Bergambar kenangan di dalam Masjidil Aqsa
Kami naik semula ke tingkat atas ke dataran Masjidil Aqsa. Waktu kami melangkah masuk ke ruang solat Masjid sahaja, azan Asar pun berkumandang. Terasa sayu seketika kami semua melihat kelibat orang-orang Islam berduyun-duyun masuk ke Masjid. Dalam hati saya terdetik bahawa masih kuat lagi keimanan dan keIslaman orang2 Islam di sini setelah apa benda macam2 dilakukan ditindas oleh rejim Zionis ke atas mereka. Alhamdulillah. Subhanallah.
Satu keajaiban yang terjadi ketika kami di Masjidil Aqsa. Selama kami berada di bumi Palestin/Israel ini, telefon bimbit masing2 semuanya tidak dapat signal untuk beroperasi. Sentiasa sahaja logo SOS keluar. Ini mungkin adalah sebab negara ini tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan TELCO2 Malaysia untuk beroperasi. Selama ini sumber perhubungan kami hanyalah di Hotel kerana ada sediakan khidmat WI FI secara percuma. Tetapi keajaiban Al-Aqsa berlaku! di dalam Masjid..
Pelan Masjidil Aqsa
Di Masjidil Aqsa, setelah habis sahaja Azan berkumandang, Bilal akan terus membaca selawat2 memuji Allah dan Rasulullah S.A.W. Kalau di Malaysia dan Arab Saudi, setelah habis Azan, suasana akan menjadi senyap memberi ruang kepada orang Islam untuk mendirikan solat sunat dan sebagainya. Di Masjidil Aqsa lain sedikit, tetapi kebanyakan Jemaah tetap mendirikan solat sunat seperti orang Islam lain. :-) ini merupakan satu pengalaman baru dirasai oleh kami semua di Tanah Suci Aqsa ini.
Selesai solat Asar berjemaah, kami sekumpulan terus mendirikan Solat Zohor Jamak Takhir sementara Imam Masjid dan jemaah pergi ke luar masjid ke Dataran Masjid mendirikan Solat Jenazah yang tiba ketika kami mula2 menjejakkan kaki ke dataran Masjidil Aqsa tadi. Alhamdulillah, setelah selesainya bersolat Zohor ini, saya membuat sujud syukur ke hadrat Illahi kerana memberi saya dan jemaah lain peluang untuk melawat ke tiga-tiga Masjid paling Suci dalam Islam dalam satu trip selama 17 hari. Satu pengalaman yang bagi saya tidak semua orang berpeluang untuk merasakannya.
Almari menyimpan semua bekas2 tembakan yang terjadi pada tahun 2000
Selesai bersolat, Mr Walid memanggil kami semua untuk berkumpul di suatu almari rak yang betul2 menarik minat saya sejak dari mula2 masuk ke Masjid. Dari jauh memang kelihatan Almari ini sungguh menarik perhatian. Kami semua berkumpul di hadapan almari sambil menunggu Mr Walid menyampaikan penerangannya. Mr Walid memulakan penerangan dengan menceritakan apa yang terdapat di Almari kecil ini. Di dalam Almari ala rak Kaca ini terdapat banyak bekas2 peluru, bekas2 bom, bekas2 gas pemedih mata dan lain-lain. Mr Walid menceritakan, pada tahun 2000, berlaku satu kejadian kejam yang mengorbankan 20 syahid Islam di dalam Masjidil Aqsa. Pada tahun itu, Perdana Menteri Israel ialah Ehud Barak dan calon menentangnya ialah Ariel Sharon. Ariel Sharon pada ketika itu sudah mengetahui mentaliti orang2 Islam dan strategi untuk beliau memenangi Pilihanraya. Menjadi kebiasaan di Israel, jika seseorang calon itu hendak memenangi Pilihanraya, mereka haruslah meng'Provoke' umat Islam sehabis yang boleh bagi mendapatkan populariti. Oleh itu, apa yang dilakukan oleh Sharon ialah dia sudah datang memasuki kawasan Masjidil Aqsa bersama-sama 50 tentera Yahudi dan ternyata kedatangannya disambut dengan balingan kerusi, selipar, kasut dan batu oleh orang2 Islam. Sebagai langkah balas, tentera2 Yahudi sudah melepaskan tembakan dan lontaran bom serta gas pemedih mata ke arah umat Islam. Hasilnya 20 orang Islam menjadi korban dan pada tahun depannya, seperti apa yang dirancang, Sharon memenangi pilihanraya mengalahkan Ehud Barak lalu menggantikannya menjadi Perdana Menteri Israel.
Di dalam almari kaca ini tersimpan segala bekas peluru dan kelongsong akibat kejadian ini. Kata Mr Walid, orang2 Islam memang sengaja menyimpan dan mempamerkannya ke khalayak ramai. Terdapat juga tiang2 masjid yang mempunyai kesan2 tembakan zionis pada ketika itu. Seperti peluru2 tadi.. memang orang2 Islam sengaja menyimpan tiang2 ini tanpa diubah, memang sengaja dibiarkan berbekas sebagai pameran untuk khalayak ramai dan sebagai bukti kekejaman rejim Zionis di dalam rumah suci tempat beribadah orang Islam.
Mehrab Zackhariah (Mihrab Nabi Zakaria a.s.)
