Wednesday, December 28, 2011

Musim Persekolahan Bakal Bermula!



Setelah seminggu tamatnya program 'A Glimpse of ASIQS' , kini ofis ASIQS berasa sangat sunti tanpa kehadiran adik-adik comel yang menceriakan ofis kami ini selama 2 minggu yang lepas. Pengalaman bersama adik-adik merupakan satu kenangan yang tak dapat nak senang2 dilupakan! HAHA dengan karenah masing-masing yang unik dan kooL. Alhamdulillah beberapa orang peserta A Glimpse tempoh hari bakal menyambung persekolahan mereka di ASIQS tahun depan. Dapatla lepas-lepas rindu sikit kat budak-budak ni! hehe.

Sorang bakal pelajar, Zidane (Kiri) dan confirmed! Jannah (Kanan)

2 lagi confirmed pelajar next year! (Fauzan (kiri skali) dan Mokzaini (2 dari kiri))

Hari ni, hari kedua pendaftaran sekolah SIAS (Sekolah Integrasi As Syakirin) dan ASIQS menyambut kedatangan 3 orang lagi bakal pelajar baru di ASIQS tahun depan. Gembira pelajar-pelajar baru ini setelah diberitahu mereka akan belajar dengan menggunakan Tablet PC (Galaxy Tab kot) dan akan dididik oleh majoritinya tenaga pengajar yang sangat muda dan macho! (:-p). Antara yang datang bertanyakan tentang sekolah ialah Ziana Zain uOLs! hehehe.

Abang Hasraf ketika upacara penutup

Setelah beberape hari tidak merasa Nasi Lemak Uncle Sulaiman, pagi tadi saya pon melepaskan rindu mempekena Nasi Lemak itu. Borak punya borak, Uncle Sulaiman and Uncle Md Nor bersemangat habis utk diadakan futsal ASIQS Sebulan sekali (minimum!) Uncle Sulaiman siap nak pi cari kasut baru dah ni sekarang! Alhamdulillah, sedikit sebanyak kemunculan kami berjaya mewujudkan kembali semangat ingin bersukan Uncle. Moga-moga kita diberi kemudahan olehNya.

Cikguu muda yang macho! (salah sorang)

Okey skarang saya sedang sibuk siapkan syllabus Mathematics ni untuk darjah 4 sampai form 3! Sambung nanti yeaa rakan rakan! Assalamualaikum!

(P/s : Di bawah ini disajikan video permainan amal Futsal kami di ASIQS minggu lepas. Selamat Henjoy! :-))


Tuesday, December 20, 2011

Birthday dan 'A Glimpse of ASIQS'


Kek Harijadi Kejutan dari Bebudak LK Bukit Jelutong

Assalamualaikum. Rasanya lama sudah tidak mengupdate blog. Focus post kali ini adalah untuk kejadian-kejadian sepanjang minggu lepas. Sudah semestinya highlight ialah berkenaan harijadi saya yang ke 26 iaitu pada 18 Disember 2011 :-p HEHEHEHE.... seronok rasanya last week bila dikejut-kejutkan dengan sambutan harijadi yang secara mengejut! Terima kasih tak terhingga kepada semua yang bersama-sama mengejutkan saya! :-) Terima Kasih!

Thanx Korang!

Untuk pengetahuan semua, sekarang ini, saya dan Team Innovology (Yang masih ada di Malaysia) agak busy dengan program 2 minggu 'A Glimpse of ASIQS' yang dijalankan di seksyen 13. Program ini banyak manfaatnya bagi mereka yang ingin mencari ilmu. Bukan nak kata apelah, saya sendiri rasa kehebatan program ini. Apa yang paling saya bersyukur mengenai program ini ialah, saya dapat memahami ayat Al-Quran (Surah Ar-Rahman), menghafaznya (Setakat ni dah 36 ayat.. HEHE Slow sikit daripada adik2 peserta) dan paling penting ialah mempelajari Bahasa Arab serta menambah kenalan-kenalan baru yang terdiri daripada adik-adik kecil yang muda dan comel! :-)

Budak ASIQS pon kasi hadiah harijadi! HEHE Thanx Alysha :-)

Ustaz Basir dan Kelas Bahasa Arab nya

Ustaz Idris dan Kelas Tafseer serta Tahfiznya

Abang ASHRAF dan sesi Sainsnya

Alhamdulillah selama seminggu lepas kami mengendalikan program ini, tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Semuanya berjalan lancar mengikut perancangan dan Alhamdulillah adik-adik peserta gembira belajar bersama-sama kami semua. Keterangan lanjut mengenai program ini insyaAllah akan diceritakan kemudian yeaa... sebab tengah busy buat kerja2 sikit ni! Assalamualaikum. Di bawah ni ada link video highlight program 'A Glimpse of ASIQS' bagi minggu pertama last week. Selamat Enjoy! :-D

Sunday, December 11, 2011

Pemberi Semangat! Alhamdulillah


Assalamualaikum. Semalam, Team Innovology menghantar seorang lagi member Inno yang melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat. Berkurangan seorang lagi orang kuat Inno. :-) Semoga semuanya selamat-selamat belaka. Semoga perjalanan dipenuhi Barakah. Amin. Terima kasih di atas bantuan dan pertolongan yang tidak putus-putus 2-3 bulan lepas bersama Program Kami. (Nama dirahsiakan. bagi mengelakkan perasaan tidak senang dan perasaan membesarkan punggung dan lubang idong pihak-pihak tertentu! HEHE)

Semalam juga berjumpa seorang bekas student (Nama dirahsiakan jugaklah atas sebab-sebab seperti di atas jugak!) dan ternyata pertemuan dengannya menambahkan lagi ilmu-ilmu yang boleh digunapakai dalam Innovology. Inno insyaAllah akan membuka satu topik cabang baru dalam aktiviti mereka iaitu Senibina / Architecture. Alhamdulillah pertemuan dengannya sedikit sebanyak menambahkan lagi idea-idea baru yang boleh diserapkan dalam topik baru ini. Terima kasih! :-)

Alhamdulillah lately banyak benda-benda baik datang kat Inno dan ASIQS. Insya Allah segala usaha kami ini akan dibantu olehNya. Kita merancang dan berusaha. :-) Pohon doa bersama daripada semua pihak agar usaha kami tiberkatiNya. Amin!

