Wednesday, December 28, 2011

Musim Persekolahan Bakal Bermula!



Setelah seminggu tamatnya program 'A Glimpse of ASIQS' , kini ofis ASIQS berasa sangat sunti tanpa kehadiran adik-adik comel yang menceriakan ofis kami ini selama 2 minggu yang lepas. Pengalaman bersama adik-adik merupakan satu kenangan yang tak dapat nak senang2 dilupakan! HAHA dengan karenah masing-masing yang unik dan kooL. Alhamdulillah beberapa orang peserta A Glimpse tempoh hari bakal menyambung persekolahan mereka di ASIQS tahun depan. Dapatla lepas-lepas rindu sikit kat budak-budak ni! hehe.

Sorang bakal pelajar, Zidane (Kiri) dan confirmed! Jannah (Kanan)

2 lagi confirmed pelajar next year! (Fauzan (kiri skali) dan Mokzaini (2 dari kiri))

Hari ni, hari kedua pendaftaran sekolah SIAS (Sekolah Integrasi As Syakirin) dan ASIQS menyambut kedatangan 3 orang lagi bakal pelajar baru di ASIQS tahun depan. Gembira pelajar-pelajar baru ini setelah diberitahu mereka akan belajar dengan menggunakan Tablet PC (Galaxy Tab kot) dan akan dididik oleh majoritinya tenaga pengajar yang sangat muda dan macho! (:-p). Antara yang datang bertanyakan tentang sekolah ialah Ziana Zain uOLs! hehehe.

Abang Hasraf ketika upacara penutup

Setelah beberape hari tidak merasa Nasi Lemak Uncle Sulaiman, pagi tadi saya pon melepaskan rindu mempekena Nasi Lemak itu. Borak punya borak, Uncle Sulaiman and Uncle Md Nor bersemangat habis utk diadakan futsal ASIQS Sebulan sekali (minimum!) Uncle Sulaiman siap nak pi cari kasut baru dah ni sekarang! Alhamdulillah, sedikit sebanyak kemunculan kami berjaya mewujudkan kembali semangat ingin bersukan Uncle. Moga-moga kita diberi kemudahan olehNya.

Cikguu muda yang macho! (salah sorang)

Okey skarang saya sedang sibuk siapkan syllabus Mathematics ni untuk darjah 4 sampai form 3! Sambung nanti yeaa rakan rakan! Assalamualaikum!

(P/s : Di bawah ini disajikan video permainan amal Futsal kami di ASIQS minggu lepas. Selamat Henjoy! :-))


Tuesday, December 20, 2011

Birthday dan 'A Glimpse of ASIQS'


Kek Harijadi Kejutan dari Bebudak LK Bukit Jelutong

Assalamualaikum. Rasanya lama sudah tidak mengupdate blog. Focus post kali ini adalah untuk kejadian-kejadian sepanjang minggu lepas. Sudah semestinya highlight ialah berkenaan harijadi saya yang ke 26 iaitu pada 18 Disember 2011 :-p HEHEHEHE.... seronok rasanya last week bila dikejut-kejutkan dengan sambutan harijadi yang secara mengejut! Terima kasih tak terhingga kepada semua yang bersama-sama mengejutkan saya! :-) Terima Kasih!

Thanx Korang!

Untuk pengetahuan semua, sekarang ini, saya dan Team Innovology (Yang masih ada di Malaysia) agak busy dengan program 2 minggu 'A Glimpse of ASIQS' yang dijalankan di seksyen 13. Program ini banyak manfaatnya bagi mereka yang ingin mencari ilmu. Bukan nak kata apelah, saya sendiri rasa kehebatan program ini. Apa yang paling saya bersyukur mengenai program ini ialah, saya dapat memahami ayat Al-Quran (Surah Ar-Rahman), menghafaznya (Setakat ni dah 36 ayat.. HEHE Slow sikit daripada adik2 peserta) dan paling penting ialah mempelajari Bahasa Arab serta menambah kenalan-kenalan baru yang terdiri daripada adik-adik kecil yang muda dan comel! :-)

Budak ASIQS pon kasi hadiah harijadi! HEHE Thanx Alysha :-)

Ustaz Basir dan Kelas Bahasa Arab nya

Ustaz Idris dan Kelas Tafseer serta Tahfiznya

Abang ASHRAF dan sesi Sainsnya

Alhamdulillah selama seminggu lepas kami mengendalikan program ini, tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Semuanya berjalan lancar mengikut perancangan dan Alhamdulillah adik-adik peserta gembira belajar bersama-sama kami semua. Keterangan lanjut mengenai program ini insyaAllah akan diceritakan kemudian yeaa... sebab tengah busy buat kerja2 sikit ni! Assalamualaikum. Di bawah ni ada link video highlight program 'A Glimpse of ASIQS' bagi minggu pertama last week. Selamat Enjoy! :-D

Sunday, December 11, 2011

Pemberi Semangat! Alhamdulillah


Assalamualaikum. Semalam, Team Innovology menghantar seorang lagi member Inno yang melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat. Berkurangan seorang lagi orang kuat Inno. :-) Semoga semuanya selamat-selamat belaka. Semoga perjalanan dipenuhi Barakah. Amin. Terima kasih di atas bantuan dan pertolongan yang tidak putus-putus 2-3 bulan lepas bersama Program Kami. (Nama dirahsiakan. bagi mengelakkan perasaan tidak senang dan perasaan membesarkan punggung dan lubang idong pihak-pihak tertentu! HEHE)

Semalam juga berjumpa seorang bekas student (Nama dirahsiakan jugaklah atas sebab-sebab seperti di atas jugak!) dan ternyata pertemuan dengannya menambahkan lagi ilmu-ilmu yang boleh digunapakai dalam Innovology. Inno insyaAllah akan membuka satu topik cabang baru dalam aktiviti mereka iaitu Senibina / Architecture. Alhamdulillah pertemuan dengannya sedikit sebanyak menambahkan lagi idea-idea baru yang boleh diserapkan dalam topik baru ini. Terima kasih! :-)

Alhamdulillah lately banyak benda-benda baik datang kat Inno dan ASIQS. Insya Allah segala usaha kami ini akan dibantu olehNya. Kita merancang dan berusaha. :-) Pohon doa bersama daripada semua pihak agar usaha kami tiberkatiNya. Amin!

Owh bagi yang tak tau apa itu Inno? apa itu ASIQS? ni bawah ni ada link-link. HEHEHE

Innovology ni nama Company Kami

ASIQS ni plak sekolah As Syakirin Institute of Quranic Sciences. Juga dikelola oleh kebanyakan orang-orang daripada Innovology jugak. Selamat melayari! :-D

Silelah LIKE mane-mane yang patut yea~? HEHEHEHE :-p

Thursday, December 08, 2011

Saat-saat Akhir Kehidupan Rasulullah S.A.W.



Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca. Semalam malam, ketika sedang mencari-cari video di Youtube untuk projek-projek akan datang, saya tertonton satu video ni. Dan muzik latar belakangnya begitu indah sehingga membuatkan saya berasa sedih. Ni tahap sedih yang tertinggi laa. And lagu ni memang super duper power laaa. Sebab dia campur elemen sedih and sikit-sikit happy. (Dalam bahasa muzik... sekejap-sekejap Major moods and then jadi Minor moods. HEHE bagi sesape yg paham laa).

