Friday, September 30, 2011

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 7

Sebelum memasuki Bethlehem, kami bersiar-siar di sekitar Hebron melawat sebuah kilang pemprosesan Kaca dan Seramik. Di Bethlehem pula, kami menuju Church of Nativity di mana di sini dipercayai Siti Maryam a.s. melahirkan Nabi Isa a.s.

Thursday, September 29, 2011

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 6

Kali ini, video Kembara Palestin memaparkan pengembaraan di Hebron. Hebron merupakan bandar terbesar di Tebing Barat dengan populasi sebanyak lebih kurang 500,000 orang Palestin dan 500 orang Yahudi. Di sini terletaknya sebuah Masjid bernama Masjid Khalil yang menempatkan sebuah gua 15 meter di bawahnya. Di dalam gua inilah terletaknya kubur Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ishaq a.s., dan Nabi Ya'qub a.s. beserta isteri masing-masing. Al-Fatihah.

Wednesday, September 28, 2011

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 5

Dari Muslim Quarter kami menuju Jewish Quarter untuk melihat Western Wall iaitu dinding tempat di mana orang-orang Yahudi bersembahyang setiap hari. Hari pertama di Palestin tamat di sini dan sebelum pulang saya paparkan gaya kehidupan seharian orang-orang pekedai di dalam Old City Jerusalem ini.

Monday, September 26, 2011

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 4

Kali ini saya memaparkan video di sekitar Batu Tergantung yang terdapat di dalam Masjid Dome Of The Rock. Masjid yang berwarna Biru berkubahkan Emas ini ternyata mempunyai cerita uniknya yang tersendiri. Selamat terhibur dengan video kali ini.

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 3

Assalamualaikum. Sambungan kepada bahagian 2, kali ini lebih menceritakan mengenai Masjidil Aqsa yang baru yakni Al-Aqsa yang berada di tingkat atas. Banyak sejarah mengenai Salahuddin Ayubi dan tentera Salib. Serta para penonton boleh melihat bekas galian orang-orang Yahudi yang mahu cuba memasuki Al-Aqsa melalui laluan bawah tanah. Apa yang istimewa kali ini ialah peninggalan bekas-bekas peluru, bom dan sebagainya yang digunakan tentera Israel ketika menyerang Masjidil Aqsa pada tahun 2000. Serangan diketuai Ariel Sharon dan mengorbankan 20 nyawa Muslim yang tidak berdosa.



Friday, September 23, 2011

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 2

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana sudi melawat Blog ini. Disertakan di bawah ialah bahagian2 Kembara kami di bumi Palestin. Ianya hanyalah ringkasan sahaja daripada trip kami. Untuk cerita penuh, boleh membaca artikel post-post sebelum ini mengenai pengembaraan kami. Maaf di atas segala kekurangan. :-) Selamat Menonton. (Maaf takde subtitle.. susah woo nak buat! HAHA)

Thursday, September 22, 2011

Kenali Pemimpin-Pemimpin sekutu Israel-Amerika



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua pembaca. Apa yang akan dikongsi di post ini adalah hanya sekadar perkongsian pendapat saya mengenai apa yang saya rumuskan berdasarkan lawatan saya ke tanah suci Baitul Maqdis baru-baru ini. Mungkin akan diambil secara sirius dan sensitif oleh sesetengah pihak, ada yang mungkin menjadi satu iktibar dan pengajaran bagi sesetengah pihak dan mungkin menjadi bahan yang tidak penting langsung bagi sesetengah pihak (maka pihak ke-3 ni saya alu-alukan jika tidak mahu baca.. :-) ). Sebelum saya mula, izinkan saya memohon maaf jika terdapat ketidaktepatan fakta berkenaan apa yang akan saya kongsikan ini. Al maklumlah semuanya berdasarkan pemandangan dan perhatian saya dan juga hasil perkongsian maklumat dan pendapat dengan rakan-rakan rapat.

Ketika saya berada di Palestin (Israel), isu utama yang hangat diperkatakan di sana ialah soal penempatan haram yang dibina kerajaan Israel di atas tanah milik Palestin. Pembinaan penempatan haram ini adalah melalui paksaan dan segala bentuk tentangan tidak diendahkan oleh Israel. Antara kuasa besar yang 'menentang' pembinaan penempatan haram ini ialah 'Amerika Syarikat'! (Ya... perasan saya gunakan ' ' untuk menentang tu.. bagi yang berfikiran cetek mungkin tak dapat tangkap apa yang saya maksudkan). Kuasa besar AS ni hanya boleh 'menentang' dari jauh aje, sedangkan negara-negara lain boleh lak dia 'tentang' dengan kekasaran, ketenteraan, sekatan ekonomi dan lain-lain. Israel ni, tak boleh pulak dia 'tentang' betul-betul. Terang-terangan pembinaan penempatan haram ini melanggar peraturan Perjanjian Geneva ke-4 dan dengan bongkaknya Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (gambar kecil kiri) melanggarnya kerana tidak bimbang tentang halangan-halangan yang diberikan terhadapnya.

AS tu mungkin jauh gila daripada Israel ni, sebab tu dia 'tentang' secara lembik aje. Malaysia pun jauh, sebab tu 'tentang' lembik-lembik gak atau mungkin sebab pemimpin yang lembik gak kot tak boleh 'tentang' kuat-kuat. Tapi kalau kita lihat di sekitar sekeliling Israel ni, semuanya negara Arab! Islam pulak tu! kenapakah mereka pun hanya 'menentang' saja? keluar lah surat khabar, Unta-unta gemok yang bodoh berjumpa badut-badut dan penglipur lara dalam surat khabar, front page "Kami menentang penempatan haram Yahudi" bla bla bla.. keluar berita, Unta-unta gemok bersalaman dengan orang-orang.. cium tangan... andam janggut.. bla bla bla... (saya tak cakap Raja mereka yea.. saya cakap Unta.. ala.. haiwan tu). Tapi sebenarnya di sebalik itu, tidak ada apa-apa yang dilakukan. Bak kata Perdana Menteri Turki, Recap Tayyip Erdogan (gambar kecil kanan) "Deen Ma Fi, Iman Yok, Arab Khianat"

Kata-kata kuat ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang hidup lagi di rantau Asia Tengah yang hanya melihat sahaja darah daging sendiri dibunuh, diseksa, dikejami oleh puak Zionis yang zalim dan kejam di negara mereka sendiri. Buat masa ini, antara pemimpin-pemimpin yang lantang menyuarakan dan mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman Israel ini ialah pemimpin Turki, Recap Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Iran, Ahmadinejad (gambar kecil kanan) dan juga Pemimpin Agung Hezbollah , Syed Hassan Nasrallah (gambar kecil kiri). Dan sorang lagi, Najib Razak. :-p Apa yang membuatkan mereka ini menentang kekejaman Zionis?? sedangkan mereka boleh mendapat habuan yang sangat lumayan jika bersekongkong dengan Israel dan AS ini? Semuanya adalah kerana keimanan dan kecintaan kepada Allah dan Nabi Muhammad yang tinggi. Cinta mereka mengakibatkan mereka menolak semua habuan keduniaan, dan pentingkan silaturrahim yakni nasib saudara masing-masing saudara seIslam yang ditindas dan dikejami dengan melampau di tanah suci orang Islam iaitu Baitul Maqdis.

Sudah menjadi kebiasaan di rantau Asia Barat, AS akan bersungguh-sungguh mem'Beli' pemimpin-pemimpin setiap Negara agar mereka mendapat kepentingan di rantau Asia Barat ini. Hasil sumber galian dan sumber mentah di Asia Barat cukup banyak dan merupakan salah satu bahan penting di AS. Hasil utama yang paling penting ialah Minyak. Jadi kebiasaannya AS akan cuba sedaya upaya mem'Beli' pemimpin-pemimpin negara yang kaya dengan Minyak! Dan apabila melihat daripada fakta sejarah, kebanyakan negara-negara yang dibeli ini lama kelamaan akan jatuh juga kecundang.