Owh bagi yang tak tau apa itu Inno? apa itu ASIQS? ni bawah ni ada link-link. HEHEHE

Innovology ni nama Company Kami

ASIQS ni plak sekolah As Syakirin Institute of Quranic Sciences. Juga dikelola oleh kebanyakan orang-orang daripada Innovology jugak. Selamat melayari! :-D

Silelah LIKE mane-mane yang patut yea~? HEHEHEHE :-p

Thursday, December 08, 2011

Saat-saat Akhir Kehidupan Rasulullah S.A.W.



Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca. Semalam malam, ketika sedang mencari-cari video di Youtube untuk projek-projek akan datang, saya tertonton satu video ni. Dan muzik latar belakangnya begitu indah sehingga membuatkan saya berasa sedih. Ni tahap sedih yang tertinggi laa. And lagu ni memang super duper power laaa. Sebab dia campur elemen sedih and sikit-sikit happy. (Dalam bahasa muzik... sekejap-sekejap Major moods and then jadi Minor moods. HEHE bagi sesape yg paham laa).

So, tak tau laaa kuasa Allah atau apa, saya tetibe terbayangkan situasi kita yang sudah kehilangan Idola kita, Nabi Muhammad S.A.W. Dan apa yang saya bayangkan bila mendengar muzik ini ialah, bagaimana pernah saya baca keadaan dan kronologi saat terakhir kehidupan Baginda. Terus saya melayari laman web mencari artikel-artikel mengenai saat-saat terakhir kehidupan Baginda. Satu persatu website yang saya baca, saya biarkan lagu ini bermain di latar belakang. Nak dapat mood lah konon-konon. Akhirnya setelah digabung-gabung dari sumber-sumber yang berbeza, ternyata saya berpuas hati. Macam mana puas hati? sebab secara tiba-tiba air mata mengalir dari mata saya setelah saya menonton video ciptaan diri sendiri ini. (bukan nak riak atau belagak.. tapi nak kongsi.)

Terbukti setelah ditonton beberapa orang sahabat, mereka juga menyampaikan rasa perasaan yang sama. Perasaan pilu dan sedih beserta rindu akan kekasih Allah yang satu iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang cuba diHighlight di sini ialah, bagaimana Baginda Rasulullah S.A.W. begitu cintakan umatnya sehingga di akhir-akhir nafasnya, ungkapan UMATKU yang terkeluar. Betapa risaunya Baginda akan kesengsaraan yang bakal dialami umatnya kelak, Baginda meminta agar kesakitan Sakaratul Maut umatnya ditanggung dirinya sendiri.


Dan apa yang dapat kita lihat hari ini?? tidak timbul walau sikit pun perasaan kasih dan sayang serta rindu umatnya pada Beliau di kalangan segelintir orang-orang Islam yang hidup di muka bumi ini. Sedih pabila melihat aksi-aksi dan peribadi Muslim akhir zaman yang tidak mencerminkan keperibadian Rasulullah S.A.W. langsung! Jadi harapan saya, sama-samalah kita ingat-mengingatkan sesama Muslim akan kepentingan menyintai Rasulullah S.A.W. yang amat menyintai kita umatnya walaupun hidup kita beribu tahun setelah kewafatan Baginda. WAllahualam.

Video di atas saya edit sendiri dengan menggunakan Lagu latar belakang yang dimaksudkan. Semoga semua dapat mengambil iktibar daripada apa yang cuba saya sampaikan.

Friday, December 02, 2011

Muzik dan Islam (Sekadar Pandangan)

Sami Yusuf (Y)

Saya teringat suatu ketika dahulu, pabila ditanya seorang Ustaz ni (nama dia terpaksa dirahsiakan, jatuh kredibiliti dia nanti. Dia ni da jadi Ustaz bepengaruh gak skarang) mengenai kedudukan Muzik, alatan Muzik dan seangkatannya dalam Islam. Dengan laju dan selambernya dia menjawab "Oh.. x boleh!! Alat muzik ni semua Haram!" tersentak+sedih saya mendengarnya. Ini kerana saya merupakan seorang yang sangat suka akan muzik dan bunyi-bunyian. tetapi, apa yang saya buat masa itu, saya teruskan aja minat kecil itu, walaupun pada ketika itu emak saya macam tegur-tegur gak setiap kali saya menekan-nekan piano tu. Sambil-sambil tu berdoa-doa gak laaa supaya saya ditunjukkan jawapan sebenar sebab saya kurang yakin sikit dengan cara ustaz ni jawab.

Maher Zain

Masa berlalu, 4 tahun lepas, ketika saya berada di Istanbul, saya dikenalkan dengan seorang penyanyi Iran iaitu Sami Yusuf. Pertama kali saya dengar lagu Nasyid yang ada memuatkan bunyi-bunyi petikan gitar dan piano di dalamnya. Seingat saya lagu Sami Yusuf tu tajuk dia "My Ummah" dan lagu tu membuat saya berkobar-kobar dan seolah-olah ada harapan sikit dah untuk meneruskan muzik-muzik ni! HEHE.

Masa berlalu lagi, saya dikenalkan dengan seorang lagi Ustaz (dah jadi femes da skarang.... selalu keluar TV9) dan saya berborak dengan dia bertanyakan soalan sama. Terkejut saya dan emak saya apabila jawapan dia berbunyi begini "Ohhh... xpa aje muzik, asalkan tak melalaikan, and kita niat riadhah.. takpe laah" Seraya menurut sama berJamming ketika itu dengan saya dan kawan-kawan. HAHA Ajaib ustaz ni! Gempak!

