Bergambar kenangan di Lobi Hotel National, Jerusalem
Jerusalem. 1300 hari Ahad 4 September 2011. Alhamdulillah dengan izinNya kami sekumpulan berjaya melepasi checkpoint Israel dan berjaya sampai ke kota Baitul Maqdis yang penuh dengan 1001 sejarah pembangunan Islam suatu ketika dahulu. Malah bukan sahaja Islam, ianya menjadi kota tumpuan dan juga rebutan 2 lagi agama Samawi lain iaitu Yahudi dan juga Nasrani. Orang-orang Yahudi mempercayai bahawa kota Baitul Maqdis menyimpan khazanah2 sejarah Nabi Junjungan mereka iaitu Nabi Daud a.s manakala bagi agama Nasrani pula, Baitul Maqdis dan persekitarannya merupakan kota suci yang menyaksikan perjalanan hidup Nabi Isa a.s. atau tuhan mereka Jesus.
Sehingga ke hari ini keadaan tegang antara ketiga-tiga agama ini masih lagi boleh dilihat walaupun dalam keadaan yang minimal. Apa yang pasti di sini, melalui penyelidikan dan pemantauan kami, kami jarang melihat orang Nasrani berteguran dengan orang Yahudi tetapi orang Islam bertegur sapa sahaja sesama kedua dua agama yang lain tadi.
Bergambar dengan salah satu Dinding tembok Kota Baitul Maqdis
Setibanya di Jerusalem, kami dilihatkan kepada Tembok Besar yang mengelilingi Baitul Maqdis Lama (Old City) tersergam indah di tengah2 kesibukan kotaraya Baitul Maqdis. Bas kami terus memasuki simpang ke Jalan Salahuddin Al-Ayubbi menuju ke satu Restoran untuk mengisi perut makanan tengahari. Mr Walid telah membawa kami ke Restoran bernama Al-Hambra Palace. Makanan di sini sedap2 belaka cuma satu je kekurangan.... makanan mereka kering-kering, tidak bersos macam di Malaysia dan x pedas pedas.. tapi bersyukur ajelah.
Lipton Hebrew HAHA!
Sambil menjamu makanan, kami melihat persekitaran Baitul Maqdis dan memang dapat saya rasakan bandar ini aman dan makmur walaupun askar-askar Yahudi berkeliaran di mana mana sahaja bersama senjata-senjata canggih mereka. Saya seolah olah dapat merasakan aura keberkatan Tanah haram Baitul Maqdis ini. Orang-orang di sini juga semuanya berpakaian moden, berwajah ceria apabila melihat kami sekumpulan duduk makan di restoran ini mungkin kerana mereka gembira berjumpa saudara seIslam daripada benua yang lain.
Satu kelebihan yang ada pada orang ARAB di Palestin ialah mereka boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ia memudahkan perjalanan kehidupan kami di bumi Baitul Maqdis ini. Kami merasa sangat susah untuk berkomunikasi dengan orang-orang Arab di Arab Saudi 2 minggu sebelum ini ketika mengerjakan Umrah kerana majoriti mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, di Palestin ini kami betul-betul rasa seperti berada di suatu bumi Islam yang Ajaib. Seolah-olah berasa di RUMAH! :-) Orang-orangnya juga ramah. Di sini, sesama Islam, apabila bertembung, pasti akan melafazkan ucapan salam. Mereka akan sangat gembira apabila kita melafazkan Salam kepada mereka. Tidak jauh beza ucapan Salam untuk orang Islam dan orang Yahudi yang berbahasa Hebrew.
Islam (Bahasa Arab) - Assalamualaikum
Yahudi (Bahasa Hebrew) - Shalom Aleykem
Jadi tidak akan rasa serba salah untuk ucapkan salam kepada orang bukan Islam kerana memang bunyinya agak sama.
Habis makan, kami dihantar ke Hotel National yang berada di hujung Salahuddin Street untuk menurunkan barang2 dan meletakkannya di Hotel serta berehat 30 minit. Jam 3.15pm kami diminta untuk berhimpun di Lobi bagi memulakan perjalan masuk ke kota Baitul Maqdis yang menempatkan Old City. Sepanjang perjalanan ini, terdapat kedai-kedai di sebelah kiri dan kanan jalan. Banyak kedai-kedai pakaian, makanan, kedai buku dan kedai runcit yang memudahkan urusan seharian penduduk-penduduk di sini. Mr Walid memberitahu kami di kasawan ini majoriti besar penduduknya ialah Islam.
Peta bergambar Kota (Old City) Jerusalem (Baitul Maqdis)
Kami datang dari Utara memasuki kota Baitul Maqdis dari pintu Herrod's Gate. Kami difahamkan bangunan tembok inilah yang dimaksudkan dalam cerita movie Kingdom Of Heavens. Dalam filem itu, Balian son of Godfrey cuba bermati2an mempertahankan kota Jerusalem daripada diambil oleh pejuang Islam iaitu Salahuddin Al-Ayubi yang datang dari Utara (sama seperti kami yg dtg dari Utara) haha. And saya terfikir mungkin sebab itulah kenapa jalan ini dinamakan Salahuddin Street sempena memperingati kehebatan tokoh Islam itu. Seperti yang kami jangkakan, di Herrod's Gate ini terdapat 2 Askar Yahudi yang mengawal laluan keluar masuk orang ramai ke dalam Kota Baitul Maqdis ini. Lengkap bersenjata dan berwajah bengis. Itulah perwatakan Yahudi Ekstrimis sepertimana terang Mr Walid.
Berjalan di dalam Kota Lama Baitul Maqdis
Memasuki kota Baitul Maqdis, memang seolah-olah menghidupkan kembali suasana zaman Medieval suatu ketika dahulu. Saya boleh rasakan seolah-olah berada di zaman-zaman pemerintahan Salahuddin Ayubbi dahulukala. Bangunan dan strukturnya masih kukuh walaupun mengekalkan rekabentuk asal daripada zaman itu. Kami seolah-olah hidup sama-sama di dalam kota lama ini. DI dalam kota lama ini, orang2 Islam Palestin mempunyai rumah masing2. Kita boleh melihat anak-anak kecil bermain bola di jalan2, orang2 tua minum teh bersantai2an.. menghisap Nargileh (Shisha) dan macam2 lagi. Memang seperti kehidupan seharian orang orang lain yang biasa. Hati bertambah gembira apabila setiap kali melalui orang2 di sana, pasti akan ada pertukaran ucapan salam. :-) Alangkah indahnya jika dapat dipraktikkan di bumi sendiri Malaysia. Orang2 Malaysia sudah mula tidak kenal ucapan salam, yang mereka tahu hanyalah 'Yo' 'Wassap' 'Hyeeee (nada popuan muda gedik2 jerit panjang2)' 'Hello' dan lain lain. Membosankan!
Perjalanan di dalam kota diteruskan adalah dalam 10 minit kemudian kami terlihat dari jauh Kubah Emas Dome Of The Rock seolah-olah memanggil kami untuk berjalan dengan lebih cepat ke arahnya. Kami pon mempercepatkan langkah menuruni anak2 tangga, berlari anak di atas lantai yang seolah2 batu batan yang disusun daripada zaman beribu tahun dahulu. Silap langkah boleh tersadung jugak. HAHA. Perjalanan diteruskan (straight, belok kiri... turun bukit sket..., belok kanan.. jalan depan sikit) Maka kami pun sampai di satu lagi pintu kawalan yang kali ni dijaga oleh Polis Islam Palestin. Selepas point kawalan ini, kita akan dapat lihat Masjid Dome Of The Rock.
Di pos kawalan ini, mereka hanya memeriksa untuk kepastian bahawa kita adalah Muslim atau tidak. Menurut Mr Walid, kawasan Haram As-Shariff ini hanyalah untuk orang Muslim sahaja. Orang bukan Muslim tidak dibenarkan untuk masuk atau melangkahkan kaki mereka ke tanah Haram ini. Polis2 Islam Palestin cukup sempoi, bersenjata kecil dan sentiasa ramah. Alhamdulillah kami berjaya mepelasi.
Polis Palestin bertanya : R U Muslim?
Kami : Alhamdulillah
Polis Palestin : Alhamdulillah (Sambil tangan kanan letak kat dada and senyum) Sila masuk sila masuk~ (Tokok Tambah sket)
Anak2 kecil Palestin bermain bola sepak di Dataran Dome Of The Rock
Masuk masuk sahaja, kami semua terpegun dengan keindahan senibina Dome Of The Rock. Ketibaan kami disambut oleh satu dataran luas yang menempatkan pokok2 anggur (Bagaimana kami tau tu anggur? Mr Walid dah awal2 dtg kat pokok tu... dia cakap "Lihat. Anggur!" hahaha) Kami meneruskan perjalanan di atas dataran ini menuju Masjid Dome of The Rock dan terus lagi menuju Masjid Al-Aqsa. Hati ini berkobar-kobar tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke dalam 2-2 masjid suci ini. Di atas dataran Masjid Dome Of The Rock ini kami sempat bermain bola sepak dengan sekumpulan kanak2 yang ada di situ. Tidak ketinggalan juga Ustaz Jazlan mempamerkan aksi gelecek bolanya yang sungguh mencuit hati. (Semua boleh dilihat melalui Video2 yang akan diedit nanti)
Mr Walid bercerita mengenai Anggur
Bersambung.... (Stay tune untuk part 4 berkenaan Masjidil Aqsa)
No comments:
Post a Comment