesai bersolat sunat Aidil Fitri. Harap terhibur dengan paparan. :-)

Tuesday, October 11, 2011

Apa Yang Saya Belajar Mengenai Yahudi Ortodoks?



Assalamualaikum. Sebelum saya mula post kali ini. Suka saya ulangi satu info yang amat penting. Yahudi atau Bani Israel merupakan satu jenis bangsa yang ada di atas muka bumi ini. Mereka ini ada berbagai-bagai suku kaum dan menganut bermacam-macam jenis agama termasuk agama Islam. Harus diketahui golongan Yahudi yang jahat dipanggil rejim Zionis. Tetapi ini tidak bermaksud semua yang selain Zionis itu baik. Seperti kita umat Islam, yang mengaku Islam, ada juga yang jahat yang kadang-kadang lebih teruk perangai dari orang Yahudi ini. Wallahualam.

Dalam golongan Yahudi ini terdapat satu kumpulan yang dipanggil Yahudi Ortodoks* (Y.O). Bagaimana ingin mengenali orang-orang Yahudi ini?? Berdasarkan kajian saya, melalui lawatan saya ke bumi Palestin baru-baru ini dan juga melalui pertanyaan kepada ketua rombongan kami Mr walid, ingin saya kongsikan sedikit apa yang saya faham tentang Yahudi Ortodoks.

1. Pakaian

Pakaian Yahudi Ortodoks ini adalah jenis pakaian yang menutup aurat :
a) Bagi Lelaki
  • Diwajibkan memakai baju berlengan panjang.
  • Berstokin putih.
  • Memakai kasut menutupi kaki sepenuhnya dan haruslah bertumit. (sebab itu saya perhatikan gaya gerak geri perjalanan mereka agak semacam.)
  • Berjaket/kot/suit hitam dan juga memakai topi hitam (ala-ala topi koboi)
  • Tidak dibenarkan memaki rantai atau gelang

b) Bagi Wanita (saya kurang perasan wanita Y.O dalam trip baru-baru ini. Mungkin ada yang melintasi di hadapan saya tetapi saya tidak perasan. Apa yang saya tulis ini adalah apa yang saya dengar dari mr Walid dan juga apa yang saya baca dari tempat-tempat lain.)
  • Menutup rambut dengan sejenis penutup ala-ala anak tudung kita.
  • Memakai pakaian berlengan panjang dan berskirt panjang menutupi lutut.
  • Kurang memakai barang kemas dan juga alatan make-up.
  • Wajib memakai stokin.
  • Mereka juga diharamkan memakai pakaian menonjol yang menjolok mata yang dapat menarik perhatian orang ramai. (hehe sebab tu saya tak perasan rasanye)
Perbezaan pakaian Wanita-wanita yang ada di Jerusalem

2. Janggut dan Pelipis
Sejak dari kecil lagi memang mereka digalakkan membela pelipis

Orang-orang Y.O digalakkan menyimpan janggut, misai dan pelipis (sideburn) mereka. Amalan ini dikatakan akan mendapat pahala dalam ajaran agama Judais. Saya diberitahu, pelipis mereka ini dibela sejak mereka kecil lagi di mana mereka tidak akan membuang pelipis ini walau apapun yang terjadi. Dari kecil, setiap kali mereka memotong rambut, pelipis ini tidak akan dibuang malah akan terus disimpan dan dibela sehingga bila-bila. Sebab itu kita lihat rambut mereka ada pintalan-pintalan rambut kerinting di tepi telinga mereka. Itulah pelipis belaan mereka.


3. Personaliti
Orang-orang Y.O ini kurang sosial. Susah untuk saya cuba berbual atau berborak dengan mereka. Mereka lebih senang mendiamkan diri dan tidak menghiraukan orang-orang di sekeliling mereka. Apabila cuba ditegur, mereka akan hanya menjawab sepatah dan terus fokus membaca kitab atau doa yang dibawa mereka.