Al-Farabi - Tokoh Muzik Islam

Agak kolot sebenarnya jika sekarang kita hendak menafikan kehebatan muzik. Jika dilihat pada zaman-zaman kehebatan Islam dahulu (Abbasiyah dll.) boleh dikatakan semua tokoh-tokoh Islam mahir dan pakar dalam alat muzik. Sebagai contoh, Al-Farabi sendiri merupakan pencipta kepada Gambus Arab bertali lapan! Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemuzik yang hebat. Selain Al-Farabi, Al-Kindi juga banyak mengeluarkan teori-teori muzik. Begitu juga dengan Ibn Bajjah merupakan antara pemain gambus terhebat ketika itu. Majoriti tokoh sains Islam semuanya boleh bermain muzik. Jadi haruslah kita fikir-fikirkan samada benarkah kajian Saintis yang menunjukkan kaitan muzik dan kelancaran otak yang dibuat oleh Barat. Mereka mengatakan bunyi violin dan piano dapat meng'Stimulus'kan otak. Sebab itu kita lihat kebanyakan tokoh sains moden juga ramai yang mahir bermain alat muzik. Contoh Albert Einstein sendiri merupakan seorang yang mahir bermain violin.

Manuskrip Gambus 8 Tali Ciptaan Al-Farabi

Jadi apa yang penting sekarang ini? kalau ikut kefahaman saya, semua bergantung kepada niat. Memang saya bermain alat muzik sekadar untuk menghiburkan hati. Daripada anak-anak muda zaman sekarang beriadah dengan bermain video game, menonton TV, cerita-cerita Mat Salleh tu, bermain game online di Cyber Cafe, berempit, bercumbuan/berwayang dan lain-lain, apa salahnya saya bermain muzik? yang penting tidak berlebihan dan tidak lalai serta saya ingat kewajipan saya yang 5 setiap hari kan?

Cube cari mana Einstein~?? EHEHE

And sekarang, kalau kita lihat, begitu banyak artis-artis nasyid yang berMuzik alat-alat muzik moden ini seperti Sami Yusuf, Maher Zain, Irfan Makki dan lain-lain. Dan sesetengah daripada lagu-lagu ini mampu membuatkan saya menitis air mata apabila mendengarnya. Apabila kata-kata puji-pujian dilontarkan kepada Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W. Seketika saya terfikir, mengapa saya kurang minat ceramah-ceramah Ustaz yang pertama tadi. Bila saya fikir balik, cara penyampaiannya best, seronok, penuh dengan lucu-lucu, tetapi masalah hatinya dan isi ceramahnya yang dipenuhi dengan caci herdik maki kutukan terhadap orang-orang lain membuatkan suasana ceramah kelas itu tidak bersih. terbukti sekarang, dengan mendengar lagu-lagu Nasyid moden skarang lebih bermanfaat daripada datang ke kuliahnya yang dipenuhi hasad dengki terhadap orang-orang lain. WAllahualam.


Saya takut untuk berbicara lebih panjang. Takut melalut dan merapu. Apa yang cuba saya tekankan di sini, bukan sekadar alat muzik, hatta apa sekalipun yang dapat melalaikan manusia daripada melakukan tanggungjawab mereka, itu ialah Haram! termasuklah menonton TV, bermain kad, bersukan dan lain-lain. Bacaan lanjut untuk pendapat Ulama' dan Hadith mengenai muzik boleh dibaca DI SINI. :-) Di sini suka saya ingin memohon, jika ada yang ingin comment atau menegur, saya harap ianya dilakukan dengan berhemah. Saya kurang meminati komen-komen berbentuk kutukan atau cercaan atau makian. Kita hidup, biar berhemah, biar berbudi bahasa. Itupun jika ada yang sudi berkongsi. Assalamualaikum.

Tuesday, November 29, 2011

Sami Yusuf - No Word Is Worthy Kord Gitar


Sami Yusuf - No Word Is Worthy

Intro - Am Em F E 2x

Am
Allahu Allah~
G
Allahu Allah~
F
Allahu Allah~
E
Allahu Allah~ (Ulang 2 Kali)

Verse :
(ENGLISH)
G
Searched for the words
F
To describe your beauty
Dm
No matter how I tried
E
No word seemed worthy

G
Struggled to find
F
The right words for You
Dm
Words just fail to describe
E
What’s deep inside

Chorus : (Ulang 2x)
Am G F E
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

Verse 2 : (Kord sama macam Verse)
(URDU)

Zemmeen Aseman, Jinn-o-Insaa bhi
(Earth and the Heavens, Jinn and Mankind)

Teri taa’reefein, Kartey bayan sabhi
(All praise Thee)

Bekhud huey, Dono jahan hi
(So both worlds become intoxicated)

Ruh se nikley, Jab ye kalma…Subhan Allah…
(When the soul recites this one word…Subhan Allah)

Chorus : 2x
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

Verse 3 :
(FARSI)

Dar havaye To
(In Your remembrance)

Par migoshaayam
(I spread my wings)

Be omidi ke roozi
(In hope for the day)

Sooye To ayam
(I come to You)

Dar vasfe To
(In describing You)

Jomleha ra gashtam
(I searched sentences)

Kalameyi najostam
(I found no word)

Joz inke gooyam
(Except to say)

Chorus : 2x
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

Verse 4 :
(MALAY)

Ku mencari kata puji
(I searched for words to praise You with)

Buat menjadi zikir hati
(Words to instill Your remembrance in my heart)

Namun tiada kalam yang pasti
(But no words are assuring enough)

Yang sesuci kalam ini
(As sacred as these)

Chorus : 2x
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

Monday, November 28, 2011

Inno Inno di Perak di Perak



Sedutan video penglibatan kami di Program KASEH 2011

Assalamualaikum. Pertama sekali, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Islam (Maal Hijrah 1433H) kepada semua umat Islam yang ada di luar sana. Saya tidak sempat menulis post ini pada tahun baru yang lepas memandangkan saya dan beberapa wakil Team Innovology berada di luar kawasan liputan meneruskan usaha kami melebarkan rangkaian program kami. Kali ini Team Innovology berada di Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak, Perak bagi menerima pelawaan Pemangku Pengurus Pemasaran FELCRA Training & Consultancy (FTC) untuk turuts serta dalam Program KASEH (Kem Anak Solleh) kendalian pihak FTC pada 25-27 November 2011 yang lepas.

