Friday, December 19, 2014

Lingaa


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Malam

Minggu lepas, saya diajak oleh Abang Rafiq menonton sebuah filem Tamil yang baru keluar pada hari itu (12 Disember 2014) bertajuk Lingaa. Filem ini ialah lakonan B. Rajnikanth yang sangat masyhur di India dan digilai ramai tidak hanya di India, juga peminat2 filem Tamil di Malaysia. Menurut Abang Rafiq, filem ini dikeluarkan pada hari Jumaat bersempena hari lahir B. Rajnikanth itu sendiri. (Ini menjawab persoalan saya, kenapa filem ni keluar hari Jumaat? Selalunya filem baru keluar ari Khamis! HEHE)

Saya harus akui, saya bukannya peminat filem Tamil asalnya. Tetapi pada beberapa hari sebelum hari kejadian, ketika bermalam di rumah Abang Sepul, beliau memasang filem Tamil bertajuk Karththi dan selama 3 jam filem itu, ternyata saya mula dapat berjinak menghiburkan hati saya dengan filem Tamil. 

Kenapa saya suka filem Tamil ni?

Tidak seperti filem Hindustan, filem Tamil kebanyakannya bukan berkisar mengenai percintaan yang seolah-olah kisah dongeng dari langit. Filem-filem Tamil yang pernah saya tonton boleh dikatakan semuanya berkisah mengenai kemasyarakatan. Bagaimana seorang yang kaya membantu orang yang miskin atau bagaimana orang miskin berusaha membahagiakan kehidupannya atau kehidupan masyarakat sekampungnya dan sebagainya. Bagi saya, sebagai seorang yang bukan kaki cinta, saya sangat menyukai filem-filem sebegini. Bagi saya, cinta-cinta dongeng ini sangatlah karut dan mempersendakan otak dan pemikiran kita sendiri.

Bila dikaji filem-filem yang pernah saya suka, boleh dikatakan semuanya tidak mengandungi adegan-adegan percintaan yang mengarut-mengarut. Contoh filem-filem kegemaran saya :

  1. Les Choristes (Perancis)
  2. Lord Of The Rings (Omputih)
  3. The Hobbit (Omputih)
  4. The Shawshank Redemption (Omputih)
  5. Cast Away (Omputih)
  6. The Terminal (Omputih)

Jadi ternyata filem-filem di atas bagi mereka yang pernah menontonnya, mereka pasti setuju bahawa filem-filem ini bukan filem percintaan dongeng-dongengan. XD

Okey berbalik kepada filem Lingaa, ianya merupakan sebuah filem yang berunsur kemasyarakatan juga di mana ianya menampilkan hero iaitu Linggeswaran (Lingaa) yang dilakonkan oleh B. Rajnikanth cuba untuk memperbaiki kualiti penerimaan air di sebuah perkampungan yang dikuasai oleh puak Koloni British yang jahat lagi durjana. Kejahatan puak Koloni Bristish ini dapat dilihat melalui filem ini. Pelbagai usaha jahat yang dilakukan oleh puak Koloni British dalam membantutkan usaha murni si Linggeswaran dalam membantu rakyat di perkampungan tersebut. Semua usaha jahat ini adalah bersebab ingin membolot keuntungan dan atas kepentingan peribadi si pegawai Koloni British yang terbabit.

Dipendekkan cerita, dicampur dengan tidak mahu mengSPOILkan para penonton, akibat kemuliaan niat dan atas menjaga kebajikan rakyat kampung, Lingaa telah difitnah oleh puak-puak tali barut Koloni British ini. Akibatnya beliau dibenci dan dihalau dari perkampungan itu. Namun, itu ternyata tidak membantutkan niat-niat murni Lingaa membantu orang-orang susah yang miskin di mana saja beliau pergi setelah diusir dari perkampungan ini. Atas takdir, penduduk kampung yang diracuni tadi tertipu juga akhirnya dan menjadi bertambah tertindas dan terdesak walau untuk mencari sesuap nasi.

Penduduk-penduduk kampung pergi merantau ke kampung-kampung kejiranan mencari makanan dan mereka amat terkejut apabila tiba di satu rumah ini, mereka dihidangkan makanan yang cukup enak. Makanan itu seolah-olah mengimbau kembali zaman dahulu kala dan seperti mereka kenal akan siapakah yang menyediakan makanan itu. Jadi, siapakah yang memberi mereka makanan itu? jeng jeng jeng. HEHE tengoklah sendiri filem tu. SERONOK!

Bawah ni sedutan yang paling menyentuh perasaan saya sepanjang filem Lingaa ini. Selamat menonton! XD


(P/S : Sebenarnya antara sebab lain saya suka Karththi dan Lingaa ni ialah sebab music-music mereka diCompose oleh A R Rahman. HEHEHEHEHEHE)

1 comment:

Anonymous said...

Your review sounds good....tamil films are making good movies now. I would suggest some movies that you may want to watch

1. Jigarthanda
2. Nayagan
3. Thalapathy
5. Kannathil Muthamittal
6. Indian