Sami Yusuf (Y)
Saya teringat suatu ketika dahulu, pabila ditanya seorang Ustaz ni (nama dia terpaksa dirahsiakan, jatuh kredibiliti dia nanti. Dia ni da jadi Ustaz bepengaruh gak skarang) mengenai kedudukan Muzik, alatan Muzik dan seangkatannya dalam Islam. Dengan laju dan selambernya dia menjawab "Oh.. x boleh!! Alat muzik ni semua Haram!" tersentak+sedih saya mendengarnya. Ini kerana saya merupakan seorang yang sangat suka akan muzik dan bunyi-bunyian. tetapi, apa yang saya buat masa itu, saya teruskan aja minat kecil itu, walaupun pada ketika itu emak saya macam tegur-tegur gak setiap kali saya menekan-nekan piano tu. Sambil-sambil tu berdoa-doa gak laaa supaya saya ditunjukkan jawapan sebenar sebab saya kurang yakin sikit dengan cara ustaz ni jawab.
Maher Zain
Masa berlalu, 4 tahun lepas, ketika saya berada di Istanbul, saya dikenalkan dengan seorang penyanyi Iran iaitu Sami Yusuf. Pertama kali saya dengar lagu Nasyid yang ada memuatkan bunyi-bunyi petikan gitar dan piano di dalamnya. Seingat saya lagu Sami Yusuf tu tajuk dia "My Ummah" dan lagu tu membuat saya berkobar-kobar dan seolah-olah ada harapan sikit dah untuk meneruskan muzik-muzik ni! HEHE.
Masa berlalu lagi, saya dikenalkan dengan seorang lagi Ustaz (dah jadi femes da skarang.... selalu keluar TV9) dan saya berborak dengan dia bertanyakan soalan sama. Terkejut saya dan emak saya apabila jawapan dia berbunyi begini "Ohhh... xpa aje muzik, asalkan tak melalaikan, and kita niat riadhah.. takpe laah" Seraya menurut sama berJamming ketika itu dengan saya dan kawan-kawan. HAHA Ajaib ustaz ni! Gempak!
Al-Farabi - Tokoh Muzik Islam
Agak kolot sebenarnya jika sekarang kita hendak menafikan kehebatan muzik. Jika dilihat pada zaman-zaman kehebatan Islam dahulu (Abbasiyah dll.) boleh dikatakan semua tokoh-tokoh Islam mahir dan pakar dalam alat muzik. Sebagai contoh, Al-Farabi sendiri merupakan pencipta kepada Gambus Arab bertali lapan! Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemuzik yang hebat. Selain Al-Farabi, Al-Kindi juga banyak mengeluarkan teori-teori muzik. Begitu juga dengan Ibn Bajjah merupakan antara pemain gambus terhebat ketika itu. Majoriti tokoh sains Islam semuanya boleh bermain muzik. Jadi haruslah kita fikir-fikirkan samada benarkah kajian Saintis yang menunjukkan kaitan muzik dan kelancaran otak yang dibuat oleh Barat. Mereka mengatakan bunyi violin dan piano dapat meng'Stimulus'kan otak. Sebab itu kita lihat kebanyakan tokoh sains moden juga ramai yang mahir bermain alat muzik. Contoh Albert Einstein sendiri merupakan seorang yang mahir bermain violin.
Manuskrip Gambus 8 Tali Ciptaan Al-Farabi
Jadi apa yang penting sekarang ini? kalau ikut kefahaman saya, semua bergantung kepada niat. Memang saya bermain alat muzik sekadar untuk menghiburkan hati. Daripada anak-anak muda zaman sekarang beriadah dengan bermain video game, menonton TV, cerita-cerita Mat Salleh tu, bermain game online di Cyber Cafe, berempit, bercumbuan/berwayang dan lain-lain, apa salahnya saya bermain muzik? yang penting tidak berlebihan dan tidak lalai serta saya ingat kewajipan saya yang 5 setiap hari kan?