Ustaz Ro. Sangat sempoi dan KooL!

Pada awalnya saya tidak turut serta dalam rombongan kecil ke Perak ini kerana terpaksa mengikuti sebuah 'KURSUS' pada hari sabtu itu (26 Nov). Namun begitu, Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk setiap hambaNya. Saya tergerak hati untuk membatalkan kehadiran saya ke 'KURSUS' tersebut dan turut serta ke Perak. Namun begitu, tidak ada sekejap pon saya menyesal dengan trip ke Perak itu. (Yang sedih satu benda je, sesat jalan memula datang tu, terlajak sampai ke Sri Iskandar dah! -___-)

Pura-pura Mesra dengan peserta

okeh, ape yang ade kat Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak ini?? Kawasan seluas 22 ekar ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menggembirakan dan mengujakan!! ade Paintball sendiri, Archery Range, Padang Bolasepak dan Ragbi, Kandang kambing dan reban ayam ternakan, dusun pokok-pokok manggis, rambutan dan DURIAN!!!! dan macam-macam lagi! Bilik penginapan kami, bilik Dahlia 2 (D2) juga tidak mengecewakan. Berhawa dingin dan berTV! Apa yang pasti, ianya jauh lebih hebat daripada apa yang kami sangkakan pada mulanya! hehehe.

Jadi apakah tujuan Team Innovology ke Pusat Latihan FELCRA ini sebenarnya?? Sebenarnya tujuan asal kedatangan kami ialah untuk mengobserve tempat latihan ini untuk Program Innovology masa depan yang insyaAllah masih dalam perancangan sekarang ini. tetapi tujuan asal 'mengObserve' tetiba aje last minit berubah menjadi 'mengendali program'. Malam pertama kami sampai itu, Encik Rohaizat Ahmad (Pemangku Pengurus Pemasaran FTC) meminta kami mengendali Slot ke-4&5 Program KASEH iaitu KASEH Allah dan KASEH Rasul. Nasib baik jugaklah slot kami itu adalah pada hari kedua, jadi hari pertama ni kami boleh siap sedia preparekan idea idea untuk Presentation.

Makmal FELCRA Training Centre

Siang hari pertama itu, kami hanya berlegar-legar di sekeliling kawasan Pusat Latihan itu. Memang sebuah suasana hutan di sana. Lokasi utama kami petang itu ialah makmal FELCRA. Di sini, pemprosesan sisa bahan buangan dan makanan diguna semula untuk menghasilkan MOL (Micro Organisme Liquid). Apakah MOL ini? mengikut pemahaman saya, ianya ialah sejenis cecair yang mengandungi bakteria pengurai di dalamnya. Ia digunakan dengan meluas di sini dalam penghasilan baja kompos dan lain-lain yang dibuat secara semulajadi. Tanpa campuran bahan kimia! Banyak jenis-jenis MOL yang ada di sana. Ada MOL daripada Rebung, dari Air Kencing Kambing, Sampah, sisa-sisa makanan, kulit tebu, kulit durian dan lain-lain. Menakjubkan!

Namanya membuatkan manusia tidak akan cuba untuk menikmati Jus yang satu ini. HEHE

Dari makmal ini, kami menuju tempat ternakan kambing. Ada 7 ekor kambing kesemuanya. Semua bertujuan untuk digunakan dalam kajian penghasilan MOL ini. Di sini majoritinya menggunakan konsep W2W (Waste To Wealth) di mana mereka memanfaatkan penggunaan sisa-sisa buangan dalam bahan-bahan seharian. Okey apa yang super menakjubkan ialah.. pertama kali saya melihat seekor kambing jantan yang berJANGGUT macam manusia!! Hush! walaupun smua orang gelakkan saya sebab cam terkejut tengok pertama kali, pedulik hapa! asalkan saya jujur! hehehehe... memang kagum lah!

Dari tempat Kambing, kami mula memburu Durian. Masuk ke dusun durian tanpa topi helmet yang keras merupakan benda menakutkan yang agak kooL untuk dibuat oleh orang-orang bandar macam kami bertiga. Memang menjadi lumrah Buah-Buahan, di mana buah Durian tidak dipetik dari atas pokok, tetapi kita tunggu dia jatuh ke tanah! hehehe.. So, kami pon kutip2 jelaa mana yang dah jatuh tu. Kecuali Aiman, main tiou, amik daripada encik Ali (Penjaga kambing dan dusun Durian).

Inilah Mr. Ali

Seronok dapat bawak balik Durian yang diburu sendiri

sesi buru durian, kami pulang ke dewan makan untuk menikmati hidangan lazat buah Raja ini! ternyata sungguh sedap dan menyayat hati! Selain usaha kental dan payah yang diperlukan untuk membuka dan mengopek Durian-durian ini, semuanya berjalan lancar! And Note To Self : ianya dipanggil 'Kucing Tidur' bukannya 'Tikus Menyorok' HAHAHAHAHAHAHA.

MAKAN DURIAN!! HYARGH!!