AS dan Israel amat takut apabila negara-negara pemBELIannya ini kecundang. Apa yang mereka takut sangat?? mereka amat takut akan kebangkitan dan kesedaran rakyat atau pemimpin itu sendiri (biasanya pemimpin takkan sedar sendiri punya.. kena bunuh atau kidnap atau dicacatkan barulah akan diam). AS dan Israel cukup tidak takut apabila kita (sebagai Rakyat) berarak dan demonstrasi di kedutaan mereka di negara-negara kita. Mereka akan hanya bergelak ketawa melihat kita berarak di kedutaan mereka. Mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan bijak pun hasil daripada perarakan ini. Tetapi apa yang mereka takutkan sangat??? jeng jeng jeng... Ialah apabila kita (Rakyat) berarak dan protes serta demonstrasi besar-besaran menentang KERAJAAN yang bersetongkol dengan Israel dan AS. Paham x? kalau x paham... baca balik dari mula perenggan ni. Jadi sebagai contoh, kita lihat apa terjadi setelah revolusi di Iran, revolusi di Mesir baru-baru ini, di Libya dan Tunisia. Semuanya ialah protes menentang Kerajaan! bukannya protes di depan kedutaan Israel dan AS!Mari kita lihat seekor-seekor sorang-sorang kisah pemimpin-pemimpin yang pernah dibeli AS dan akhirnya kecundang.


IRAN
Pemimpin dibeli : Shah Mohamad Reza Pahlavi
Status Pemimpin Murahan ini : Digulingkan pada Februari 1979.

Seperti yang tercatat dalam sejarah, pada tahun 1941, hasil campur tangan Inggeris, pemimpin murahan ini dinobatkan pemerintah Iran. Demi menjaga kepentingannya sebagai pemimpin, campur tangan dan sokongan AS amatlah diperlukan. Maka AS pun dengan besar hati memberi bantuan ke atas antara negara pengeluar Minyak terbanyak dunia. Hasil daripada campur tangan ini dan kecetekan pemikiran pemimpin, maka berlaku beberapa fenomena/kejadian yang tidak disukai rakyat. Berlaku jurang perbezaan taraf kehidupan antara yang miskin dan kaya. Orang-orang luar negara diberi layanan yang cukup istimewa sedangkan rakyat sendiri hidup melarat dan merana. Rakyat Islam pada ketika ini pula hidup dalam gaya sekularisme yang amat tinggi. Secara kesimpulannya Iran pada ketika ini adalah ibarat Pusat Maksiat bagi orang-orang jahil dan mereka-mereka yang baik-baik ditindas! terutamanya Ulama. Maka pada tahun 1977, tercetuslah satu revolusi yang diketuai Ulama yang begitu kuat pengaruhnya sehingga berjaya menggulingkan satu Rejim yang kuat! dari segi kewangan dan kelengkapan perang.

Hasilnya, sistem pemerintahan di Iran berubah terus daripada sistem Monarki kepada sistem Republik yang diketuai oleh seorang Ayatollah sehingga ke hari ini. Dan ternyata gerakan revolusi ini tidak sia-sia kerana pemimpin Iran hari ini adalah antara yang paling lantang menentang kekejaman rejim Zionis laknatullah.

IRAQ
Pemimpin dibeli : Saddam Hussein
Status Pemimpin Murahan ini : Digulingkan (April 2003) dan diKorbankan pada Disember 2006

Siapa tidak kenal diktator kejam memerintah Iraq selama lebih kurang 24 tahun ini. Habis sepah, madu dibuang. Itulah ibarat kata-kata yang sesuai dilabel diktator bermisai tebal ini. Pada awalnya bersekutu dengan AS. AS menggunakannya untuk menyerang Iran yang baru diketuai Ayatollah dengan misi melemahkan Iran. Perang Iraq-Iran yang hebat selama 8 tahun yang mengorbankan ratusan ribu nyawa umat Islam ini pasti menjadi satu titik sedih dalam sejarah ketamadunan Islam. Serangan yang dimastermind oleh orang kafir AS ke atas bonekanya Saddam dan menyerang musuh AS ketika itu, Iran. Selain itu, habis ramai Ulama' di negaranya dibunuh dan diseksa. Sekali lagi, Negara Iraq rupanya kaya dengan hasil minyak. Saddam begitu jahil dan tergilakan duniawi dan harta. Hasilnya, beliau dikhianat AS sendiri pada tahun 2003 setelah Iraq diserang AS dan tentera sekutunya sekaligus digulingkan.

Yang menjadi lebih menyedihkan buat Saddam ialah tampok pemerintahan Iraq diberikan kepada musuh-musuhnya semasa dia memerintah dahulu. Dan sebelum beliau mati, beliau ada menulis surat kepada Raja Arab Saudi ketika itu King Abdul Aziz mengenai tipu-helah dan pengkhianatan yang mampu dilakukan AS ke atas semua boneka-bonekanya tetapi tidak dihiraukan. Surat ini sangat popular di internet. Boleh saja diGoogle 'surat saddam kepada pemimpin arab' dan boleh dibaca isinya.


TURKI
Pemimpin dibeli : Mustafa Kamal Atatturk
Status Pemimpin Murahan ini : Kematian misteri pada tahun 1938

Tengok saja mukanya kita sudah terbayangkan kejahatan. Itulah presiden pertama Turki. Yang terkenal dengan gelaran Bapa Sekular. Membantu tentera Sekutu (AS) mengkhianati Turki Uthmaniyah dan menyebabkan kekalahan mereka di tangan tentera sekutu. Berakhirnya tamadun hebat Islam Turki Uthmaniyah yang mempertahankan kekuatan empayar mereka selama lebih kurang 700 tahun. Apa yang dilakukannya ke atas Turki adalah sangat luar biasa dan tidak boleh diterima oleh akal Islam. Beliau telah menukarkan bahasa Azan kepada bahasa Turki, melarang wanita berpakaian tudung jika mahu bertudung harus berSkirt pendek, lelaki tidak boleh memakai kopiah atau serban tetapi boleh memakai tarbus, dilarang bersembahyang jemaah, menukarkan masjid kepada gereja dan muzium, menganjurkan minum arak secara terbuka, agama Islam bukan lagi agama rasmi negara dan lain-lain.

Kebodohan beliau diteruskan lagi oleh pemimpin-pemimpin selepasnya. Antara sekutu dengan Israel adalah membenarkan laluan udara Turki dilalui pesawat-pesawat Israel. Dan yang paling penting ialah askar-askar dan tentera Turki kebanyakannya dilatih dan berlatih bersama-sama dengan tentera Amerika Syarikat dan Israel. Dan Alhamdulillah, perlahan-lahan wujud seorang pemimpin Islam yang berani dari kalangan orang Turki hari ini. Recap Tayyip Erdogan banyak menganjurkan unsur-unsur Islam di Turki kini dan antara penentang dan pengecam kekejaman Zionis hari ini. Yang terbaru beliau membatalkan semua aktiviti ketenteraan antara Israel dan Turki dan beliau juga telah mengusir semua Kedutaan Israel di Turki pulang ke Israel.

MESIR
Pemimpin yang Dibeli : Hosni Mubabi Mubarak
Status pemimpin Murahan ini : Digulingkan oleh Rakyat sendiri pada Februari 2011

Lagi seorang diktator kejam negara Arab iaitu Hosni Mubarak juga berkongsi cerita yang sama seperti pemimpin-pemimpin yang diceritakan di atas. Bersetongkol dengan Israel dan AS demi menjaga kepentingannya sebagai pemimpin di Mesir. Setiap kali pilihanraya, SPR Mesir akan menyampaikan keputusan pilihanraya yang Telus dan Adil Mesir dengan kemenangan 99% berpihak kepada Hosni Mubarak untuk setiap pilihanraya selama 30 tahun dia memerintah. Kadang-kadang rakyat Mesir pon bingung sebab ramai je padahal tak undi dia, tapi dia menang juga! Naik bingung! Saya pun terfikir, pemimpin-pemimpin yang memerintah dah 30 tahun ni tak penat-penat ke? takkan tak bosan bosan lagi masuk ofis? dan peliknya lepas dia digulingkan, pasti kantoi harta berjuta-juta USD yang disarawaknyaSonglapnya! Haih duniawi dan harta lagi!

