Wednesday, October 05, 2011

Cawan Nabi Muhammad kembali ke Chechnya

Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov mengetuai rombongan membawa cawan Rasulullah S.A.W. dan karpet menuju Masjid. (Sumber : Emirates247.com)

Sedang saya membelek-belek berita di internet, terpandang saya pada satu video yang agak menarik bagi saya. Saya memainkan video itu dan ianya berkisahkan tentang kepulangan sebuah cawan yang dikatakan milik Rasulullah S.A.W. ke negara Chechnya. Selain cawan, terdapat juga 2 buah karpet yang juga dikatakan kepunya Rasulullah S.A.W. Barang-barang ini asalnya berada di bawah jagaan kerajaan Great Britain dan setelah perundingan berlangsung yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan terkemuka Ruslan Baisarov.

Ketika saya menonton video ini, saya terasa sebak seketika dan agak terharu melihat rasa rindu presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov yang menitiskan mata ketika memegang dan mencium cawan ini. Tetapi lama kelamaan saya berasa takut sedikit. Lama kelamaan saya lihat seolah-olah cawan tu dipuja dan diagung2kan. Wallahualam. Dan satu lagi, saya lihat cawan ini seakan-akan dibuat daripada emas (sebahagian sahaja, tapi betulkan saya jika saya salah, saya ni buta warna). Saya agak kurang arif mengenai hal-hal emas yang digunakan untuk bahan makanan dan minuman ini, jadi saya harap ada mana-mana pihak yang ingin luahkan pendapat atau pandangan, boleh meletakkan komen di bawah ini. Berkongsi pendapat. Seribu kemaafan saya pohon dahulu jika ada yang mengguris mengenai post saya kali ini.

Di bawah ini dipaparkan video yang saya tonton itu. Terdapat banyak lagi video yang bersaiz lebih besar di youtube dan sekitar internet. Wallahualam.



2 comments:

adinda awin said...

menariknye cerita ni..xpenah sy tahu...
bg sy..xdelah mereka memuja..cume mereka terasa rindu pd Rasulullah....SAW,tp kenalah make sure cawan tu betul ke milik Rasullullah SAW?...kalau x...isk2...

Anonymous said...

rindu kpd Rasulullah mmg sgt2 dituntut...tapi tak perlu la hanya kerana sebiji cawan dan permaidani yg masih lagi tidak diketahui 100% milik Rasulullah kita berarak...berkumpul...dan seperti memuja barangan tersebut.....

Rasulullah tak tinggalkan kita cawan dan permaidani utk dipuja dan disanjung...tetapi Rasulullah tinggalkan kita al-Quran dan as-Sunnah untuk kita fahamkan..amalkan dan kita pegang dari dunia hingga akhirat...

adakah menjadi satu faedah jika abaikan al-Quran dan as-Sunnah tetapi kita sanjung dan memuja cawan dan permaidani Rasulullah?

Wallahu a'lam....