Dari Masjidil Aqsa, kami bergerak menuju ke Utara menaiki tangga untuk memasuki masjid berbentuk Oktagon yang tidak dinafikan kepopularannya di Internet, TV dan media massa. Bangunan berkubah emas inilah yang dipanggil 'Dome Of The Rock' atau sesetengah memanggil 'Kubbah Sakhra'. Di sini sekali lagi saya ingin menekankan kepada sesetengah umat Islam di luar sana yang masih keliru dengan menganggap masjid kubah emas ini ialah Masjidil Aqsa. Sekali lagi ditekankan, Masjid Dome Of The Rock ini BUKANlah Masjidil Aqsa yang saya maksudkan dalam beberapa bahagian sebelum ini.
Inilah yang dipercayai bekas tapak kaki Nabi Muhammad S.A.W.
Masjid Dome Of The Rock ini mempunyai 4 pintu masuk utama. Tapi pada ketika kami melawat ini, hanya pintu yang di sebelah Barat sahaja yang dibuka. Pertama kali melangkah masuk ke Masjid yang mempunyai Batu Tergantung, pastinya berdebar2 perasaan ini. Masjid Dome Of The Rock ini berbentuk Oktagon yang Simetri daripada keempat2 arah utama. Yang dikatakan Batu Tergantung itu berada di tengah2 bangunan Masjid dan dilindungi oleh pagar kaca yang tinggi bagi mengelakkan orang ramai yang datang melawat daripada memasuki kawasan batu itu, memijak, mentembah atau sebagainya. Di sisi batu itu terdapat sebuah tiang yang mempunyai bekas di dalamnya. Di dalam bekas itu dipercayai terdapat bekas tapak kaki Nabi Muhammad S.A.W. yang dipotong daripada sebuah batu ketika Baginda hendak menaiki Buraq menuju Sidratul Muntaha.Bekas ini mempunyai sebuah lubang yang membolehkan pelawat memasukkan tangan ke dalamnya bagi merasa sendiri bekas2 peninggalan tapak kaki Baginda Rasulullah S.A.W. Barisan yang panjang beratur jika hendak memasukkan tangan ke dalam bekas itu dan merasa sendiri tapak kaki Nabi Muhammad S.A.W.
Pelan Masjid Dome Of The Rock (kiri) dan gambar Batu Tergantung dari atas Masjid (kanan)
Lebih kurang 10m daripada bekas tapak kaki ini, terdapat sebuah tangga yang menuju ke bawah Batu Tergantung. Inilah satu-satunya laluan untuk menuju ke bawah Batu Tergantung ini. Saya dan jemaah yang lain tidak melapaskan peluang turun ke bawah Batu Tergantung ini untuk mendengar penjelasan Mr Walid.
Jalan tangga laluan menuju kawasan bawah Batu Tergantung
Persoalan : Bagaimanakah keadaan 'Tergantung' yang dimaksudkan oleh 'Batu Tergantung'??
Persoalan ini telah lama bermain di fikiran saya malah sejak saya mula2 mendengar cerita mengenai 'Batu Tergantung' ini saya sudah mula tertanya2 di dalam hati. Sejak daripada masa itu, saya mula bertanya kepada beberapa ulama' yang saya temui dan hasilnya ada 2 versi utama mengenai bagaimanakah yang dimaksudkan dengan Tergantung itu.
Kawasan di bawah Batu Tergantung
Pendapat a: Batu ini memang tergantung 100% bermaksud tiada walau satu permukaan batu pun yang bersentuh dengan bumi. Ini bermaksud memang tidak dapat diterima akal yang waras untuk membayangkan keadaan ini. Bayangkan seperti sebuah kapal terbang yang sedang terbang di Udara di mana tidak satu bahagian pon daripada kapal terbang itu yang bersentuh dengan muka bumi. Wallahualam.
Pendapat b : Bayangkan sebuah tilam saiz King yang diangkat satu bahagian hujungnya ke udara sementara satu bahagian lagi terletak di atas muka bumi. Kita bayangkan seperti sebuah gelongsor yang condong tetapi tidak mempunyai sebarang tiang memikul berat beban tilam itu tadi. Bagi sebuah batu besar yang berat, amat mustahil utk kejadian sebegini terjadi. Bayangkan sehelai kertas tidak akan dapat bertahan dengan teguh jika dibiarkan ianya terangkat si sebelah hujung manakala sebelah lagi kekal bertahan di muka bumi yang nyata.