Cube cari mana Einstein~?? EHEHE
And sekarang, kalau kita lihat, begitu banyak artis-artis nasyid yang berMuzik alat-alat muzik moden ini seperti Sami Yusuf, Maher Zain, Irfan Makki dan lain-lain. Dan sesetengah daripada lagu-lagu ini mampu membuatkan saya menitis air mata apabila mendengarnya. Apabila kata-kata puji-pujian dilontarkan kepada Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W. Seketika saya terfikir, mengapa saya kurang minat ceramah-ceramah Ustaz yang pertama tadi. Bila saya fikir balik, cara penyampaiannya best, seronok, penuh dengan lucu-lucu, tetapi masalah hatinya dan isi ceramahnya yang dipenuhi dengan caci herdik maki kutukan terhadap orang-orang lain membuatkan suasana ceramah kelas itu tidak bersih. terbukti sekarang, dengan mendengar lagu-lagu Nasyid moden skarang lebih bermanfaat daripada datang ke kuliahnya yang dipenuhi hasad dengki terhadap orang-orang lain. WAllahualam.
Saya takut untuk berbicara lebih panjang. Takut melalut dan merapu. Apa yang cuba saya tekankan di sini, bukan sekadar alat muzik, hatta apa sekalipun yang dapat melalaikan manusia daripada melakukan tanggungjawab mereka, itu ialah Haram! termasuklah menonton TV, bermain kad, bersukan dan lain-lain. Bacaan lanjut untuk pendapat Ulama' dan Hadith mengenai muzik boleh dibaca DI SINI. :-) Di sini suka saya ingin memohon, jika ada yang ingin comment atau menegur, saya harap ianya dilakukan dengan berhemah. Saya kurang meminati komen-komen berbentuk kutukan atau cercaan atau makian. Kita hidup, biar berhemah, biar berbudi bahasa. Itupun jika ada yang sudi berkongsi. Assalamualaikum.
5 comments:
alhamdulillah. yg pntg apapun minat n kecenderungan kita, jgn sampai kita lalai dr ingt ALLAH. sometime muzik amat dekat dgn jiwa kita, menusuk je lirik2 lgu tu meresap dlm jiwa. saya sgt minat lagu2 dr opick, sami yusuf, nazrey johani.seakan satu terapi jiwa gak la.bg saya, bersederhana itu lebih baik. insyaALLAH=>.
salam.. sy ada gak terfikir pasal hal ni..(benda y sama awk cerita kn)
sy pun suka alat2 muzik ni.. n suka dengar muzik..
memang la tidak boleh kalau benda 2 melalaikan..
tp bagi sy alat muzik ni sy satu benda y BOLEH MELALAIKAN.. memang lumrah sbgai manusia, sy sendiri pum..., kalau ada satu benda y kita suka.. tp ada halangan kita tetap akan cari alasan y memBOLEHkan NYA(maksud saya disini pasal b'main alat muzik).... erm..x tahu nk jelas camne.
saya ada baca satu riwayat shbat nabi.. lupa dari siapa.. tp ayat dia b'bnyi camni.. "pada suatu hari sedang nabi berjalan..nabi ternampak seorang lelaki(x pasti pengembara/pengembala haiwan..lupa) bermain seruling.. apabila ternampak lelaki tersebut meniup srulingnya nabi terus menutup kedua telinga baginda smbil berjalan melepasi lelaki tersebut." mknanya bnyi sruling tu pun nabi takut dengar.. takut melalaikan.. lagi kan kita hmba y imannya snipis klit bawang... ermm.. sy cuma nyatakan apa y saya rasa..
klau kita betul nk ikut larangan NYA... kita akan kaji mengikut ke arah yang... arah y tidak megikut hati kita..hehe 2 je.. maaf kalau ada tersilap kata..
As-Salamu'alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh. Alhamdulillah saya dulu pon alami apa yang kamu rasa. dilemma dalam muzik,saya bermain gitar. tapi Alhamdulillah,sekarang saya yakin muzik yang mempunyai lirik yang senang didengari telinga halal,kalau muzik yang mempunyai lirik berdosa saya hanya cari di youtube versi instrumental...tu jer.. hehe :D
Assalamualaikum warahmatullah. Saya berharap agar saudara dapat meluangkan sedikit masa untuk membuka minda dan mendengar ceramah ini. Semoga Allah menunjukkan kami semua ke jalan yang benar. Amin. http://www.youtube.com/watch?v=4vtkXdi61k0&feature=related
alhamdulillah.. akhirnya ade juga org yg sependapat dgn saya.. pd mulanya mmg ada beberapa org yg kuat agama (kononnya) menyatakan kenyataan sebegitu.. lantas meluluhkan hati saya utk terus bermain muzik. tapi saya tahu, kebanyakkan ustaz di malaysia lebih suka menjatuhkan hukum daripada menyelesaikan mslh. tak kan nak duduk syurga sorang2 kot???
Post a Comment