Antara bukti kekuatan hubungan Mubarak dan Israel ialah yang paling penting penutupan sempadan Mesir-Gaza. Sekatan ke atas umat Islam saudara sendiri ini menyaksikan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa umat Islam melayang sewenang-wenangnya di tangan rejim Zionis selama 30 tahun dia memerintah! Alhamdulillah pada tahun 2011, gerakan kesedaran rakyat Islam akibat kos sara diri meningkat dan jurang perbezaan yang besar antara kaya dan miskin menyebabkan pemimpin gemokkejam ini berjaya digulingkan! Semoga pemimpin yang benar-benar Islam akan naik memerintah sempena pilihanraya Mesir yang bakal berlangsung November ini. Insya Allah.

TUNISIA
Pemimpin yang dibeli : Presiden Zine al-Abidine Ben Ali
Status Pemimpin murahan ini : Digulingkan rakyat dan melarikan diri berselindung di Saudi Arabia

Satu lagi diktator kejam yang telah mentadbir negara Tunisia selama 23 tahun dengan kekejaman dan korupsi. Sepanjang pemerintahan yang disokong kuat oleh Amerika dan sekutunya, Ulama dan gerakan Agama Islam dijadikan musuh utama. Banyak nyawa yang tidak berdosa dijadikan korban. Selain itu, inflasi makanan dan masalah pengangguran yang berleluasa mengakibatkan rakyat terasa tertekan dan mula berdemonstrasi jalanan. Ternyata tindakan mereka tidak sia-sia kerana presiden murahan ini terpaksa melarikan diri mendapatkan perlindungan Arab Saudi pada Januari 2011.

LIBYA
Pemimpin Pakaian Terulung yang dibeli : Muammar Gaddafi
Status Pemimpin murahan ini : Hilang tanpa sebarang kesan setelah digulingkan secara paksaan

Diktator beribu pakaian pelik yang memerintah selama 42 tahun ini masih lagi dalam pencarian oleh pihak-pihak berkuasa Libya ketika ini. Kekejaman beliau? hanya dapat digambarkan dengan bagaimana Syeikh Yusuf Qardhawi mengeluarkan fatwa mewajibkan pembunuhan Gaddafi jika beliau dilihat di khalayak ramai.

Semenjak kebangkitan revolusi rakyat menentang pemerintahan Diktator kejam pelbagai pakaian pelik ini, lebih kurang 10,000 nyawa orang tidak berdosa dibunuhnya. Hal ini mendapat kecaman hebat daripada seluruh dunia termasuklah AMERIKA SYARIKAT yang pada asalnya merupakan kroni dan bos besar keppada Gaddafi ini. Memang itulah cara Amerika Syarikat. Pada awalnya dahulu menjalin hubungan baik kerana kepentingan minyak yang dibekalkan Gaddafi buat Israel. Setelah Libya hampir hilang kuasa dan Gaddafi hampir hilang pengaruh, Amerika meninggalkan serta menyerang balik. Walaupun belum 100% berjaya, namun revolusi Libya dilihat sebagai salah satu contoh kebangkitan Rakyat yang harus diberi penghormatan dan dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada pemimpin-pemimpin di luar sana bahawa kita tidak boleh memandang rendah kehendak rakyat.

PALESTIN / ISRAEL
Pemimpin yang berjaya dibeli : Yasser Arafat
Pemimpin yang dibeli dengan harga runtuh Discount Murahan : Mahmoud Abbas
Status Pemimpin murahan : Yasser Arafat meninggal dunia dan tampuk disambung dengan 'Jayanya' oleh Mahmoud Abbas

Seperti yang kita semua tahu, negara Israel pada hari ini adalah negara yang dibentuk secara Haram oleh orang Yahudi Zionis dan sekutu mereka British bermula pada tahun 1917. Sebelum tahun 1917, melalui tipu helah, British ketika itu menjanjikan kemerdekaan buat orang Arab yang sudah kian bosan dengan pemerintahan Turki Uthmaniyah yang sudah mulai lemah. Tipu helah ini disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Arab ketika itu, mereka membantu orang British menggulingkan kerajaan Turki Uthmaniyah ketika itu dan sebagai balasannya mereka menjanjikan kepentingan British di Terusan Suez akan terjamin. Ketika itu Terusan Suez merupakan jalan pintas utama dan terpenting di rantau Asia Tengah. Pada tahun 1917, British mengisytiharkan Pengisytiharan Belfour yang membenarkan pembentukan "sebuah penempatan tempat tinggal Kebangsaan orang Yahudi di Palestin". Pada awalnya orang Arab tidak menyetujuinya tetapi atas pujukan orang British dan kebodohan orang Arab ketika itu dengan nafsu harta yang ditawarkan, mereka membiarkan sahaja.

Hasilnya, orang-orang Yahudi semakin ramai berpindah masuk ke Palestin sehingga secara perlahan-lahan merampas negara Palestin dan membentuk sebuah negara Israel pada tahun 1947. Banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban dan aktiviti Zionis ini mendapat 'kecaman' hebat daripada semua negara lain. Maka beberapa tahun kemudian muncullah seorang pemimpin boneka Amerika di Palestin iaitu Yasser Arafat. Pada mulanya kelihatan beliau sebagai pejuang Islam, menentang pendudukan haram Israel di tanah Palestin. Tetapi lama kelamaan perlahan demi lahan, beliau mula terpedaya dengan pujukan Israel, maka terjadilah rundingan damai antara Palestin dan Israel (yang sememangnya tidak boleh dipercayai). Hasil daripada perdamaian-pendamaian ini, apa yang beliau dapat? Rakyat Palestin semakin ditindas, dikejami dan dibunuh, Israel bertindak dengan lebih agresif menduduki penempatan Palestin secara haram dan hadiah hebat buat Yasser ialah, beliau dikepung di rumah sendiri dan akhirnya diberi pil beracun sebagai punca kematian beliau pada tahun 2004.

Kebodohan ini tidak berakhir di sini, ianya disambung pula oleh orang yang lebih bodoh iaitu Mahmoud Abbas (Gambar kecil kanan). Saya tidak mahu bercerita panjang mengenainya. Lihat saja gaya beliau ini, kita boleh tahu, dia hanyalah boneka Amerika dan Israel yang lebih besar (saiz badan dan juga saiz kebodohan).

Seperti yang dapat kita lihat, trend pemerintahan Negara-negara yang telah dibeli Amerika dan Israel ini lambat laun berjaya dijatuhkan akibat kebangkitan rakyat mereka sendiri. Tetapi bila dilihat semua negara yang jatuh ini, ada satu persamaan. Kebanyakannya adalah sistem pemerintahan yang tidak beraja. Apa yang bakal kita lihat selepas ini ialah negara-negara yang dibeli Amerika tetapi diperintah oleh Raja atau Sultan yang masih menunggu masa untuk dijatuhkan. (Mungkin apabila negara beRaja ni susah sikit kot nak jatuhkan sebab Raja kan Berdaulat! haha kang kena tulah kang Rakyat kalau memberontak!)

ARAB SAUDI
Raja MUrahan : Keluarga Saud (terkini : Raja Abdullah)
Status : Masih menyokong Amerika dan Israel.

Seperti Israel, tiada bezanya Arab Saudi dengan mereka. Kerajaan Arab Saudi sekarang ini adalah kerajaan haram juga yang diambil secara jahat daripada Pemerintahan Kerajaan Hijaz atas sokongan dan bantuan Amerika Syarikat. Sebagai balasan kepada menjamin kekuatan kerajaan Saud di Arab Saudi, kerajaan Amerika diberi kemudahan minyak dan lain-lain di bumi Arab Saudi. Antara kemudahan lain ialah menempatkan pangkalan ketenteraan di bumi Arab Saudi, kemudahan ruang udara Arab Saudi yang boleh dilalu jet pejuang Amerika/Israel pada bila-bila masa dan juga latihan ketenteraan bersama-sama dengan Amerika dan Israel.

JORDAN
Raja Murahan : King Abdullan bin King Hussein
Status : Sama macam di atas.

Perjanjian damai dengan Israel merupakan satu tindakan yang mengecam kedaulatan seorang pemimpin Islam. Ini adalah kerana, asal-usul negara Israel itu adalah wujud secara Haram. Maka segala bentuk hubungan dengan mereka adalah tidak patut sama sekali! Berkongsi sempadan yang sama, Jordan dilihat sebagai salah satu sekutu kuat Israel di rantau Asia Tengah. Antara peristiwa-peristiwa sedih yang berlaku ketika di bawah kelolaan Raja Jordan ialah pada tahun 2002 di mana empat orang rakyat Palestin ditembak mati di sempadan Jordan-Israel kerana ingin menyeludup masuk bantuan dari Jordan ke Palestin. Dan yang menyedihkan ialah, penembak-penembak ini adalah askar Jordan! Askar Israel di sempadannya hanya melihat sambil tersenyum.

BAHRAIN
Raja Murahan : King Hamad bin Issa al-Khalifa
Status : Kalau dah Raja Murahan, status sama aja macam kat atas

Hubungan Israel-Bahrain antara penyebab kepada mautnya ramai rakyat yang tidak berdosa ketika demonstrasi aman rakyat Bahrain baru-baru ini. Rakyat inginkan satu kerajaan Demokrasi yang adil. Raja Hamad sudah lama memerintah dan sudah banyak korupsi berlaku. Hasil demonstrasi ini, Raja Hamad meminta bantuan Arab Saudi dan tentera Arab Saudi dikerahkan ke Bahrain. Ramai nyawa terkorban dalam menjamin kedudukan Raja Hamad sebagai pemerintah. Di sini kita dapat lihat terang-terangan bagaimana Kerajaan Islam sama Islam membunuh rakyat yang merupakan Saudara SeIslam masing-masing. Masih butakah mata hati pemimpin-pemimpin ini sampai masih lagi terpedaya??
Peta menunjukkan bagaimana Palestin dijajah dan dirampas tanahnya sedikit demi sedikit

Sebagai umat Islam di zaman yang penuh mencabar ini, kita harus bijak berfikir dan bijak memilih pemerintah. Sebarang urusan diplomatik antara negara dan Israel adalah satu tindakan yang akan merugikan kita sebagai kaum Islam. Orang-orang Israel ini bijak-bijak semuanya. Mereka tidak akan menyetujui sesuatu hubungan Diplomatik itu jika mereka tidak nampak keuntungan buat mereka. Selain negara-negara di atas, banyak lagi negara-negara Islam yang ada menjalin hubungan-hubungan dengan Israel. Tidak perlu lihat jauh, lihat sahaja jiran kita Singapura. Singapura merupakan satu sekutu Israel terkuat di rantau Asia Pasifik. Cerita pengambilan Singapura adalah lebih kurang seperti pengambilan Israel. Saya begitu khuatir dengan sikap pemimpin-pemimpin negara Islam lain di rantau ini yang begitu baik dengan Israel. Malaysia dan Brunei adalah antara negara-negara Islam yang kuat di rantau Asia Tenggara hari ini, kesilapan bodoh pemimpin-pemimpin ini bakal mengakibatkan kesengsaraan besar kepada rakyat masing-masing.

Harus diketahui, PBB itu juga adalah boneka Amerika dan Israel, begitu juga OIC. Apa-apa yang terjadi, kita tidak akan dapat mengharapkan bantuan penuh daripada mereka, apa yang kita buat ialah kita harus berusaha sendiri melawan Amerika dan sekutunya Israel. Saya harap jika ada sebarang pandangan atau soalan atau pendapat mengenai post saya ini, boleh ditinggalkan di ruang komen. Kita diskusi secara aman. Saya pun tidaklah arif sangat mengenai hal ini. Di sini saya ingin memohon sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada fakta-fakta yang tidak benar. Wallahualam.

Wednesday, September 21, 2011

VIDEO : Kembara Palestin Bahagian 1

Disertakan di bawah ini ialah video sedutan ringkas mengenai pengembaraan kami di bumu Palestin pada 4-6 September 2011 yang lalu. Video ini hanyalah menunjukkan catatan ringkas mengenai kejadian yang dapat dirakamkan tempoh hari. Untuk penceritaan lebih panjang dan lengkap, sila baca post entry saya yang sebelum-sebelum ini. Harap maaf di atas segala kesulitan atau kekurangan. Selamat Menonton!

Monday, September 19, 2011

Kenangan Ramadhan di Madinah Munawwarah


Kanak-kanak kecil pon berpuasa juga! HEHE :-D (Gambar : Syukrishairi)

Sedang membelek-belek page facebook Syukri Shairi tadi dan kagum dengan gambar-gambar yang diuploadnya. Gambar-gambar sekitar perjalanan Umrah kami baru-baru ini ketika di Madinah Munawwarah sedikit sebanyak mengimbau kembali memori indah berbuka puasa di bumi Rasulullah S.A.W. bulan lepas. Diam diam sudah hampir sebulan ianya berlalu. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

"Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabb-Nya kelak” (HR. Muslim, no.1151)

Suasana tikar plastik di sekitar dataran Masjid Nabawi

Apa yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W. ini benar-benar saya dapat lihat ketika berbuka puasa di Masjid Nabawi, Madinah. Seluruh umat Islam di sini tanpa mengira darjat, pangkat, usia, umur, asal negara mana, etc semuanya berbuka di tempat-tempat yang disediakan di sekitar Masjid dengan perasaan gembira dan sungguh berSilaturrahim. Tiadak ada seorang pun yang akan ketinggalan tidak bertempat untuk berbuka puasa.

Jemaah beratur mengambil makanan yang diberikan oleh wakil-wakil individu

Situasi Berbuka Puasa di sekitar Masjid Nabawi :
Di perkarangan dataran Masjid Nabawi akan dibentangkan tikar-tikar plastik atau sesetengahnya karpet-karpet yang menandakan tempat-tempat berbuka puasa. Setiap karpet2 dan tikar2 ini kebiasaannya akan ditaja oleh seseorang individu yang berbeza. Ada kemungkinan seorang individu akan menaja pemakanan untuk beberapa lokasi berbuka Wallahualam. Setiap individu akan mempunyai identiti makanan tersendiri. Ada yang menempah kotak berwarna, ada yang menggunakan plastik lutsinar yang biasa sahaja, ada yang tidak berpakej dan lain-lain. Macam-macam gaya ada!

Suasana berbuka puasa di dalam Masjid

Kalau di Malaysia, kebanyakan orang ramai yang berbuka puasa di Masjid atau Surau akan disediakan khemah-khemah serta meja makan, dll, di sini (Madinah) pula, kita semua akan bersila duduk di atas tikar-tikar ini tanpa dipayungi apa-apa khemah. Sebab time nak buka puasa, kan Maghrib, mana ada panas lagi... dan di Madinah jarang-jarang sekali hujan dan sekiranya hari hujan, maka payung automatic dataran Masjid Nabawi akan diactivatekan!


Jadi, apa yang dihidangkan selalunya? :
Bagus soalan ini. Setiap port (karpet atau tikar yang ditaja oleh individu-individu berbeza) akan mempunyai keunikan masing-masing. Ada yang menyediakan Nasi Arab, ada yang sediakan Yoghurt, Roti-roti panas, dan lain-lain. Tapi kebiasaannya adalah makanan Arab yakni yang kering-kering dan tak pedas. Dari segi air pula, Air Zam Zam boleh didapati dengan mudah di samping ada sesetengah Karpet/Tikar-tikar menghadiahkan air kotak oren dan air susu masam (Laban). Hidangan wajid di setiap lokasi adalah Buah tamar atau Kurma. Memang mengikut Sunnah, kebiasaanya seorang akan diberikan minimum 3 biji tamar.