Hasil penyelidikan dan pertanyaan yang berterusan, akhirnya saya menjumpai jawapannya. Hasil ini diperkuatkan lagi dengan jawapan yang terkandung di dalam syarahan Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi ketika membuat penjelasan mengenai Kitab Al-Muwattak karya Imam Malik :
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi SAW berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda SAW maka batu itu tergantung. Saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Emak dan Abah memegang Batu Tergantung daripada bawah Batu
Wallahualam. Apapun situasi/keadaan sebenar tentang Batu ini, yang penting ia merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah S.W.T. Ini terbukti kerana setelah ditakuti oleh beberapa pemimpin2 negara luar yang datang melawat Batu Tergantung ini, akhirnya batu ini disimen di bawahnya supaya ianya tidak lagi kelihatan seolah2 terapung. Batu ini telah pun bercantum dengan muka bumi setelah disimen. Hal ini dilakukan oleh pihak berkuasa Masjid kerana kebanyakan pemimpin2 negara luar tidak berani untuk melawat ke bawah kawasan batu ini kerana takut akan kemungkinan mereka akan dihimpap oleh batu yang sangat besar ini. Wallahualam.
Apa yang ada di bawah Batu Tergantung ini? Di bawah batu tergantung ini terdapat satu kawasan ruang kecil yang boleh memuatkan sekitar 30 orang jemaah untuk bersolat atau berehat2. Menurut satu riwayat, di bawah batu inilah tempat dikatakan Rasulullah S.A.W. bersolat bersama-sama roh-roh para Nabi sebelum Baginda mikraj naik ke langit. Hal ini dikuatkan lagi dengan terdapat sebuah lekukan membulat yang terdapat di permukaan batu ini dikatakan terjadi dengan automatik ketika Nabi bangun daripada Rukuk nya dan Batu ini dipercayai tidak mahu Rasulullah tercedera maka ia membuat sebuah lekukan supaya kepala Rasulullah muat2 sahaja agar tidak kena batu itu. Ada juga sesetengah riwayat yang mengatakan ketika Nabi sedang solat dan bangun dari Rukuk, batu itu sebenarnya mengapungkan lebih tinggi dirinya agar Nabi tidak bersentuh langsung dengan batu itu. Wallahualam. Apapun kisah sebenarnya, saya tertarik dengan penjelasan Mr Walid. Menurut beliau, tidak ada seorang pun yang berhak menyatakan di mana sebenarnya Rasulullah bersembahyang. Maksudnya ialah di manakah 'the exact spot' Nabi bersembahyang. Boleh jadi di sini, boleh jadi di luar Masjid Aqsa, boleh jadi di atas batu, di tepi batu, Wallahualam. Yang penting, kita tahu seluruh kawasan Masjidil Aqsa ini adalah tanah haram dan kita tahu ia pernah menjadi saksi kepada salah satu kejadian terpenting yang terjadi untuk Umat Islam.
Bekas lekukan pada Batu yang dikatakan terjadi ketika Nabi Muhammad bangun daripada Rukuk
Kami sempat bergambar kenangan di bawah batu tergantung ini. Setelah hampir separuh hari berjalan, kami sudah mula berasa penat dan letih. Kami meluangkan masa selama 30 minit di kawasan ruang solat utama masjid Dome of The Rock ini sebelum mula berangkat pulang ke Hotel. Terasa tenang dan aman apabila berada di tempat suci ini. Menghayati kaligrafi zaman2 kegemilangan Islam suatu ketika dahulu yang dipaparkan di dinding2 dan tiang2 Masjid sungguh menenangkan. Senibina Islam zaman2 dahulu ternyata mempunyai kehebatan dan keunikannya yang tersendiri. Ia mampu menarik minat pelancong dan orang luar untuk datang dan menziarahinya.
Bergambar kenangan bersama sekumpulan kanak2 Perancis sambil merasa bekas tapak kaki Rasulullah S.A.W.
Dengan berakhirnya lawatan ke Dome Of The Rock, misi hari pertama kami menziarahi tempat2 bersejarah tamat setakat ini. Nantikan Part 7 dan ke atas yang akan membawa kita semua ke beberapa bandar2 lain di sekitar Palestin seperti Hebron, Beitelehm dan Jericho yang masing2 mempunyai sejarah mengenai tokoh2 Islam dahulukala yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment