Friday, September 09, 2011

Palestin Part 4 - Old Aqsa

Bergambar kenangan di hadapan Masjid Dome Of The Rock

Kami tiba di perkarangan Masjid Al-Aqsa tepat jam 3.45pm dan memang kebetulan rezeki kami, pintu Old Aqsa masih terbuka. Kami difahamkan ianya akan tutup jam 4.00pm. Alhamdulillah. Sebelum itu, kedatangan kami di Masjidil Aqsa disambut dengan ketibaan satu jenazah orang Islam yang diusung beramai-ramai dari pintu sebelah Timur. Perasaan sebak sedikit menyelubungi hati kami memikirkan apakah sebab kematian si Pulan. Adakah dibunuh Yahudi? atau kesakitan? Wallahualam.

Tempat mengambil wudhu' Bulat

Di hadapan pintu Masjidil Aqsa ada satu tempat mengambil Wudhu' berbentuk bulat terletak di perkarangan jalan antara Masjidil Aqsa dan Masjid Kubah Emas (Dome Of The Rock). Lebih kurang 10meter daripada tempat Wudhu' ini ada satu tangga kecil menuju ke bawah Masjidil Aqsa.

(AWAS : APA YANG AKAN DITULIS SELEPAS INI TIDAK BOLEH DIJUMPAI DENGAN MUDAH DI MANA2 SUMBER. KETEPATAN MUNGKIN DIRAGUI. TETAPI INILAH APA YANG DICERITAKAN OLEH MR WALID. WALLAHUALAM)

Pintu utama Masjid Al Aqsa. Di sebelah kiri bawah gambar kita dapat lihat tangga kecil menuju struktur Aqsa bawah tanah.

Tanpa sebarang hints atau clue, kami turun menggunakan anak tangga2 kecil ini ke dalam sebuah dewan sembahyang agak besar. Dewan ini dilengkapi karpet2 berbentuk sejadah mengikut saf bewarna merah yang agak cantik dan menyelesakan. Kami hanya mengikut terus Mr Walid memasuki lebih dalam kawasan dewan sembahyang ini. Apabila ditanya, Mr Walid hanya memberitahu "This is Old Aqsa" and dia terus fokus membawa kami ke destinasi yang lebih dalam. Berasa agak takut juga memasuki sebuah bangunan di bawah tanah tanpa Cermin atau tingkap, ala2 Bunker kematian Hitler dah. Kiri Kanan Atas bawah semua batu. Kami tiba di satu tempat yang agak dalam daripada pintu utama tadi. Dan di sini Mr Walid memulakan penerangannya.

Dinding Struktur bawah tanah dipercayai berasal dari zaman Nabi Sulaiman a.s.

Rupa-rupanya bangunan yang kami sedang berada di dalamnya ini ialah yang dipanggil 'Old Aqsa'. Kami difahamkan bangunan inilah (yang di bawah tanah ini) yang dipercayai Masjidil Aqsa yang asli (Original). Bangunan inilah yang ada ketika zaman Rasulullah S.A.W. tiba untuk naik Mikraj ke langit. Ia merupakan sebuah struktur berbentuk empat segi tepat memanjang yang diperbuat daripada blok batu bata yang sangat besar dan BERAT! Bangunan lama ini dipercayai sudah ada ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. lagi! Iaitu pada zaman lebih kurang 1000 Sebelum Masihi! Ada juga riwayat yang mengatakan struktur ini sudah ada sejak daripada zaman Nabi Nuh a.s. lagi!! Tapi apa yang kita tahu, sebagai Umat Islam ialah, inilah struktur bangunan yang diceritakan di dalam Al-Quran sebagai Qiblat pertama orang Islam sebelum ianya ditukarkan kepada Kaabah di Masjidil Haram ketika zaman Rasulullah S.A.W.

Arches dan tiang2 yang dipercayai dibina pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah


Struktur bangunan ini berdindingkan Batu Batan besar dan silingnya mempunyai bentuk arches2 seperti kebanyakan masjid yang lain. Mr Walid menerangkan dinding Batu Besar adalah berasal daripada Zaman Nabi Sulaiman a.s. ketika Baginda membinanya dengan bantuan Jin jin. Manakala arches2 dan tiang2 yang ada di dalamnya adalah berasal daripada zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Mengikut sejarah, pada tahun 691 Masihi, Khalifah Bani Umaiyah ketika itu iaitu Abd Malik Ibn Marwan telah menutup bumbung Struktur bangunan ini dan membina sebuah lagi Masjid di atasnya (Masjidil Aqsa sekarang ini yang kita nampak dari atas). Bangunan Masjid baru ini siap dibina ketika zaman pemerintahan anaknya iaitu Al Walid Ibn Abd Malik Ibn Marwan pada tahun 715 Masihi. Sebab itu Kerajaan Bani Umaiyah membina tiang2 di bawah Masjid Aqsa baru bagi menampung beban Masjid Baru di atasnya.

