Wednesday, September 07, 2011

Palestin Part 1 - Imigresen


Pintu pagar pertama untuk memasuki bangunan imigresen Israel

Jam 0700 pagi kami bersarapan di Hotel Arena, Amman Jordan sementara menanti pemandu pelancong kami sampai. Makanan sarapan disediakan secara percuma oleh pihak hotel. Menjamu makanan arab sudah menjadi perkara biasa bagi kami setelah hampir 2 minggu berada di bumi Arab Saudi.

Tepat jam 0730 (4 September 2011) bas 'Sahara' bersama pemandu pelancong kami tiba. Kami memulakan perjalanan menuju sempadan Jordan-Palestin. Perjalanan mengambil masa sejam namun perjalanan kami bukannya satu perjalanan yang membosankan kerana kami dihidangkan pemandangan Lembah Jordan yang cantik dan mengasyikkan.

Jam 0830 kami tiba di kastam negara Jordan. Aktiviti kastam dilakukan selain proses membeli belah coklat di kedai 'duty free shop' dilakukan oleh pihak-pihak ibu. Proses di Jordan sangatlah senang memakan masa hanya 20 minits. Selesai di kastam Jordan, kami memasuki satu kawasan padang pasir yang luar dipanggil 'no man's land' oleh Ustaz Muhamad.

King Husein's Bridge

Setelah menyeberangi King Hussein's Bridge, kami dapat lihat bangunan kastam negara Israel berada di sebelah kanan kami. Bagaimana kami tahu it bangunan imigresen Israel?? Sebab ada bendera Israel berkibaran di tiang bendera mereka. -___-
Jam 0900 kami mula ber'imigresen' di Israel punya bangunan kastam. Kami diberitahu Ustaz Muhamad, melalui pengalaman, proses di sini boleh memakan masa sehingga 5 jam!!!! Kami melalui satu persat prosesnya dengan sabar bercampur marah. Ketibaan kami disambut oleh budak2 muda Yahudi yang lengkap bersenjata M-16 dan bermuka konon2 bengis. Tertimbul perasaan taku juga seketika, tetapi lama kelamaan menjadi okey.

Proses pertama ialah kita akan dilabel dari no.1 hingga no.4.(ada sticker kecil ditampal oleh pegawai dan dia akan melabel kita di atas kertas itu) saya difahamkan, label ini adalah bergantj g kepada tahap kebahayaan kita dari pandangan orang Yahudi. Majoriti kumpulan kami semuanya mendapat no.3 bermakna tahap bahaya kami adalah no.3 daripada 4. In mungkin kerana di passport masing2 ada terlekat Visa kerajaan Arab Saudi, mungkin dilabel merbahaya.

Setelah proses pertama ini, kita akan melalui proses pemeriksaan Passport dan pengX-ray-an bagasi. Di sini nombor2 kebahayaan tadi diperiksa. Yang mana yang bernombor 4 akan ditanya dengan lebih terperinci secara individu. Pemeriksaan beg berjalan dengan lancar kesemuanya. Alhamdulillah.

Cop Imigresen Israel

Proses ketiga ialah pemeriksaan imigresen sebenar. Di sini, mengikut nasib, mereka akan memreriksa visa kita. Pelbagai soalan diacukan. Ada yang ditanya nama atuk mereka, moyang, nombor phone, dan lain lain untuk pengesahan. Bagaimana mereka mendapat data-data ini?? Saya difahamkan ketika mereka memproses visa untuk kami, mereka sudah mula mencari maklumat database setiap seorang. Di sini, seorang jemaah, Ustaz Jazlan tersangkut selama lebih kurang 2 jam. Masalah mungkin ada kena mengena dengan nama 'Jazlan' kalau tidak silap.

Proses keempat pula ialah pengesahan 'bahawa passport kita sudah dicop oleh imigresen sebenar' tadi. Proses ni adalah ygpaling saya x paham apa motifnya. Hmph! Ikut ajelah.. Dan setelah itu proses terakhir mengikut nasib. Proses pemeriksaan kastam adalah hanya untk mereka2 yang terpilih untuk membuka bagasi mereka.

Bersambung di Part 2...

1 comment:

Unknown said...

bestnye dapat pegi israel