So, tak tau laaa kuasa Allah atau apa, saya tetibe terbayangkan situasi kita yang sudah kehilangan Idola kita, Nabi Muhammad S.A.W. Dan apa yang saya bayangkan bila mendengar muzik ini ialah, bagaimana pernah saya baca keadaan dan kronologi saat terakhir kehidupan Baginda. Terus saya melayari laman web mencari artikel-artikel mengenai saat-saat terakhir kehidupan Baginda. Satu persatu website yang saya baca, saya biarkan lagu ini bermain di latar belakang. Nak dapat mood lah konon-konon. Akhirnya setelah digabung-gabung dari sumber-sumber yang berbeza, ternyata saya berpuas hati. Macam mana puas hati? sebab secara tiba-tiba air mata mengalir dari mata saya setelah saya menonton video ciptaan diri sendiri ini. (bukan nak riak atau belagak.. tapi nak kongsi.)

Terbukti setelah ditonton beberapa orang sahabat, mereka juga menyampaikan rasa perasaan yang sama. Perasaan pilu dan sedih beserta rindu akan kekasih Allah yang satu iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang cuba diHighlight di sini ialah, bagaimana Baginda Rasulullah S.A.W. begitu cintakan umatnya sehingga di akhir-akhir nafasnya, ungkapan UMATKU yang terkeluar. Betapa risaunya Baginda akan kesengsaraan yang bakal dialami umatnya kelak, Baginda meminta agar kesakitan Sakaratul Maut umatnya ditanggung dirinya sendiri.


Dan apa yang dapat kita lihat hari ini?? tidak timbul walau sikit pun perasaan kasih dan sayang serta rindu umatnya pada Beliau di kalangan segelintir orang-orang Islam yang hidup di muka bumi ini. Sedih pabila melihat aksi-aksi dan peribadi Muslim akhir zaman yang tidak mencerminkan keperibadian Rasulullah S.A.W. langsung! Jadi harapan saya, sama-samalah kita ingat-mengingatkan sesama Muslim akan kepentingan menyintai Rasulullah S.A.W. yang amat menyintai kita umatnya walaupun hidup kita beribu tahun setelah kewafatan Baginda. WAllahualam.

Video di atas saya edit sendiri dengan menggunakan Lagu latar belakang yang dimaksudkan. Semoga semua dapat mengambil iktibar daripada apa yang cuba saya sampaikan.

Friday, December 02, 2011

Muzik dan Islam (Sekadar Pandangan)

Sami Yusuf (Y)

Saya teringat suatu ketika dahulu, pabila ditanya seorang Ustaz ni (nama dia terpaksa dirahsiakan, jatuh kredibiliti dia nanti. Dia ni da jadi Ustaz bepengaruh gak skarang) mengenai kedudukan Muzik, alatan Muzik dan seangkatannya dalam Islam. Dengan laju dan selambernya dia menjawab "Oh.. x boleh!! Alat muzik ni semua Haram!" tersentak+sedih saya mendengarnya. Ini kerana saya merupakan seorang yang sangat suka akan muzik dan bunyi-bunyian. tetapi, apa yang saya buat masa itu, saya teruskan aja minat kecil itu, walaupun pada ketika itu emak saya macam tegur-tegur gak setiap kali saya menekan-nekan piano tu. Sambil-sambil tu berdoa-doa gak laaa supaya saya ditunjukkan jawapan sebenar sebab saya kurang yakin sikit dengan cara ustaz ni jawab.

Maher Zain

Masa berlalu, 4 tahun lepas, ketika saya berada di Istanbul, saya dikenalkan dengan seorang penyanyi Iran iaitu Sami Yusuf. Pertama kali saya dengar lagu Nasyid yang ada memuatkan bunyi-bunyi petikan gitar dan piano di dalamnya. Seingat saya lagu Sami Yusuf tu tajuk dia "My Ummah" dan lagu tu membuat saya berkobar-kobar dan seolah-olah ada harapan sikit dah untuk meneruskan muzik-muzik ni! HEHE.

Masa berlalu lagi, saya dikenalkan dengan seorang lagi Ustaz (dah jadi femes da skarang.... selalu keluar TV9) dan saya berborak dengan dia bertanyakan soalan sama. Terkejut saya dan emak saya apabila jawapan dia berbunyi begini "Ohhh... xpa aje muzik, asalkan tak melalaikan, and kita niat riadhah.. takpe laah" Seraya menurut sama berJamming ketika itu dengan saya dan kawan-kawan. HAHA Ajaib ustaz ni! Gempak!

Al-Farabi - Tokoh Muzik Islam

Agak kolot sebenarnya jika sekarang kita hendak menafikan kehebatan muzik. Jika dilihat pada zaman-zaman kehebatan Islam dahulu (Abbasiyah dll.) boleh dikatakan semua tokoh-tokoh Islam mahir dan pakar dalam alat muzik. Sebagai contoh, Al-Farabi sendiri merupakan pencipta kepada Gambus Arab bertali lapan! Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemuzik yang hebat. Selain Al-Farabi, Al-Kindi juga banyak mengeluarkan teori-teori muzik. Begitu juga dengan Ibn Bajjah merupakan antara pemain gambus terhebat ketika itu. Majoriti tokoh sains Islam semuanya boleh bermain muzik. Jadi haruslah kita fikir-fikirkan samada benarkah kajian Saintis yang menunjukkan kaitan muzik dan kelancaran otak yang dibuat oleh Barat. Mereka mengatakan bunyi violin dan piano dapat meng'Stimulus'kan otak. Sebab itu kita lihat kebanyakan tokoh sains moden juga ramai yang mahir bermain alat muzik. Contoh Albert Einstein sendiri merupakan seorang yang mahir bermain violin.

Manuskrip Gambus 8 Tali Ciptaan Al-Farabi

Jadi apa yang penting sekarang ini? kalau ikut kefahaman saya, semua bergantung kepada niat. Memang saya bermain alat muzik sekadar untuk menghiburkan hati. Daripada anak-anak muda zaman sekarang beriadah dengan bermain video game, menonton TV, cerita-cerita Mat Salleh tu, bermain game online di Cyber Cafe, berempit, bercumbuan/berwayang dan lain-lain, apa salahnya saya bermain muzik? yang penting tidak berlebihan dan tidak lalai serta saya ingat kewajipan saya yang 5 setiap hari kan?

Cube cari mana Einstein~?? EHEHE

And sekarang, kalau kita lihat, begitu banyak artis-artis nasyid yang berMuzik alat-alat muzik moden ini seperti Sami Yusuf, Maher Zain, Irfan Makki dan lain-lain. Dan sesetengah daripada lagu-lagu ini mampu membuatkan saya menitis air mata apabila mendengarnya. Apabila kata-kata puji-pujian dilontarkan kepada Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W. Seketika saya terfikir, mengapa saya kurang minat ceramah-ceramah Ustaz yang pertama tadi. Bila saya fikir balik, cara penyampaiannya best, seronok, penuh dengan lucu-lucu, tetapi masalah hatinya dan isi ceramahnya yang dipenuhi dengan caci herdik maki kutukan terhadap orang-orang lain membuatkan suasana ceramah kelas itu tidak bersih. terbukti sekarang, dengan mendengar lagu-lagu Nasyid moden skarang lebih bermanfaat daripada datang ke kuliahnya yang dipenuhi hasad dengki terhadap orang-orang lain. WAllahualam.


Saya takut untuk berbicara lebih panjang. Takut melalut dan merapu. Apa yang cuba saya tekankan di sini, bukan sekadar alat muzik, hatta apa sekalipun yang dapat melalaikan manusia daripada melakukan tanggungjawab mereka, itu ialah Haram! termasuklah menonton TV, bermain kad, bersukan dan lain-lain. Bacaan lanjut untuk pendapat Ulama' dan Hadith mengenai muzik boleh dibaca DI SINI. :-) Di sini suka saya ingin memohon, jika ada yang ingin comment atau menegur, saya harap ianya dilakukan dengan berhemah. Saya kurang meminati komen-komen berbentuk kutukan atau cercaan atau makian. Kita hidup, biar berhemah, biar berbudi bahasa. Itupun jika ada yang sudi berkongsi. Assalamualaikum.