Thursday, September 08, 2011

Palestin Part 2 - Pengembaraan Bermula


Bandar Jericho yang mempunyai tanah subur sesuai untuk pertanian

Tepat jam 1200 kami keluar dari bangunan imigresen dan sudah kelihatan pemandu pelancong kami (org yg lain drpd yg di Jordan) Mr Walid menunggu sambil duduk di atas bangku di luar bangunan imigresen. Beliau bersalaman sambil memperkenalkan diri sambill memberitahu sudah 4 jam beliau menunggu kemunculan kami.

Perjalanan dimulakan dengan doa pimpinan Ustaz Muhamad. Sepanjang perjalanan, kami diberitahu oleh Mr Walid, Palesin terbahagi kepada 3 bahagian, bahagian A, bahagian B dan bahagian C.


Bahagian A adalah kawasan penduduk Palestin yang merupakan di bawah kelolaan dan pemerintahan kerajaan Palestin. Di kawasan A ini, kawasan perumahan dan bangunan2 serta infrastruktur nya tidak terurus, kotor dengan sampah sarap, bangunan2 murah dan nampak seperti mundur jika dibandinkan dengan kawasan2 lain (akan diceritakan kemudian). Sepanjang perjalanan ini, kami dapat lihat bandar pertama iaitu bandar Jericho , yang merupakan bandar tertua di dunia (diiktiraf UNESCO) berada di sebelah kanan kami.

Di bandar Jericho, kami melihat banyakn ladang2 dan kebun2 buah2an di merata tempat. Kami difahamkan bahawa kawasan Jericho ini adalah kawasan tanah subur. Ini kerana di bawah tanah bandar Jericho ini terdapat air semulajadi yang mengalir menyebabkan ianya subur secara semulajadi. (Cerita mengenai Jericho City akan diceritakan di bahagian terakhir ekspedisi ketika kami melawatnya nanti)


Tumpuan sekarang ialah menuju ke destinasi utama lawatan kami iaitu bandar Baitul Maqdis ataupun Jerusalem (Hebrew: יְרוּשָׁלַיִם‎‎ ). Seperti yang ditunjukkan dalam peta, dari Amman, Jordan kita akan melalui bandar Jericho untuk sampai ke Jerusalem. Jerusalem terletak kira-kira 70km ke Barat sempadan Amman-Palestin. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 45 minit kerana bas yang dibekalkan tidak mempunyai kapasiti untuk berkelajuan tinggi. Sepanjang perjalanan ke Jerusalem, kawasan meliputi Jericho City ini ialah kawasan A di mana ianya di bawah kelolaan pentadbiran Kementerian Palestin. Kita boleh lihat rumah-rumah penginapan orang2 Islam di lereng-lereng bukit. Rumah-rumah ini adalah rumah sederhana yang berkos rendah. Selain rumah-rumah orang Palestin, terdapat banyak khemah-khemah milik orang2 badwi yang menetap di Palestin.

Penempatan Badwi di Palestin

Mr Walid memberitahu kami, orang-orang Badwi ini walaupun mereka hanya berumahkan Khemah usang, tidak berkenderaan selain kuda, keldai dan kambing, tetapi mereka mempunyai Cakera Pemancar TV (Mcam ASTRO), Video Game dan malah mereka menggunakan I Phone! HAHA. Sepanjang jalan ini, kami ditemani padang pasir yang luas dipenuhi khemah-khemah orang Badwi. Suhu di sini agak panas. Panas nya sangat terik tetapi terdapat angin yang kuat mendinginkan tubuh badan kami.

Di dalam bas, Mr Walid tidak habis-habis menunjukkan kehebatannya berbahasa Melayu. Antara dialog-dialog kegemaran beliau :

"Lihat. Seblah kiri, seblah kanan, Vilayat umat Islam!"

"Lihat seblah kanan, angguR!"

"Lihat seblah Kiri, Perkauman Yahudi!"

Seketika apabila melalui kawasan pergunungan, ada kelihatan penempatan orang-orang Yahudi di puncak bukit/gunung. Kawasan perumahan Yahudi tidak sama seperti kawasan perumahan Palestin. Rumah mereka nampak sistem susunan terancang, Moden, berkualiti tinggi dan cantik. Dari jauh sudah kelihatan rumah-rumah yang besar dan mewah milik orang-orang Yahudi. Kebanyakan mereka ini bukanlah penduduk asal Yahudi di Israel, tetapi mereka adalah Yahudi yang Ekstremis! iaitu Yahudi yang datang secara haram dari USA, Russia, German, Poland, dan lain-lain.