4. Pemakanan
Orang-orang Y.O makan makanan 'Kosher'. Kosher merupakan jenis makanan yang boleh dimakan oleh orang Y.O. Ianya sama seperti kita orang Islam, hanya makan makanan 'HALAL'. Makanan Kosher adalah makanan yang sama seperti makanan Halal umat Islam. Mereka tidak makan Babi dan tidak juga haiwan yang tidak disembelih. Bagi orang-orang Y.O., haiwan mereka juga disembelih dengan menyebut nama Tuhan mereka iaitu Allah S.W.T. Jika kita orang Islam menyebut 'Bismillahirrahmanirrahim' , mereka menyebut 'Shem e Shem' yang juga bermaksud dengan nama Allah tetapi dalam bahasa Hebrew.

5. Agama
Seorang Y.O sedang berdoa di Wailling Wall, Jerusalem

Secara keseluruhannya mereka ini mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Tuhan mereka adalah tuhan yang sama seperti orang Islam. tetapi apa yang beza ialah, mereka tidak percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Setelah mereka membunuh Nabi Isa a.s., mereka mengharapkan Nabi akhir zaman akan datang dari kalangan Bani Israel. Tetapi ini tidak terjadi, Nabi akhir zaman turun kepada Kaum Arab di bumi Arab.

Menurut Mr Walid, orang-orang Yahudi dahulukala, mereka sudah biasa mendapat seorang Nabi dari kaum mereka. Dan mereka tahu bahawa akan turun Nabi-Nabi yang baru setelah Nabi yang sedia ada. Misalnya, ketika zaman Nabi Zakaria dan Nabi Yahya, mereka diberitahu melalui pengajaran Nabi ini, bahawa akan muncul seorang Nabi baru untuk Bani Israel. Maka sebab itu, mereka membunuh Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Begitu juga setelah kemunculan Nabi Isa a.s. Dalam kitab Injil ada tertulis tentang akan datang Nabi Muhammad S.A.W. yang bagi mereka adalah lebih baik dari Nabi Isa a.s., oleh sebab itu orang-orang Yahudi ketika itu membunuh Nabi Isa a.s. Hasrat mereka musnah setelah mendapat tahu Nabi Muhammad lahir dari keturunan Bani Hashim iaitu orang Arab.

Mulai saat itu, mereka seperti berdendam dengan orang Arab dan juga Nabi Muhammad S.A.W. dan sebab itu mereka tidak beriman kepada Nabi Muhammad. WAllahualam.

6. Ideologi
Y.O menentang pembentukan negara haram Israel

Bagi orang-orang Y.O, mereka mengharamkan penubuhan negara ISRAEL. Mereka serang mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan mengharamkan tindakan rejim Zionis menindas orang-orang Palestin begitu juga dengan pembinaan penempatan Haram di sekitar tanah Palestin.


Walaupun kita lihat gaya mereka adalah baik seperti seorang Islam yang baik, ini tidak bermaksud mereka ini adalah baik. Kita tidak tahu jika ada agenda-agenda tersembunyi yang tidak dapat dibongkarkan dan jika betullah mereka ini baik-baik, pasti dalam golongan ini ada yang berbeza. Yang anti Islam tahap ekstremis dan sebagainya. WAllahualam.

Mungkin apa yang saya tulis ini ada bercanggah dengan fakta dan mungkin para pembaca ada pendapat atau isi-isi fakta yang lebih tepat atau menarik, boleh meninggalkan komen atau cadangan di ruangan comment di bawah. Segala kesilapan saya mohon kemaafan. WAllahualam.

*Yahudi Ortodoks adakalanya dipanggil juga dengan nama Yahudi Ultra Ortodoks

Sunday, October 09, 2011

Nota Ringkas Lukisan Kejuruteraan Form 4 :-)

Di saat-saat akhir sebelum exam LK esok pagi, saya paparkan nota ringkas steps yg saya buat ni. Harap dapat membantu. Sila print dan study ok!? selamat maju jaya! :-)

Kalau gambar kecik sangat... ni ha link download k?! selamat menggunakan! KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

Palestin Part 9 - Salman Al-Farisi


Menuju Makam Salman Al-Farisi

Assalamualaikum. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

Itu adalah salah satu Hadith Rasulullah S.A.W. yang ada menyentuh mengenai orang-orang Parsi. Terdapat banyak pendapat mengenai hadith ini. Dan apa yang saya faham, kemungkinan besar Hadith ini merujuk kepada betapa keimanan orang-orang Parsi di suatu tahap di mana mereka boleh mencapai satu peringkat tertinggi dalam menegakkan agama Allah S.W.T. Ada setengah yang mengatakan ianya bermaksud cara berfikiran seperti taakulan (Firasat yang lebih kurang sama dengan Farisi) yang mendalam mengenai Islam, dan lain-lain. Wallahualam.

Mendengar penerangan daripada Mr Walid.

Mengapa saya buka post kali ini dengan hadith Nabi ini? Ia adalah kerana salah seorang sahabat karib Rasulullah S.A.W. adalah berbangsa Parsi (Iran padi hari ini). Beliau ialah Salman Al-Farisi. Pada asalnya Salman merupakan seorang saudagar dari Parsi yang merantau dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain berdagang. Pada mulanya beliau merupakan seorang yang beragama Majusi. Setelah itu, beliau menjelajahi ke beberapa buah negeri demi mencari agama yang benar-benar menenangkan pemikiran beliau. Daripada Majusi, beliau bertukar menganut agama Kristian, berguru dari seorang paderi ke seorang paderi yang lain. Hingga paderi yang terakhir, Salman diberitahu mengenai kewujudan seorang Rasul akhir zaman di bumi Arab. Hal ini membuatkan beliau datang ke tanah Arab bertemu Rasulullah S.A.W. dan memeluk Islam akhirnya.

Salman Al-Farisi diriwayatkan merupakan salah seorang sahabat yang amat rapat dengan Rasulullah S.A.W. Beliau terkenal dengan ketaqwaannya dalam mengerjakan ibadat dan selain itu merupakan seorang yang sangat zuhud dengan harta benda beliau. Selain itu, tidak dinafikan lagi kebijaksanaan dan keberanian beliau dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T. Hasil kebijaksanaan beliau, sebuah parit (Khandaq) digali ketika peperangan Khandaq di Madinah. Penggalian parit itu merupakan idea Salman Al-Farisi yang ternyata efektif ketika memerangi kaum kafir.

Makam Salman Al-Farisi, Palestin

Ada riwayat mengatakan beliau meninggal dunia di Palestin disebabkan penyakit Taun. Kami sempat menziarahi satu kawasan di Bukit Zaitun yang dipercayai menempatkan makam sahabat Rasulullah S.A.W. ini. Ditempatkan di dalam sebuah masjid kecil, makam ini menjadi lawatan orang Islam yang datang menziarahi bumi Palestin ini. Haruslah ditekankan di sini, apabila kita menyebut perkataan Makam, ianya merupakan sebuah bangunan (binaan) yang dibina bagi memperingati kubur sebenar Salman Al-Farisi yang dipercayai ditanam di sekitar kawasan makam ini. Salman Al-Farisi meninggal dunia ketika zaman pemerintahan Saidina Uthman Affan. Beliau dipercayai berumur 78 tahun ketika meninggal dunia dan ada riwayat/pendapat lain yang mengatakan beliau berumur lebih daripada 300 tahun ketika meninggal dunia. Wallahualam. Selain di Palestin, terdapat satu lagi tempat di Iraq yang dikatakan menempatkan makam Salman Al-Farisi.

Tower of Ascenscion Russia Ortodoks

Di sekitar masjid yang menempatkan Makam Salman Al-Farisi ini, terdapat kawasan perkuburan umat Islam. Kami sempat menziarahi dan menyedekahkan Al-Fatihah. Di sebelah kawasan masjid ini terdapat sebuah menara orang Kristian. Menara ini dipanggil "Tower of Ascenscion" milik Kristian Russian Ortodoks. Di sini dipercayai oleh orang Kristian Russia, Nabi Isa a.s. (Jesus) diangkat ke langit. Lebih kurang 800m dari masjid ini, terdapat satu lagi "Tower of Ascenscion" milik Kristian Lutherin, German yang juga dipercayai Kristian German merupakan tempat Nabi Isa a.s. diangkat ke langit.

Salman Al-Farisi merupakan sahabat pertama yang menterjemahkan Al-Quran ke bahasa asing iaitu Bahasa Parsi. Salman Al-Farisi juga merupakan antara sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling banyak meriwayatkan hadith-hadith Baginda Rasulullah S.A.W. Al-Fatihah.

Bagi mereka yang ingin menonton lawatan kami ke Makam Salman Al-Farisi ini, boleh membaca post sebelum ini atau KLIK SINI!.

Wednesday, October 05, 2011

Cawan Nabi Muhammad kembali ke Chechnya

Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov mengetuai rombongan membawa cawan Rasulullah S.A.W. dan karpet menuju Masjid. (Sumber : Emirates247.com)

Sedang saya membelek-belek berita di internet, terpandang saya pada satu video yang agak menarik bagi saya. Saya memainkan video itu dan ianya berkisahkan tentang kepulangan sebuah cawan yang dikatakan milik Rasulullah S.A.W. ke negara Chechnya. Selain cawan, terdapat juga 2 buah karpet yang juga dikatakan kepunya Rasulullah S.A.W. Barang-barang ini asalnya berada di bawah jagaan kerajaan Great Britain dan setelah perundingan berlangsung yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan terkemuka Ruslan Baisarov.

Ketika saya menonton video ini, saya terasa sebak seketika dan agak terharu melihat rasa rindu presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov yang menitiskan mata ketika memegang dan mencium cawan ini. Tetapi lama kelamaan saya berasa takut sedikit. Lama kelamaan saya lihat seolah-olah cawan tu dipuja dan diagung2kan. Wallahualam. Dan satu lagi, saya lihat cawan ini seakan-akan dibuat daripada emas (sebahagian sahaja, tapi betulkan saya jika saya salah, saya ni buta warna). Saya agak kurang arif mengenai hal-hal emas yang digunakan untuk bahan makanan dan minuman ini, jadi saya harap ada mana-mana pihak yang ingin luahkan pendapat atau pandangan, boleh meletakkan komen di bawah ini. Berkongsi pendapat. Seribu kemaafan saya pohon dahulu jika ada yang mengguris mengenai post saya kali ini.

Di bawah ini dipaparkan video yang saya tonton itu. Terdapat banyak lagi video yang bersaiz lebih besar di youtube dan sekitar internet. Wallahualam.



Tuesday, October 04, 2011

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 11

Di bahagian terakhir ini, kami menziarahi makam Nabi Musa a.s. di Nabi Musa, Judean Dessert. Setelah itu kami menuju Old City Jericho melawat Mount of The Temptations sebelum kembali ke Jordan dan pulang ke Malaysia.

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 10

Kali ini kami melawat di persekitaran Bukit Zaitun. Melawat Makam beberape tokoh penting dalam Islam.

NOTE : Jika anda terus menonton dari bawah ini, kadang-kadang anda tidak akan dapat dengar sound/music dia. Video ini haruslah ditonton dari main page Youtube saya di

Kalau x boleh gak... maksudnya tgok kat sini aje.. kalau 2-2 tak boleh, saya dah buat ujikaji, dah suruh ramai orang buat.. kena rajin refresh... nanti kadang2 ada... pelik... (Saye perlukan lagu time menuju makam Salman Farisi tu.. sangat EPIC!!! :-p)

ade copyright issue tentang music yang saya guna. Saya akan cuba mencari jalan nak atasi masalah ini. Buat masa ni just tgok daru main page saye yeaa~ :-)



Ni satu lagi alternatif. Kat dailymotion. Tapi maaf kualiti rendah. sebab nak cuba dulu. Takut kalau2 dia disable jugak kang.

Sunday, October 02, 2011

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 9

Mengenali sejenis hiasan buatan tangan daripada kayu yang dipanggil Saddaf. Melawaat Masjidil Aqsa untuk solat Maghrib sebelum esok meninggalkan bumi Palestin untuk pulang ke tanah air.

Saturday, October 01, 2011

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 8

Apa ada dalam Cave of Nativity? Video kali ini menyingkap kisah mengenai peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi di dalam gua ini serta kawasan sekeliling Church of Nativity ini.