Adegan-adegan menanti waktu berbuka puasa (Atas dan Bawah) (Gambar : Syukrishairi)

Jadi, kebiasaannya para jemaah sudah boleh merancang apa yang diinginkan untuk berbuka puasa ini, jika inginkan nasi Arab/Beriyani, kebiasaanya mereka harus berada di lokasi ini sejam awal sebelum masuk waktu solat. (Kalau malam Ganjil... munkin sejam setengah). Kalau sekadar ala kadar mahukan tamar dan Roti, 10 minit sebelum masuk waktu pun kita akan dapat.


Yang penting, walau apa pun juadah yang kita dapat, kita akan tetap kenyang ketika berbuka puasa di sini. Tidak seperti di Malaysia kita mesti kena makan nasi dan ayam goreng lah, kena ada manisan kek dan buah-buahan laaa... air pula harus Jus dan Teh Tarik. Di sini, walau sedikit yang kita jamah, disebabkan keberkatan, kita pun jadi kenyang dan mencukupi.


Jika anda tidak mempunyai lokasi berbuka puasa, jangan pula risau, kerana akan terdapat agen-agen (bukan jualan langsung) pemakanan daripada individu-individu kaya yang akan berdiri di tiang-tiang dataran dan memanggil2 mereka yang tidak berbekal makanan untuk berbuka puasa. Mereka akan memanggil anda, memberi makanan ataupun menarik tangan anda membawa anda ke lokasi karpet atau tikar plastik mereka. Masing-masing akan berebut memberi makanan kepada orang yang tidak mempunyai makanan untuk berbuka. Besar pahalanya bagi mereka yang memberi/menaja orang-orang berpuasa makanan ketika berbuka puasa. Ini selaras dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :


“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)


Begitulah betapa besar pahala yang dijanjikan Nabi Muhammad S.A.W. untuk umatnya yang memberi makan kepada orang yang berpuasa. Dan kemungkinan berbekalkan hadis inilah saudagar-saudagar kaya Arab menyumbangkan jumlah wang yang besar setiap kali tiba Bulan Ramadhan memberi makanan kepada umat Islam yang berbuka puasa di kawasan Masjid Nabawi dan juga Masjidil Haram di Mekah.

Awan nak berbuka sangat cantik! (Gambar : Syukrishairi)

Kenangan dan memori yang saya rasai tidak mungkin sama sekali dapat dikongsi melalui gambar-gambar yang ada dipaparkan bersama-sama post kali ini. Tetapi motif gambar-gambar ini adalah agar anda semua dapat mendapat gambaran kasar bagaimana situasi dan keceriaan melihat umat Islam sesama mereka bantu membantu, berkongsi makanan kepada orang sebelah yang mempunyai makanan sedikit, berborak-borak (walaupun kadang-kadang sebelah mereka adalah orang yang dari negara lain yang berlainan bahasa perbualan), bersenda gurau, bergambar, dan lain-lain. Silaturrahim itu secara tidak sengaja terjalin dan inilah yang penting untuk dicapai sesama Islam dari rantau-rantau berbeza. Wallahualam.

Saturday, September 17, 2011

Palestin Part 8 - Tempat Kelahiran Nabi Isa a.s.



Sebelum memulakan pengembaraan, di sini ingin saya jawab persoalan saudari Qisti yang bertanya ke manakah arah kiblat di Masjidil Aqsa dahulukala sebelum arah Kiblat ditukar ke Kaabah di Masjidil Haram. Satu persoalan yang bijak kerana saya juga bertanya soalan yang sama kepada Mr Walid semasa di sana.

Jawapan :

Sebelum kiblat ditukar ke Baitullah di Mekah, Kiblat orang2 Mukmin ialah menuju Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Ketika itu, di Baitul Maqdis, Masjid yang sedia ada inilah yang menjadi Kiblat semua orang Mukmin dalam beribadat kepada Allah S.W.T. Ketika itu di dalam Masjidil Aqsa, orang2 semua beribadat mengikut arah kiblat yang sedia ada sekarang di Masjidil Aqsa (iaitu menuju Kaabah.. arah menuju Mekah). Jadi menurut apa yang saya fahami, samada ianya satu kebetulan atau memang ketentuan Allah S.W.T, wallahualam.. memang dari dahulu struktur kedudukan Masjidil Aqsa memang adalah seperti apa yang ada sekarang ini.


Dari Hebron, kami menuju Bethlehm. Bethlehm bereti "Rumah Daging" dan ianya terletak lebih kurang 10 km di selatan Baitul Maqdis (Jerusalem). Bethlehm merupakan salah satu Bandar yang berada di bawah kelolaan orang Palestin dan ianya mempunyai jumlah penduduk sekitar 30,000 orang. Disebabkan ianya berada di bawah kawalan kerajaan Palestin, kita dapat lihat banyak kenderaan berpendaftaran Palestin di atas jalanraya. Kebanyakan kawasan bersejarah di sini dikawal oleh polis-polis Palestin. Polis-polis Palestin lebih ramah dan mesra, lebih lucu dan lebih meyakinkan. Walaupun dilengkapi senjata-senjata murahan tidak seperti polis-polis Yahudi, mereka tetap nampak berkeyakinan dan sedia membantu kami semua. Segala pertanyaan kami atau Mr Walid dibalas dengan senyuman dan bersungguh.

Lokasi kami di sini ialah sebuah gereja yang dipercayai mengandungi sebuah gua di bawahnya yang dikatakan tempat Siti Maryam melahirkan Nabi Isa a.s. lahir. Tempat ini adalah antara tempat-tempat tersuci buat orang Kristian seluruh dunia. Gereja ini dinamakan Church of Nativity. Sedikit sejarah mengenai gereja ini. Ianya dibina sekitar tahun 335 Masihi oleh Ratu Helen dari kerajaan Byzantine. Pada tahun 529 Masihi, gereja ini diserang oleh Kerajaan Samaritan sebelum dirampas semula dan dibaikpulih oleh Maharaja Rome Justinian pada tahun 539 Masihi. Struktur bangunan yang dapat dilihat pada hari ini adalah struktur yang dibina oleh Maharaja Rome Justinian ini.

Struktur luar Church of Nativity. A - Roman Catholic B - Greek Orthodox C - Armenian Orthodox

Apa yang saya pelik tentang Gereja Suci orang Kristian ini ialah, menurut Mr Walid, bangunan gereja ini sekarang terbahagi kepada 3 bahagian. Jika kita menghadap memandang ke arah gereja, kita boleh lihat sebenarnya ianya adalah gabungan 3 bangunan yang berlainan. Apabila ditanya, menurut Mr Walid, yang sebelah kiri sekali adalah kepunyaan Kristian yg pecahan Roman Catholic. Yang di sebelah kanan pula ialah kepunyaan Kristian yang berfahaman Greek Orthodox (Ortodoks Yunani) dan yang sebelah kanan adalah kepunyaan Kristian berfahaman Armenian Orthodox. Sejenak saya berfikir, mengapakah boleh terjadi pecahan2 sebegini? kenapa mereka tidak disatukan terus? Jawapannya akan terjawab sekejap lagi.. apabila sudah masuk ke dalam. :-)

Setelah menceritakan tentang struktur luar Gereja, kami melihat kepada pintu masuk gereja yang dikerumuni orang ramai yang ingin masuk ke dalamnya. Pintu gereja ini sangat sangat sangat sangatlah kecil! kalau ikut kiraan congak saya, adalah kurang 4 kaki tinggi pintunya. Saya pun bertanya kepada Mr Walid kenapa Gereja yang sebesar ini berpintukan kecil?? adakah sengaja dibuat begitu ataupun ada ceritanya? Mr Walid menceritakan ada 2 sebab mengapa ia dibuat sebegitu kecil.