Mr Walid menerangkan dengan lebih terinci. Terdapat 2 jenis Yahudi di dalam negara Israel. Yang pertama ialah Yahudi Biasa dan yang kedua ialah Yahudi Ekstrimis. Yahudi Ekstrimis ni sebagaimana kefahaman saya ialah Yahudi Zionis, yang mana mereka memang memusuhi orang Islam habis-habisan dan kedatangan mereka dari luar negara ditaja oleh kerajaan Israel semata-mata untuk bermusuh dengan orang Islam. Mereka ini, rumah disediakan oleh kerajaan Israel, duit pun diberi setiap bulan seperti gaji, dan rumah-rumah ini ditempatkan di atas tanah yang dirampas daripada orang-orang Palestin di kawasan A.

Setelah hampir 45 minit bergerak, kami tiba di satu kawasan checkpoint Israel. Checkpoint ini bertujuan untuk memeriksa kenderaan yang akan melalui masuk antara sempadan sesuatu kawasan. Checkpoint yang kami tiba ini merupakan checkpoint sempadan antara Kawasan A dan Kawasan B. Seperti yang saya cerita di awal tadi, Kawasan A ialah kawasan orang Islam Palestin di bawah kelolaan pentadbiran Kementerian Palestin. Kawasan B pula ialah kawasan orang Palestin (Campuran semua Islam, Nasrani dan Yahudi) di bawah kelolaan pentadbiran kerajaan Israel.

Perbezaan kawasan pentadbiran Palestin (Di bawah bukit) dan Israel (mewah di atas bukit)

Di checkpoint ini, hanya kenderaan berpendaftaran Israel sahaja yang dibenarkan melepasi untuk masuk ke kawasan B. Kenderaan milik orang Islam tidak dibenarkan sama sekali. (Saya akan cerita perbezaan pendaftaran ini sekejap lagi) Ini merupakan satu situasi tidak adil yang berlaku di dalam negara Palestin. Setelah checkpoint ini, kita akan melihat orang2 Arab dan Islam bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan sekadar berjalan kaki atau menaiki Keldai atau Kuda sahaja. Ini kerana mereka tidak dibenarkan membawa kereta di dalam kawasan B. Antara daerah2 yang terdapat dalam kawasan B ialah Hebron, Beithelehm dan Jerusalem. Sedih hati melihat orang2 Islam yang hanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Tembok besar yang mengasingkan penempatan Israel dan Palestin

Selain Tembok, mereka (Israel) juga menggunakan pagar2 besi yang tinggi


Melepasi checkpoint ini, kami menyaksikan tembok besar yang panjang mengasingkan antara wilayah Palestin dan Israel. Kerajaan Israel mengasingkan tempat penempatan orang Islam yang lebih mundur dengan penempatan Yahudi yang tersangatlah maju! Ketika Mr Walid menceritakan situasi ini, beberapa jemaah sudah mula menunjukkan raut wajah sedih dan ada juga yang menangis apabila memikirkan nasib saudara kita yang tertindas di negara sendiri.

Gambaran keadaan di Checkpoint Israel. Jalan raya hanya untuk kenderaan Israel manakala pejalan kaki dan penjaja kereta makanan adalah untuk orang Palestin.

Setelah checkpoint tadi, perjalanan diteruskan dengan menyaksikan kawasan perumahan mewah orang2 Yahudi dan tembok2 besar pengasingan dengan orang Palestin. Setelah checpoint ini tadi, secara automatic kami telah memasuki Jerusalem. Dan kami memasuki sebuah terowong yang amat panjang. Setelah terowong ini barulah kami nampak di sebelah kiri tersergam indah Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Sakhra dari jauh. Ustaz Muhamad memulakan pembacaan doa melihat Haram Al-Shariff dan kedengaran suara esakan tangisan daripada jemaah2 yang tidak dapat menahan kehibaan melihat masjid Al Aqsa dengan mata sendiri buat pertama kali dalam hidup. Memang tidak dapat dinafikan lagi keindahan senibina Masjid Dome Of the Rock dari jauh. Ia membuatkan kami lebih berkobar-kobar untuk menjejakkan kaki ke dalam Masjid yang menyimpan batu tergantung yang digunakan Rasulullah S.A.W. untuk naik Mikraj ke langit 1400 tahun yang lalu.

Nota tambahan :
kereta berpendaftaran Israel mempunyai nombor plat kereta berlatarbelakangkan KUNING manakala kereta berpendaftaran Palestin mempunyai nombor plat kereta berlatarbelakangkan warna PUTIH.


Bahagian seterusnya bersambung...

2 comments:

~ qisti zahra' ~ said...

salam.

abg ab. abah tnya. abg ab buat sndiri ke abg ab cut and paste? smpi ade tulisan hebrew? hihi.

p/s sblm tu abah puji. wah. bgus ab. siap ade keterangn. oo. dia masuk dr arah jordan.. :)

selawat

aB said...

Wassalam.. hehe tak main laa copy paste2.... yg abang aB copy paste Pekataan Hebrew tu je.. yang lain smua adalah olahan abang aB sendiri! :-D yup Jordan aje yg benarkan melintasi sempadan Negara mereka.. yang lain payah...

Selawat!