Walaupun kehadiran kami hanyalah sekejap. Namun Alhamdulillah dan berharap 2 slot Program KASEH kendalian kami berjaya meninggalkan kesan kepada para peserta. Slot-slot diuruskan oleh abang Ashraf dengan 'PENUH PENGHAYATAN' dicampur dengan suara latar Abang Aiman ketika video Sedutan Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W. Acara kemuncak ialah acara Surat Untuk Rasulullah. Ternyata ini adalah slot yang paling menyayat hati kerana kelihatan ramai peserta (bukan peserta pun ramai) menitiskan air mata teresak-esak sedih terkenangkan Rasulullah S.A.W. Semoga kita semua dilindungi dan mendapat syafaat Baginda kelak. InsyaAllah.



Friday, November 25, 2011

Cinta Monyet VS Cinta Dengan Monyet



Hehe pasti anda semua pelik apesal laah seseorang yang tidak bercinta mengePost sesuatu pasal cinta? Okey pelik pelik~ kenapa saya menulis ni? nak kata tengah bercinta.. macam jauh sekali! HAHA... Ini sekadar post-gurauan aje tentang ape yang saya rasakan. So mari kita mulakan!! Yeeha!

Al-kisah dimulakan. Monyet adalah seekor haiwan ciptaan Allah yang seakan-akan (Seakan-akan yeee... saye x samekan yeeee) manusia. Di mana mereka ni dikatakan antara haiwan yang berkadar inteleksi tinggi gak laa dibanding dengan haiwan-haiwan lain. Jadi, saya rasa semua pernah tengok monyet ni macam mana. So kalau masih ingat, waktu kecil-kecil kita sering didedahkan dengan Frasa Cinta Monyet. So, apakah maksud Cinta Monyet ni?

Jadi menurut pemahaman saya (masa kecil2 dulu.. tataulah masih boleh diaplikasikan sampai sekarang), Cinta Monyet ni ialah cinta main-main. Cinta terutamanya masih masih kanak-kanak laa kiranya. Masa belum matang lagi. Perasaan cinta sebenar tu belum wujud lagi dalam jiwa masing-masing. So, seperti seekor monyet, yang sering melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain, jiwa-jiwa kecil ini asik melompat (macam lompat parti lah plak) menukar-nukar pasangan masing-masing sampai satu tahap kebosanan, Lompat lagi! HAHA.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Cinta Dengan Monyet? HEHEHEHE. (Bagi yang terasa, saya memintak maaf yeee... hehehe ni sekadar hiburan untuk seseorang yang tengah tak bercinta aje). Cinta Dengan Monyet (CDM) ini pulak ialah, orang yang dah dewasa, dah boleh pikir baik buruk dah boleh bezakan and dah boleh ada perasaan cinta sebenar YANG becinta dengan orang yang SALAH! Yakni orang yang berperangai seakan-akan monyet sebenar! Okey sebagai seekor monyet (Atau haiwan yang lain laaaa), mereka ni kan kalau berkahwin, mana ada upacara2 rasmi, mana ada ikatan2 rasmi macam tunang ke, nikah ke, so macam haiwan2 ni gak, manusia-manusia ni, takda ikatan apa-apa pun yang boleh mengHaLaLkan perkara-perkara yang tak sepatutnya dibuat oleh orang-orang yang belum berkahwin.

Sebagai contoh, mengutamakan pendapat si pasangan daripada pendapat/pandangan ahli keluarga. (Contoh macam perempuan-perempuan gedik yang konon-konon takut kat boyfriend masing-masing, konon-konon tanak derhaka laaah... konon-konon karang dapat tulah laa.. kemurkaan laaa.. hak ptuih!).

Contoh kedua, haiwan-haiwan ni takda papa ikatan yang menghalalkan, dengan selamber badak (istilah untuk haiwan.. so kena kasi nama haiwan) berpelukkan, bercumbuan, berMAKSIATan di khalayak ramai tanpa segan silu. Macam kita pergi Zoo, selamber aje haiwan-haiwan ni nak bersetubuh depan orang ramai ke, nak buang air kecil ke. Sama Sama Sama!

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” [Riwayat Ibnu Majah]


"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis dan tidak halal baginya." [Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi]
Kemudian, bagaikan seekor haiwan kecil yang kehilangan ibu, seseekor haiwan akan menjadi sangat lemah, tiada selera makan, minum, tak boleh nak tidur, semua benda jadi tak betul, tahap stress yang tinggi dan sebagainya, begitu jugalah benda yang sama terjadi kat manusia-manusia yang berperangai seakan haiwan ni. Bila putus cinta atau clash atau nampak kekasih curang sikit je, terus jadi tak betul, demam-demam laaa, mengelamun sorang-sorang, lemah badan sampai tak boleh nak belajar, nak buat kerja dan sebagainya. Padahal dalam Islam, kita tidak seharusnya jadi sebegini hanya disebabkan seorang manusia. Hanya jika Allah S.W.T. meninggalkan kita barulah kita layak menjadi sedemikian.

Sekali lagi saya memohon maaf jika bahasa-bahasa yang digunakan di dalam ini agak kesat dan kasar. Tapi niat saya tidak lain dan tidak bukan ialah ingin mengajak semua rakan-rakan di luar sana agar sama-sama memikirkan dan kembali ke jalan yang sebenarnya. Bukan tak boleh bercinta, tetapi, agak-agaklah... besederhana laah. Ikut ajaran, yang mana halal, yang mana haram, pastikan kita tahu dan selidik. Bukan niat saya untuk menyamakan mana-mana manusia dengan haiwan, tetapi kadang-kadang manusia ni berperangai jauh lebih teruk daripada haiwan. Saya tertarik dengan sepotong ayat dari Al-Quran :

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir"

(Surah al-’Araf: 175-176).

Tuesday, November 22, 2011

SubhanAllah. Hebatnya adik kecil ini.

Tajuk post kali ini. Itulah yang dapat saya lafazkan apabila mengenangkan seorang pelajar cilik program kami Program Innovology Sains Series. (Namanya dirahsiakan tapi boleh tengok sendiri lah kat gambar di bawah ni. HEHE).

Adik ini dipenuhi dengan keajaiban yang seringkali membingungkan para Trainer dan Fasilitator program kami! Beliau merupakan seorang kanak-kanak kecil yang sangat cintakan ilmu pengetahuan. Di samping 'kenakalan' dan 'keAktifan'nya, terdapat satu kelebihan pada peserta kecil ini yang saya tidak nampak dekat kebanyakan orang dewasa hari ini. Itu ialah kelebihan cintakan kepada ilmu pengetahuan. Setiap kali kalau saya duduk bersama dengannya ketika makan atau saja-saja duduk, pasti dia akan mengajukan soalan mengenai Sains/Teknologi/Agama dsb. Yang penting ianya bukanlah pasal kartun, digimon/pokemon/Ben10/Power Rangers/Ultraman/Ultra Jigon seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

Baru-baru ini, ketika kanak-kanak lain sedang bahagia diulit kemanisan percutian sekolah, adik kecil ini telah meng'Wall Post' saya bertanyakan dan berharap agar dibuat sebuah program Innovology Cuti Sekolah untuknya. Saya amat terharu apabila membaca permintaannya itu. Semoga Allah menjadikannya seorang manusia berguna yang mampu memanfaatkan segala ilmu pengetahuan yang dia ada (Sirius banyak gila! kadang2 soalan pelik2 yg susah pon dia dapat jawab dengan betul dan slumber) dengan baik di jalan yang baik. Amin!

Terima Kasih adik kecil sebab betul-betul menyukai program kami. WAllahualam.

Monday, November 21, 2011

Jalan-jalan Blog!


Tengah usha-usha blog blog yang ada, tetiba terjumpa satu gambo ni. :-) Memang gambar yang bebetul best! hehe mesej die tu! ia berlaku kat diri saya sepanjang tahun lepas. Ramai gila kot strangers (tak perlulah nak kasitau sape... paham2 sendiri lah sape yang terMaksudkan tu k? HEHE) yang x pernah saya kenali sebelum ini di mana bila kenal je dorang2 ni.. ternyata dorang banyak gila kot membantu benda2 penting. Kebaikkan mereka ini mengalahkan kawan-kawan yang sudah sedia lama saya kenal and ternyata tidak banyak dapat membantu saya pon! :-) Alhamdulillah ya Allah kau pertemukan dengan mereka mereka ini! HEHE

Saturday, November 19, 2011

Bila Waktu Telah Berakhir

Akhirnya. Setelah sebulan lebih terkandas! Ada video baru. Lagu Opick antara yang paling sedih pernah saya dengar. Silalah mengenjoykan diri sendiri mendengar yea~ HEHE :-D

Wednesday, November 16, 2011

Video : Innovology Science Fair SRK TTDI Jaya

I'm Back!


Adik2 Foster Home sibuk sangat nak amik gamba dengan Saya. Saya akur aje! :-p

Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya mengucapkan "Selamat Kembali" kepada diri saya sendiri kerana berjaya memasukkan POST ENTRY yg ni kat blog saya ini. Machines Sunway Pyramid tu hampeh. Ade ke setelah sebulan saya hantar MacBook saya, dia kata masih tgh tunggu parts yg diOrder? Haih! Lalu saya dan kawan baik saya Saudara Ashraf memikirkan solusi baru! Solusi baru itulah yang menyebabkan saya boleh Online balik skarang ni! :-p

Okey banyak gila updates yang nak dimasukkan sampai saya sendiri pon dah lost track mana yang jadi dulu mana yang jadi kemudian. Apa yang penting ialah Alhamdulillah Innovology ada membuat beberapa aktiviti-aktiviti tambahan selama ketiadaan MacBook saya. So skarang ni lah baru zaman nak update mengupdate, edit mengedit video dan lain-lain.

INNOVOLOGY punya Aktiviti selama sebulan adalah seperti berikut :

INNOVOLOGY Science Fair : SK TTDI Jaya

Julung kalinya kami masuk ke sebuah Sekolah. Terima kasih kepada Cikgu Hashimah yang telah memberi kepercayaan dan peluang kepada kami untuk memulakan langkah kami bergerak dari sekolah ke sekolah. Terima Kasih kepada semua warga INNO yang dengan happy nya mendatangkan diri ke Program ini bagi membantu kami yang keTempangan ini. :-) Betapa gembiranya kami apabila mengetahui kewujudan korang pada hari itu. HEHE (Okeylah kena sebut laaa sapa yang datang : Hasnah, Ain, Nabila, Angah (Kembar), Aiman, Iqram, Iqbal dan Rabea Terima Kasih!) (macam gaya abang botak dalam iklan kat wayang tu cakap terima kasih)

Ni peserta Feveret! Nik Firdaus. Lama gak dia spend time kat Booth kami

Adik-adik yang datang juga menunjukkan riak aksi wajah yang happy dan berpuas hati! Daripada pelbagai jenis dan saiz, mereka sama-sama mengimarahkan Booth kami! Walaupun Booth kami tidaklah sehebat Istana Angin dan Bebola Air, kami berjaya menarik minat lebih kurang 300 orang peserta!

Abe Teng tgh Bz berRoket

Apa yang saya ingat sampai hari ini? ialah dialog ini :

"Ini tepung jagung. Separuh Pepejal... separuh cecair... Bila kita tumbuk kuat, dia jadi keras, bila kita tumbuk lembut, dia jadi lembik. Nak cuba berdiri atas dia?" hehehehe :-p

INNOVOLOGY Science Series (12) : Tokoh

Mari buat Parachute Leonardo Da Vinci

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menamatkan siri Sains kami yang pertama di tempat yang pertama kami. Surau Al-Ittihadiyah yang sangat 'Drama' , terima kasih atas jasa baik anda membantu 'kelancaran' program kami selama ini! Alhamdulillah, sambutan seperti yang 'dijangkakan' dengan kewujudan adik-adik penting (Zidane, Najmi, Haziq, Fath dan lain-lain).

Bagaimana Al-Biruni menentukan arah kiblat dunia satu ketika dahulu?

Seperti biasa, kali ini, mangsa kekejaman Zidane yang terbaru ialah Abang Aiman Zuhali dan Akak Hasnah Kasiran and the geng. HEHEHE lucu lucu.. Saya pon terpaksa mengSkip solat jemaah waktu Zuhur semata-mata terpaksa menemankan dia makan! Hadoi. Zidane Zidane~

Perjalanan program berjalan lancar dengan aktiviti kemuncaknya ialah aktiviti mencipta mentol dengan menggunakan Lead Pensil Tekan! Ada acara kejutan juga di mana ibu Zidane membawa Sekotak Kek Harijadi tuk Zidane dan kawan-kawan.

INNOVOLOGY Science Fair : SK Sri Subang SS14

Adam yang kesejukan di tengah panas matahari Terik

Hasil pertemuan kami dengan Cikgu Maznah (Cikgu Besar di Sekolah Sri Subang Ni) di Science Fair TTDI Jaya tempoh hari, menghasilkan peluang kedua kami untuk masuk ke sekolah. Kali ini lebih mencabar sedikit sebab sekolah ini kecil aje. Ada 400 orang murid aja total. Tetapi apa yang menarik kali ini, kami diberikan sebuah kelas! HEHE.

Pameran benda-benda yang sama ditunjukkan di sini dengan additional sebuah Kamera ala-ala zaman Ibnu Al-Haitham punya. Di sini kami berjumpa Justin Bieber Malaysia. Nama dia ialah Muhammad Aizad and dia ni sangat sporting. Padahal artis Astro tu! Dia ni masuk pameran kami 3 kali kot! Tapi tak boleh kalahkan adik berbaju merah sorang tu. Masuk 11 kali!!! Mak aih! kiranya dia seorang dah habiskan RM55 untuk masuk booth kami ni aje! Terima kasih adik berbaju merah!

Faveret student. Bieber Malaysia

Untuk program Science Fair kali ini, kami dibantu beberapa muka baru, adik-adik dari Foster Homes PERKIM, terima kasih sebab join! :-) Ada beberapa orang baru dan lama jugak dalam ni! Terima kasih kepada Aliah Wafa, Hasnah, Nabila, Ain, Sabri, Yatie, Alia, Ct Al Wani, Aiman dan Atiq! Korang memang kooL!

Haaa tengok! same kan muka dorang dalam 2-2 gambar ni!? HEHEHEE ARtis!

itu saja untuk kali ini! Insya Allah doakan kejayaan INNO. Ada beberape tempat dah start panggil kami sekarang ini. Alhamdulillah. Semoga jumpa lagi! HEHE

Tuesday, October 18, 2011

Berita Dukacita

Dukacita dimaklumkan, semalam seekor kucing kesayangan saya telah mati dan itu sungguh menyedihkan saya.

Menambah kesedihan ialah laptop saya sedang berada di 'hospital' untuk aktiviti pembaikpulihan. Oleh sebab itu, anda tidak akan disajikan dengan artikel2 yg hebat dalam masa seminggu dua ini.

Saturday, October 15, 2011

Cover Piano : Qasida Burda Mawlay

Alangkah indahnya lagu Qasida nyanyian Muhammad Al Husayn ini. Qasida yang bertajuk Mawlay ini ternyata berjaya menarik minat ramai orang untuk mendengarnya bahkan bagi mereka yang memahami maksud Qasida ini dalam bahasa Arab, pasti akan menitiskan air mata memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Alunan piano saya ini mungkin tidak sesedap original version lagu ini, tetapi sebagai alternatif kepada lagu ini dalam versi Instrumental. Ramai orang cintakan muzik sahaja berbanding nyanyian suara. Sebarang kekurangan dipohon seribu kemaafan. Semoga terhibur. WAllahualam. :-)



Bagi yang ingin mendengar lagu original Qasida ini, sila KLIK SINI.

Friday, October 14, 2011

Pengalaman Berhari Raya di Tanah Suci 2011

Assalamualaikum semua. Di dalam video ini saya kongsi sedikit pengalaman dan gambaran berhari raya di tanah suci yakni Madinah Munawwarah. Video ini diambil sekitar 1 Syawal 1432H di Madinah Munawwarah setelah selesai bersolat sunat Aidil Fitri. Harap terhibur dengan paparan. :-)

Tuesday, October 11, 2011

Apa Yang Saya Belajar Mengenai Yahudi Ortodoks?



Assalamualaikum. Sebelum saya mula post kali ini. Suka saya ulangi satu info yang amat penting. Yahudi atau Bani Israel merupakan satu jenis bangsa yang ada di atas muka bumi ini. Mereka ini ada berbagai-bagai suku kaum dan menganut bermacam-macam jenis agama termasuk agama Islam. Harus diketahui golongan Yahudi yang jahat dipanggil rejim Zionis. Tetapi ini tidak bermaksud semua yang selain Zionis itu baik. Seperti kita umat Islam, yang mengaku Islam, ada juga yang jahat yang kadang-kadang lebih teruk perangai dari orang Yahudi ini. Wallahualam.

Dalam golongan Yahudi ini terdapat satu kumpulan yang dipanggil Yahudi Ortodoks* (Y.O). Bagaimana ingin mengenali orang-orang Yahudi ini?? Berdasarkan kajian saya, melalui lawatan saya ke bumi Palestin baru-baru ini dan juga melalui pertanyaan kepada ketua rombongan kami Mr walid, ingin saya kongsikan sedikit apa yang saya faham tentang Yahudi Ortodoks.