Pintu masuk Gereja Greek Orthodox

Sebab pertama (Sambil bercerita, Mr Walid tersipu-sipu gelak) :
Ia sengaja dibuat kecil kerana ketika zaman Uthmaniyah (Ottoman), saudagar2 dan pembesar2 Arab suka masuk ke dalam gereja dengan membawa Keldai atau haiwan tunggangan mereka. Jadi, pihak gereja mengambil keputusan mengecilkan pintu supaya Orang2 ini tadi akan turun dari haiwan tunggangan dan masuk setelah meninggalkan haiwan tunggangan itu di luar ditambat di tempat lain.

Sebab kedua (Diceritakan dengan sirius) :
Di atas pintu kecil ini terdapat satu tanda Salib yang agak besar. jadi apabila dikecilkan pintu ini, orang ramai terpaksa membongkok untuk masuk ke dalam Gereja. Jadi apabila membongkok, ianya seakan-akan menunduk hormat kepada tanda salib ini. Na'uzubillah. Kebanyakan pelancong2 Islam dinasihatkan agar tidak masuk tunduk di pintu ini. Mereka dinasihatkan agar mengengsot atau menyenget atau membelakangi tanda salib ini ketika masuk ke dalam gereja. Wallahualam.

Tugu monumen St. Georges (Nabi Khidir a.s.)

Mr Walid membawa kami ke pintu lagi satu. Pintu di bahagian gereja Roman Catholic di sebelah kiri. Kami memasuki Gereja roman Catholic ini dan yang menyambut kami adalah sebuah monumen besar seorang pahlawan lengkap berperisai besi menikam seekor Naga yang sangat besar! Monumen ini sangat besar dan cantik. Menurut Mr Walid, ia merupakan Saint Georges. Saint Georges ini dalam Islam adalah Nabi Khidir a.s. Wallahualam. Kami meneruskan perjalanan masuk ke dalam gereja utama iaitu yang dipunyai Kristian Greek Orthodox (Bangunan Tengah).

Dalam dewan utama gereja Greek Ortodox


Di bahagian utama ini (Gereja tengah, Greek Orthodox), Ruangnya agak besar dan agak indah. Menurut Mr Walid, sebahagian lantai Mosaic yang kami lihat adalah asli yang membawa usia daripada zaman Greek (Yunani) lagi. Tiang-tiang gereja pula asli daripada zaman pemerintahan Byzantine manakala mosaic-mosaic di dinding bahagian atas gereja adalah berasal daripada zaman Salibi (Crusaders). Pada ketika ini, pelancong sangatlah ramai. Agak penuh keadaan di dalam ruang gereja Greek Orthodox ini. Melihat kepada panjang barisan yang ingin turun ke gua di mana tempat Nabi Isa a.s. dilahirkan, kami seakan berputus asa untuk masuk ke dalam gua di bawah gereja. Nasib ada Mr Walid, dia membawa kami ke suatu tempat yang lain. Keluar daripada gereja Greek Orthodox, kami kembali menuju ke Gereja Roman Catholic di sebelah kiri. Mr Walid cakap ada shortcut, kita tak perlu beratur dengan pelancong-pelancong yang lain.

Dalam dewan utama Gereja Roman Catholic

Di dalam dewan utama gereja Roman Catholic ini, kami ditegur penjaga dewan kerana bising berborak dan bergelak serta ketawa. Kami juga disuruh membuka semua topi2/ kopiah2 sebelum masuk ke dalam gua yang berada di bawah tanah gereja Roman Catholic ini. Apa sebabnya? Wallahualam. Tak sempat ingin bertanya kepada Mr walid kerana kami terlalu ghairah ingin melihat tempat kelahiran Nabi Isa a.s. Kami turun anak tangga sempit masuk ke gua di bawah tanah yang memuatkan beberapa kompartmen (ala ala bilik tapi bawah gua... takde pintu smua...) kecil yang menyimpan sejarah dan peranan masing2 tersendiri. Mr Walid membawa kami ke satu penjuru hujung di mana ada satu pintu besi di situ. Mr Walid memberitahu, di sebalik pintu inilah yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa a.s. yang pelancong-pelancong tadi beratur sepanjang2 di dalam dewan gereja Greek Orthodox. Kami hanya dapat mengintai tempat kelahiran itu daripada lubang kunci yang terdapat di pintu besi itu. Memang ramai orang yang berada di sebalik pintu di dalam gua yang di bawah gereja Greek Orthodox. Di bahagian gua bawah gereja Roman Catholic ini pula, keadaannya sangat sunyi dan tidak berpenghuni. Diam sahaja.

Tugu St. Jerome di luar gereja Roman Catholic

Kami berhenti duduk berehat di satu kawasan seperti ruang tamu gua. Di sini terdapat sebuah Altar (ala-ala meja kecik Ustaz2 selalu kasi ceramah kat Mesjid) yang dipanggil Altar St Joseph. Di sinilah baru saya memperoleh jawapan kepada pertanyaan dalam hati saya di awal bahagian 8 ini tadi. Mr Walid menceritakan, memang sebenarnya orang Kristian sesama Kristian saling bergaduh sejak dahulu lagi. Di bahagian gua ini, kami dapati terdapat pergaduhan atau ketidaksefahaman antara Kristian Roman Catholic dan Greek Orthodox. Di tempat Altar ini jugalah yang dipercayai golongan Roman Catholic tempat kelahiran Nabi Isa a.s. Wallahualam. Mr Walid mengatakan bahawa terdapat Altar yang sama dengan bilangan lampu dan lubang yang sama di sebalik pintu besi tadi. Seakan serupa! di bahagian gua di bawah gereja greek Orthodox yang sedang dilawati ramai pelancong tadi.

Altar dikatakan Nabi Isa a.s. dilahirkan di bawah gereja Greek Orthodox

Saya berfikir sejenak. Penerangan Mr Walid betul-betul membuka minda saya dan mengukuhkan lagi pendapat saya suatu ketika dahulu. Dahulu saya fikir dalam Kristian hanya terpecah 2. Katholik dan Protestan. Tetapi rupanya dengan terjumpanya lagi 2 (Greek Orthodox dan Armenian Orthodox) atau mungkin banyak lagi di luar sana, menunjukkan mereka juga lebih kurang sama dengan agama Islam. Cuma apa yang tidak adil di sini ialah, selalu diheboh-hebohkan ialah pergaduhan antara Islam sesama Islam di media, jarang sekali dihebohkan pasal agama lain yang tetap berperang dan bergaduh antara satu sama lain. Dan menurut pemahaman saya, adakalanya pergaduhan antara sesama agama lain adalah lebih teruk daripada Islam sesama Islam. Betapa media memainkan peranan jahat menunjukkan keburukan agama Islam! hmm... (mengeluh kesal)

Altar St. Joseph di bawah Gereja Roman Catholic

Sambung cerita : Altar ini dinamakan Altar St Joseph (Nabi Yusuf a.s.). (Altar yang kami sedang berehat tadi di bawah gereja Roman Catholic). Di kawasan ini jugalah dipercayai Nabi Yusuf a.s. didatangi Malaikat Jibril yang menyuruh Baginda membawa Siti Maryam dan Nabi Isa a.s. lari ke Mesir menyelamatkan diri daripada kezaliman maharaja ketika itu Herod Antipas. Suatu ketika, Herod Antipas bermimpi bahawa sudah lahir seorang bayi yang akan menggugat sekaligus membunuhnya. Hal ini ditakuti Herod Antipas dan dengan segera dia menyuruh semua bayi yang berumur 2 tahun dan ke bawah dibunuh! Hal ini telah menyebabkan Nabi Yusuf dan Siti Maryam serta Nabi Isa a.s. melarikan diri ke Mesir dan menetap di sana seketika. Setelah kematian Herod Antipas barulah Nabi Isa a.s. yang sudah dewasa kembali ke Palestin iaitu di bandar Nazareth. (Sebab itu orang Kristian memanggil Nabi Isa a.s. = Jesus of Nazareth)

Bilik bekerja St Jerome menterjemah Injil (Bible)

Di dalam gua ini seperti yang dinyatakan tadi terdapat beberapa buah kompartmen (ala ala bilik). Salah satu bilik gua inilah ditanam semua bayi-bayi bawah 2 tahun yang dibunuh oleh Herod Antipas ketika zaman2 kelahiran Nabi Isa a.s. Satu lagi bilik dipercayai tempat di mana St Jerome merupakan orang pertama yang menterjemahkan kitab Injil daripada bahasa asal bahasa Aramik / Yunani kepada bahasa Latin yang sepertimana terdapat dalam kitab Injil (Bible) hari ini. Ada sebuah lagi bilik kecil di gua ini yang menempatkan kubur St Jerome dan seorang pembantu penterjemahan beliau. Dengan berakhirnya penerangan Mr Walid mengenai tempat-tempat bersejarah di kawasan persekitaran Church of Nativity ini, berakhirnya kisah lawatan kami di bandar Bethlehm ini.

Kubur St Jerome di Bethlehm

Sesungguhnya di sekitar Palestin ini, banyak terdapat peninggalan Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. merupakan seorang Nabi yang masih hidup lagi sehingga ke hari ini menurut kepercayaan orang Islam. Kelahiran Baginda sendiri merupakan sebuah keajaiban di mana Baginda dilahirkan tanpa bapa sementara ibunya Siti Maryam adalah seorang anak dara yang suci dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki sekalipun! Kelahiran Baginda dengan keupayaan boleh berkata-kata adalah satu lagi mukjizat Baginda yang dikurniakan Allah dalam membela ibunya yang dimaki, dihina, dituduh, difitnah bermacam-macam pada ketika itu.

Meet my 3 new Kittens!



Terkejut saya pulang dari Palestin ari tu... 3-3 ekor anak kucing ni dah jadi Gemok! HAHAHAHA.. terus rasa x jadi nak kasi kat orang. (Sebelum ni abah nak kasi anak kucing ni kat kawan2 dia..) Sorry kawan Abah!

Sesape yang nak mengKenen2kan kucing2 nya dengan yg kecil2 ni.. silalah memkasitau yeaa~ :-D

Friday, September 16, 2011

Palestin Part 7 - Kubur 3 Nabi dan Pasangan masing-masing, HEBRON


Sebelum menaiki tangga ke Masjid Khalil

Destinasi seterusnya. Hari kedua di bumi Palestin kami memulakan perjalanan seawal jam 9.00 pagi menuju Hebron, bandar yang terletak di bahagian selatan Tebing Barat dan berada lebih kurang 30km daripada Baitul Maqdis. Hebron merupakan bandar terbesar di Tebing Barat dengan berpopulasi lebih kurang 166,000 orang Palestin dan sekitar 500 orang pelarian Yahudi. Bandar Hebron merupakan bandar kedua tersuci bagi orang Yahudi dan merupakan salah satu daripada empat bandar tersuci buat orang Islam. Bandar Hebron terkenal dengan pasaran kaca dan seramiknya. Ia merupakan pusat pengeluaran dan penghasilan barang-barang seperti tembikar, pasu, perhiasan dan lain-lain yang berkenaan dengan kaca dan seramik.

Walaupun bandar Hebron ini berada di bawah kelolaan kerajaan Palestin, kawasan yang akan kami pergi ini dikawal oleh askar-askar Yahudi. Tempat suci ini dan kawasan persekitarannya mempunyai undang-undang yang berbeza sedikit daripada kawasan-kawasan lain di bandar Hebron. Di kawasan ini (dikenali sebagai H2), kenderaan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali untuk beroperasi di atas jalan rayanya. Hasil daripada tindakan kejam ini, kawasan yang dahulunya dipenuhi kedai-kedai orang Islam yang pesat beroperasi kini menjadi seperti sebuah bandar lama yang berhantu dan ditinggalkan. Kedai-kedai ini telah dikosongkan sejak tahun 1994 kerana tidak dapat beroperasi akibat sekatan oleh rejim Zionis ke atas kenderaan-kenderaan orang Islam. Kenderaan-kenderaan ini penting dalam memudahkan aktiviti logistik setiap perniagaan mengangkut dan menghantar barang jualan ke kedai atau kepada pelanggan. Sedih seketika kami menghayati cerita yang disampaikan oleh Mr Walid.

Nak masuk masjid pon kena X-Ray macam kat Airport

Sampai di destinasi, askar-askar yahudi berkelengkapan canggih berada di mana-mana sahaja. Salah seorang bertanya kepada kami berasal daripada mana (tanpa mimik muka yang mesra). Nasib baik Mr Walid ada menerangkan kepada mereka segala jawapan buat soalan-soalan yang ditanyakan.

Masjid Khalil

Dari jauh kami melihat sebuah masjid yang agak besar berada di puncak sebuah bukit. Inilah yang dinamakan Masjid Khalil Ar-Rahman. Masjid ini merupakan salah satu Masjid yang penting kerana ia menempatkan Maqam bagi 3 orang Rasul beserta isteri masing-masing. Nabi Ibrahim a.s. dan isteri baginda, Siti Sarah, Nabi Ishaq a.s. dan isteri Rifqah juga Nabi Ya'qub a.s dan isteri Le'ah keenam-enam mereka disemadikan di bawah Masjid Khalil ini. Tidak sabar rasanya ingin menziarahi ketiga Maqam Nabi-nabi penting dalam Islam ini rasanya. Sebelum memasuki Masjid, kami dikehendaki menjalani proses pemeriksaan X-Ray di checkpoint yang disediakan di pintu masuk masjid.

Gambar Maqam Ibrahim Dari Luar (Atas) dan di Dalamnya (Bawah)

Sedikit sejarah mengenai ketiga-tiga Nabi ini. Seperti yang kita tahu, Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang isteri iaitu Siti Sarah (isteri pertama) dan Siti Hajar (isteri kedua, merupakan pembantu Siti Sarah asalnya). Siti Sarah membenarkan Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Sajar kerana ketika itu Siti Sarah mandul. Hasil perkahwinan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar, mereka dikurniakan Nabi Ismail a.s. dan hal ini mewujudkan perasaan cemburu kepada Siti Sarah. Akibat perselisihan faham antara mereka, Nabi Ibrahim akur dengan kehendak Siti Sarah menghantar Siti Hajar dan Nabi Ismail ke kota Faran (Kini Mekah). Diriwayatkan setelah beberapa lama, akhirnya dengan izin Allah, pasangan Nabi Ibrahim dan Siti Sarah dikurniakan juga seorang anak bernama Nabi Ishaq a.s. Dan daripada keturunan Siti Sarah inilah semua Nabi yang diutus adalah dari keturunan Bani Israel manakala daripada Siti Hajar ialah berketurunan Arab.

Maqam Rifqah (Yg ada mamat Tengok) dan Maqam Nabi Ishaq (Sebelah Kanan Jauh)

Kejadian yang sama terjadi kepada Nabi Ishaq a.s di mana beliau dan isteri, Rifqah memperolehi cahaya mata ketika berusia 90 tahun iaitu Nabi Ya'kub. Nabi Ya'kub pula sangat terkenal di kalangan penganut Yahudi kerana daripada hasil perkahwinan Nabi Ya'kub a.s. dan isterinya Laiya lah wujudnya 12 suku kaum utama puak Yahudi yang dapat kita lihat sampai ke hari ini. Kesemua 12 suku kaum ini berasal daripada 12 orang anak lelaki Nabi Ya'kub. Ringkasan dan senarai anak-anak Nabi Ya'kub ini boleh dilihat di bawah :
  • Ruben(anak sulong Nabi Ya'qub)(juga disebut RU’BEM,REUVEN dan RAOBIN dalam beberapa versi Kristian Bible).
  • Simon (atau SYAHMUN dalam kebanyakan frasa sebutan bahasa Aram, Ibrani dan Arab).(Mempunyai anak lelaki yang bernama Thalut @ Saul, dimana kisah Thalut ada disebutkan dalam Al-Quran).
  • Levi 1 @ Lewi 1 bapa kepada Matthat(keturunan nenek moyang Nabi Isa).
  • Yahudza (bapa kepada Bares)(keturunan nenek moyang Nabi Daud,Nabi Sulaiman dan kebawah).Perkataan Yahudi juga diambil daripada namanya.
  • Dan
  • Natthali (Naftalv)
  • Gad (Yad)
  • Asyer (Asvir)
  • Isakhar (Yassakir)
  • Zebulon (Zabanun)
  • YUSUF (Nabi Yusuf a.s.)
  • Bunyamen @ Benjamen (merupakan moyang kepada Nabi Yunus a.s.)

Salasilah 25 Rasul boleh didapati DI SINI untuk mendapat gambaran bagaimana berkembangnya Rasul-Rasul Islam dan dari mana asal-usul setiap seorang.

Askar Yahudi masuk Masjid Pakai Kasut tapi ada Karpet Plastik Cover tak Kotor

Di bawah Masjid Khalil ini terdapat sebuah gua. Gua ini yang dikenali oleh orang-orang Yahudi dan Kristian sebagai "Cave of Patriarchs" kerana di dalam gua inilah bersemadinya keenam-enam tokoh penting dalam sejarah Islam ini. Gua yang terletak 15 meter di bawah tapak Masjid ini sudah ditutup dan disimen dari atas bagi mengelakkan jenazah setiap seorang ini digali atau diapa2kan atau dicuri, dsb. Masjid Khalil ini terpecah kepada 2 bahagian iaitu bahagian Yahudi dan bahagian Islam. Di bahagian Islam, terdapat Maqam Nabi Ishaq dan isterinya Rifqah sementara di bahagian Yahudi pula, terdapat maqam Nabi Ya'kub dan isteriya Laiya. (Orang Islam tidak dibenarkan melawat / masuk ke kawasan maqam Nabi Ya'kub) Di tengah-tengah 2-2 bahagian ini menempatkan Maqam Nabi Ibrahim a.s dan Siti Sarah (boleh dilihat dan dilawat oleh 2-2 Yahudi dan Islam).

Mimbar Salahuddin Ayubi

Di dalam Masjid ini terdapat sebuah lagi Mimbar Salahuddin Ayubi seperti mana yang terdapat di Masjidil Aqsa cuma yang ada di Hebron ini adalah yang asli berasal dari kurun ke-11 ketia zaman pemerintahan Ayubi. Walaupun tua dimamah usia, ternyata struktur Mimbar ini masih kukuh dan masih digunakan sehingga ke hari ini untuk urusan khutbah hari Jumaat, dan lain-lain.
Lubang tembus ke bawah gua menempatkan Kubur

Di dalam Masjid ini juga terdapat sebuah tiang yang mempunyai lubang-lubang kecil tembus ke bawah masjid di mana kita boleh nampak lampu-lampu yang digunakan untuk menerangi kawasan kubur para Anbiya' ini. Cahaya yang menerangi kawasan gua yang menempatkan kubur keenam enam orang penting ini dapat dilihat 15 meter di atasnya dan seketika kami semua merasakan mereka berenam berada sangat dekat dengan kami. Jemaah tidak melepaskan peluang menunaikan solat 2 rakaat dan menyedekahkan Al-Fatihah buat insan-insan istimewa yang banyak berbakti dalam menyampaikan dan menyebarkan agama Allah S.W.T ini.

Cerita Menarik Mr Walid.

Selesai menunaikan solat dan bersolat 2 rakaat, kami duduk mengelilingi Mr Walid. Mr Walid menyampaikan sebuah cerita yang sungguh menarik dan sangat mengNeharukan (ada ke perkataan ni?? haha) kami semua. Di suatu zaman setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, di negara Mesir ada seorang Raja nya memanggil ketiga-tiga pemimpin agama Samawi yang ada ketika itu (Islam, Kristian, Juda) mengadap baginda. Baginda dikatakan sudah mula tertaerik untuk menganut agama cuma tidak diberikan petunjuk untuk menganut agama Samawi yang mana satu.

Baginda Raja memulakan diskusi dengan bertanya kepada ketua Agama Yahudi. "Wahai Yahudi, apakah keistimewaan agama kamu?"

Maka jawablah si Yahudi : "Agama kami adalah agama yang sebenar. Agama yang dibawakan oleh Nabi Musa a.s. Kami dikurniakan kitab Taurat. Kitab yang diturunkan Allah kepada nabi Musa. Hanya kami (Yahudi) sahaja yang dijanjikan Allah untuk masuk ke syurga. tiada agama lain yang akan berpeluang untuk masuk ke Syurga. Maka tuanku, terimalah agama yang sebenar benar ini."

Baginda Raja meneruskan diskusi dengan bertanya kepada ketua Agama Kristian. "Wahai Kristian, apakah keistimewaan agama kamu pula?"

Maka jawablah si Kristian : "Agama kami adalah agama yang sebenar. Agama kami dibawakan oleh tuhan sendiri iaitu Jesus (Nabi Isa a.s.) berpandukan kitab Injil dan kamilah yang dijanjikan untuk masuk ke dalam Syurga, bukannya Islam malah Yahudi."

Baginda Raja meneruskan diskusi dengan bertanya kepada ketua Agama Islam. "Wahai Islam, apakah keistimewaan agama kamu pula?"

Dengan tenang, si Islam menjawab : "Kalau agama kau (menunjuk kepada si Yahudi) masuk syurga, kami akan masuk syurga juga, kalau agama kau (menunjuk kepada kristian) masuk syurga, kami akan masuk syurga juga. Tetapi kalau agama Kami yang masuk syurga, agama kau (Yahudi) dan kau (Kristian) tidak akan berpeluang masuk Syurga. Ini kerana, Kami (Islam) percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W, Nabi Musa dan juga Nabi Isa. Kami percaya kepada Taurat dan Injil. Tetapi, Yahudi dan Kristian tidak percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W dan juga Al-Quran Kareem."

Diriwayatkan selepas itu, Raja Mesir itu memeluk Islam.

Bekas tapak kaki Nabi Muhammad S.A.W.

Di sisi Maqam Nabi Ibrahim a.s terdapat sebuah bekas lagi yang dipercayai menyimpan bekas tapak kaki Nabi Muhammad S.A.W. Menurut Mr Walid, ketika perjalanan Baginda dari Masjidil Makkah ke Masjidil Aqsa dalam perjalanan Israk Baginda, Baginda berhenti sebentar di Kawasan ini menziarahi maqam-maqam orang beriman yang terdapat di sini sebelum meneruskan perjalanan menuju Baitul Maqdis. Namun begitu, tidak ada bukti yang kuat mengenai kehadiran Nabi Muhammad ke sini. Wallahualam.

Kami menghabiskan masa lawatan yang ada dengan melawat sekitar dalam Masjid sambil cuba menghayati zaman dan kesusahan setiap nabi ini ketika mereka berjuang menyebarkan agama Allah kepada kaum masing-masing yang degil. Menghayati betapa besar pengorbanan masing-masing apabila terkenangkan bentuk-bentuk tentangan yang diterima. Sebagai seorang Muslim, salah satu daripada Rukun Iman ialah percaya kepada Rasul. Terdapat 25 orang Rasul yang wajib dipercayai / diImani oleh setiap Muslim. Keraguan atau ketidakpercayaan kepada walau seorang pun daripada 25 ini bakal merosakkan keimanan kita. Cubalah ambil sedikit masa mengkaji kisah setiap seorang dan hayati perjuangan mereka mudah-mudahan kita akan mendapat keberkatanNya di hari kelak. Wallahualam.