Setelah menceritakan mengenai tragedi tahun 2000 itu, Mr Walid mula menceritakan kronologi sejarah Masjidil Aqsa. Seperti juga Masjid Dome Of The Rock, Masjidil Aqsa didirikan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan bermula pada tahun 691 Masihi dan berakhir sekitar tahun 715 Masihi.
Pada tahun 1099 tentera Salibi memasuki kota Baitul Maqdis ini dan telah membunuh lebih kurang 70,000 orang Islam dengan kejam. Serangan tentera Salibi ini diketuai oleh Godfrey De Bouillon. Sejurus mengambil alih kota Jerusalem ini, Masjidil Aqsa terus mengalami satu pengubahsuaian yang ketara. Bahagian timur Masjid terus diubah menjadi sebuah Gereja manakala bahagian barat Masjid dijadikan Singgahsana/Istana untuk Godfrey De Bouillon. Tetapi lebih kurang 100 tahun kemudian, sekitar tahun 1188 Masihi, seorang raja Islam, Salahuddin Al-Ayubi kembali ke Jerusalem untuk merampas kembali kota suci Umat Islam dari tangan kerajaan yang kejam ini kembali.
Salahuddin berjaya merampas semula kota Jerusalem dan sekali lagi Gereja tadi diConvert kembali menjadi sebuah Masjid. Masjid ini bertahan daripada zaman Salahuddin hingga sekarang berada masih lagi di bawah pemerintahan orang Islam. Pada tahun 1927 terjadi satu gempa bumi yang kuat hingga menghancurkan sebahagian besar Masjidil Aqsa. Orang Islam meneruskan operasi pengubahsuaian peringkat demi peringkat termasuklah pada tahun 1939 Masjid menggunakan marmar putih daripada Itali menjadikan tiang2 Masjid sepertimana yang boleh dilihat pada hari ini. Pada tahun 1969 pula sekali lagi Masjidil Aqsa menerima satu serangan Bom Api yang dilakukan oleh seorang Yahudi Australia bernama Hansun. Namun ini tidak mematahkan semangat pejuang2 Islam untuk menjaga kesempurnaan Masjid suci ini. Pengubahsuaian demi pengubahsuaian terus dilakukan hingga ke hari ini.
Kawasan Solat (Mihrab Masjidil Aqsa KINI)
Selain struktur bangunan Masjid ini, Mimbar Masjidil Aqsa pula mempunyai kisah tersendiri. Menurut Mr Walid, Salahuddin Ayubi memerintahkan tukang kayu di zamannya membina 2 mimbar yang serupa. Setiap satu mimbar ini diperbuat daripada 16,000 kepingan kayu kayan yang dicantum2 membentuk mimbar. Satu mimbar berada di dalam Masjidil Aqsa manakala satu lagi berada di Masjid Khalil di Hebron (akan diceritakan kemudian). Namun begitu, mimbar di Masjidil Haram terbakar dek serangan Hansun pada tahun 1969. Mimbar yang ada sekarang ini adalah mimbar yang serupa dari segi rupabentuknya cuma ianya diperbuat oleh Raja Jordan lebih kurang pada tahun 2007.
Mihrab ketika zaman Salahuddin sehingga tahun 1969 (Atas) Mihrab ketika setelah dibakar pada tahun 1969 (Bawah)
Sebelum kami meninggalkan Masjidil Aqsa, Mr Walid sempat menunjukkan kami lubang2 hasil galian rejim Zionis daripada luar kawasan Masjidil Haram. Mereka masih meneruskan hasrat dan kegiatan kejam mereka itu demi mencari bukti Masjid suci ini adalah peninggalan Nabi Sulaiman untuk puak Yahudi.
Sungguh indah dan mulia tempat ibadahMu ini ya Allah. Kami panjatkan doa ke atasMu agar tempat suci ini sentiasa dipelihara daripada segala anasir2 yang tidak diingini terutama daripada Zionis laknat dan sekutu-sekutu mereka. Kuatkanlah dan tabahkanlah hati pejuang2 Islam di Palestin dalam mempertahankan maruah dan agama mereka. Kami menginggalkan Masjidil Aqsa petang itu dengan 1001 pertanyaan dan perasaan yang sedih. Sedih memikirkan nasib saudara2 kita yang berada di bumi Palestin ini. Mereka hidup dalam kesusahan ditekan oleh rejim Zionis manakala kita di Malaysia hidup sangat senang dan lenang. Namun walaupun mereka diuji dengan pelbagai cabaran, Alhamdulillah Islam mereka masih berada di tahap yang sangat tinggi berbanding apa yang ditunjukkan oleh orang2 Islam di Malaysia hari ini. Wallahualam.
Akan Bersambung Part 6 - Dome Of The Rock (Bukan The Rock Wrestling.. tapi BATU TERGANTUNG!)
2 comments:
salam.
kalau masjid the dome of rock bukan sebahagian drp masjidil aqsa.. kat mana pulak kiblat sblm ka'bah?
selawat
Wsalam. Qisti menurut Mr Walid, Masjid Dome of The Rock memang bukan sebagian Masjidil Aqsa tetapi setelah dipersetujui ahli2 Fatwa Islam... Dome Of The Rock ni dikira kawasan Tanah Haram yang dikatakan mempuynai kelebihan solat 10,000 kali ganda daripada solat di Masjid2 Lain kcuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi...
Dan bicara mengenai kiblat, sebelum Kaabah... Kiblat adalah seperti sekarang ini... tak taulah secara kebetulan atau memang ketentuan Allah, kiblatnya memang menuju Masjidil Haram! Wallahualam
Post a Comment