1. Pakaian

Pakaian Yahudi Ortodoks ini adalah jenis pakaian yang menutup aurat :
a) Bagi Lelaki
  • Diwajibkan memakai baju berlengan panjang.
  • Berstokin putih.
  • Memakai kasut menutupi kaki sepenuhnya dan haruslah bertumit. (sebab itu saya perhatikan gaya gerak geri perjalanan mereka agak semacam.)
  • Berjaket/kot/suit hitam dan juga memakai topi hitam (ala-ala topi koboi)
  • Tidak dibenarkan memaki rantai atau gelang

b) Bagi Wanita (saya kurang perasan wanita Y.O dalam trip baru-baru ini. Mungkin ada yang melintasi di hadapan saya tetapi saya tidak perasan. Apa yang saya tulis ini adalah apa yang saya dengar dari mr Walid dan juga apa yang saya baca dari tempat-tempat lain.)
  • Menutup rambut dengan sejenis penutup ala-ala anak tudung kita.
  • Memakai pakaian berlengan panjang dan berskirt panjang menutupi lutut.
  • Kurang memakai barang kemas dan juga alatan make-up.
  • Wajib memakai stokin.
  • Mereka juga diharamkan memakai pakaian menonjol yang menjolok mata yang dapat menarik perhatian orang ramai. (hehe sebab tu saya tak perasan rasanye)
Perbezaan pakaian Wanita-wanita yang ada di Jerusalem

2. Janggut dan Pelipis
Sejak dari kecil lagi memang mereka digalakkan membela pelipis

Orang-orang Y.O digalakkan menyimpan janggut, misai dan pelipis (sideburn) mereka. Amalan ini dikatakan akan mendapat pahala dalam ajaran agama Judais. Saya diberitahu, pelipis mereka ini dibela sejak mereka kecil lagi di mana mereka tidak akan membuang pelipis ini walau apapun yang terjadi. Dari kecil, setiap kali mereka memotong rambut, pelipis ini tidak akan dibuang malah akan terus disimpan dan dibela sehingga bila-bila. Sebab itu kita lihat rambut mereka ada pintalan-pintalan rambut kerinting di tepi telinga mereka. Itulah pelipis belaan mereka.


3. Personaliti
Orang-orang Y.O ini kurang sosial. Susah untuk saya cuba berbual atau berborak dengan mereka. Mereka lebih senang mendiamkan diri dan tidak menghiraukan orang-orang di sekeliling mereka. Apabila cuba ditegur, mereka akan hanya menjawab sepatah dan terus fokus membaca kitab atau doa yang dibawa mereka.

4. Pemakanan
Orang-orang Y.O makan makanan 'Kosher'. Kosher merupakan jenis makanan yang boleh dimakan oleh orang Y.O. Ianya sama seperti kita orang Islam, hanya makan makanan 'HALAL'. Makanan Kosher adalah makanan yang sama seperti makanan Halal umat Islam. Mereka tidak makan Babi dan tidak juga haiwan yang tidak disembelih. Bagi orang-orang Y.O., haiwan mereka juga disembelih dengan menyebut nama Tuhan mereka iaitu Allah S.W.T. Jika kita orang Islam menyebut 'Bismillahirrahmanirrahim' , mereka menyebut 'Shem e Shem' yang juga bermaksud dengan nama Allah tetapi dalam bahasa Hebrew.

5. Agama
Seorang Y.O sedang berdoa di Wailling Wall, Jerusalem

Secara keseluruhannya mereka ini mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Tuhan mereka adalah tuhan yang sama seperti orang Islam. tetapi apa yang beza ialah, mereka tidak percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Setelah mereka membunuh Nabi Isa a.s., mereka mengharapkan Nabi akhir zaman akan datang dari kalangan Bani Israel. Tetapi ini tidak terjadi, Nabi akhir zaman turun kepada Kaum Arab di bumi Arab.

Menurut Mr Walid, orang-orang Yahudi dahulukala, mereka sudah biasa mendapat seorang Nabi dari kaum mereka. Dan mereka tahu bahawa akan turun Nabi-Nabi yang baru setelah Nabi yang sedia ada. Misalnya, ketika zaman Nabi Zakaria dan Nabi Yahya, mereka diberitahu melalui pengajaran Nabi ini, bahawa akan muncul seorang Nabi baru untuk Bani Israel. Maka sebab itu, mereka membunuh Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Begitu juga setelah kemunculan Nabi Isa a.s. Dalam kitab Injil ada tertulis tentang akan datang Nabi Muhammad S.A.W. yang bagi mereka adalah lebih baik dari Nabi Isa a.s., oleh sebab itu orang-orang Yahudi ketika itu membunuh Nabi Isa a.s. Hasrat mereka musnah setelah mendapat tahu Nabi Muhammad lahir dari keturunan Bani Hashim iaitu orang Arab.

Mulai saat itu, mereka seperti berdendam dengan orang Arab dan juga Nabi Muhammad S.A.W. dan sebab itu mereka tidak beriman kepada Nabi Muhammad. WAllahualam.

6. Ideologi
Y.O menentang pembentukan negara haram Israel

Bagi orang-orang Y.O, mereka mengharamkan penubuhan negara ISRAEL. Mereka serang mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan mengharamkan tindakan rejim Zionis menindas orang-orang Palestin begitu juga dengan pembinaan penempatan Haram di sekitar tanah Palestin.


Walaupun kita lihat gaya mereka adalah baik seperti seorang Islam yang baik, ini tidak bermaksud mereka ini adalah baik. Kita tidak tahu jika ada agenda-agenda tersembunyi yang tidak dapat dibongkarkan dan jika betullah mereka ini baik-baik, pasti dalam golongan ini ada yang berbeza. Yang anti Islam tahap ekstremis dan sebagainya. WAllahualam.

Mungkin apa yang saya tulis ini ada bercanggah dengan fakta dan mungkin para pembaca ada pendapat atau isi-isi fakta yang lebih tepat atau menarik, boleh meninggalkan komen atau cadangan di ruangan comment di bawah. Segala kesilapan saya mohon kemaafan. WAllahualam.

*Yahudi Ortodoks adakalanya dipanggil juga dengan nama Yahudi Ultra Ortodoks