Lubang melihat aktiviti bilik simpanan Zaitun di bawah. (ada underground tunnels)

Di dalam struktur bawah tanah ini juga terdapat satu bilik. Di dalam bilik ini terdapat seolah-olah jaringan di lantai yang membolehkan kita untuk melihat apa yang ada di bawah. Di bawah struktur Al Aqsa bawah tanah ini terdapat bilik2 seperti tunnel bawah tanah yang agak besar. Bilik-bilik ini dipercayai sudah wujud di situ sejak tahun 1300 Masihi dan menurut kajian ahli sejarah bilik2 ini berfungsi untuk menyimpan Minyak Zaitun. Pada zaman itu Minyak Zaitun digunakan sebagai sumber cahaya kepada Masjid Al-Aqsa. Ini adalah kerana pada zaman sekitar 1300 Masihi masih belum ada sumber tenaga elektrik, jadi mereka bergantung kepada sumber Minyak Zaitun untuk menghidupkan Api. Hal ini diceritakan Allah dalam Al-Quran :


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Surah An-Nur(24) : ayat 35)

Bilik tunnel simpanan Zaitun di bawah Struktur bawah tanah Aqsa. Dari lantai bilik inilah orang2 Yahudi akan muncul daripada aktiviti korekan bawah tanah lalu disimbah Simen oleh orang2 Islam

Dalam ayat ini ada diceritakan mengenai kehebatan Minyak Zaitun dalam membekalkan cahaya dan ini dipraktikkan Kerajaan Islam ketika itu.
Ilustrasi karikatur menunjukkan orang Yahudi sedang menggali lubang di bawah Al-Aqsa

Mr Walid meneruskan ceritanya. Orang2 Yahudi sekarang sedang sedaya upaya menggali korek lubang dari bawah Masjidil Aqsa sebagai usaha dalam mencari bukti bahawa bangunan struktur bawah tanah inilah yang dikatakan 'Solomon's Temple'. Mereka berusaha sedaya upaya menggali dari bawah Struktur untuk mencari apa sahaja bukti peninggalan yang boleh meyakinkan orang ramai bahawa struktur inilah Kuil Sulaiman yang dicari selama ini! Tetapi setakat ini, apa yang ditemui hanyalah kekecewaan, tiada langsung bukti yang menunjukkan itu merupakan sebuah kuil Yahudi. Apa yang ditemui hanyalah bukti2 dari zaman Umaiyah, Abbasiyah, Ayyubi, dan lain-lain. Mr Walid juga menerangkan sudah beberapa kali Yahudi berjaya menggali dan berjaya membuat lubang untuk menembusi lantai bilik simpanan Zaitun, tetapi Orang Islam yang menjaga Masjid ini dengan lantas menyimbah simen ke dalam lubang itu supaya ianya kembali tertutup.

Bacaan doa oleh penjaga Masjid

Ketika itu, saya merasakan betapa bersyukurnya dapat berada di tempat Suci ini. Menurut Mr Walid, di mana tempat sebenar Rasulullah S.A.W. berdiri/sembahyang/berdoa ketika itu, wallahualam, tetapi apa yang pasti, Rasulullah pernah berada di sini, keseluruhan kawasan Masjidil Aqsa adalah suci dan untuk berada di dalam struktur ini, yang dipercayai peninggalan daripada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s. adalah satu rezeki yang tidak dapat diceritakan dengan kata2 atau gambaran. Kesemua jemaah tidak melepaskan peluang bersolat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat di kawasan ini sebelum penjaga Masjid mengetuai pembacaan doa untuk keamanan dan kemakmuran Islam di Palestin. Struktur ini jugalah yang dipercayai sesetengah riwayat bahawa ianya ialah Solomon's Temple yang dimaksudkan orang Yahudi selama ini! Mereka harus menggali lubang untuk sampai ke dalamnya kerana orang2 bukan Islam tidak dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke kawasan Masjidil Aqsa ini langsung! Wallahualam.

Nantikan Part 5. Sambungan pengembaraan sekitar Masjidil Aqsa.

No comments: